AEON PERKENALKAN ‘KUIH RAYA KITA’ SEBAGAI SIRI NFT PERTAMA

Kuala Lumpur, 27 April 2022 – Sempena kempen ‘Raya Penuh Makna’, AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan siri NFT yang diilhamkan Raya pertama dengan memfokuskan kepada asal usul lapan jenis kuih tradisional atau manisan utama iaitu Tart Nenas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Daun Sejahtera, Biskut Cornflakes, Biskut Dahlia, Biskut Suji Ball dan Biskut Mentega Semperit.

Bercakap mengenai siri NFT yang diilhamkan Raya pertama, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON berkata,” Hasrat kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai dan mempromosikan hasil kerja mereka – seiring dengan tujuan tema keseluruhan kempen Raya kami, ‘Raya Penuh Makna’. Apabila kita memperkenalkan teknologi ‘blockchain’ bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan.”

Siri pertama NFT, ‘Kuih Raya Kita’, rekaan Afi Sulaiman, artis dalam bidang makanan bernostalgia -diilhamkan semasa berada di kampung, khusus untuk koleksi simpanan dan kehidupan bermasyarakat. Siri ini menampilkan 16 reka bentuk yang dihasilkan untuk koleksi ahli AEON; di mana edisi pertama boleh ditebus secara percuma sehingga 1 Mei 2022. Setiap edisi terhad kepada 1,250 keping.

Afi Sulaiman ialah seorang ilustrator dan penulis Malaysia yang pertama kali dinobatkan sebagai Usahawan Seni Muda oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2019. Sejak itu, artis muda ini berusaha mengekalkan budaya masakan Malaysia melalui grafik dan penceritaan termasuk buku kanak-kanak, seni cetakan, dan banyak lagi.

“Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON dan saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih Raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya”, kata Afi Sulaiman.

Siri NFT ‘Kuih Raya Kita’ juga penting untuk pertumbuhan komuniti dengan kerjasama Meta Universe Sdn. Bhd. atau MU, rakan kongsi terpilih yang menggunakan teknologi dan aspek Web3 daripada metaverse, aset digital dan infrastruktur maya. Khalid Gibran, Ketua Pegawai Eksekutif MU berkata, “Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka. AEON mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan pengalaman terkini yang merupakan aset yang boleh dimiliki secara ketara di dalam ruang digital.”

“Kami mahu melakukan lebih banyak lagi – ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik yang terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baharu secara maya,” tambah Low Ngai Yuen.

Di bawah siri ‘Kuih Raya Kita’ yang sama, AEON juga mengeluarkan NFT edisi unik dan terhad melalui Discord, dengan perbezaannya ialah gaya bekas penyimpanan kek. Izzati Suza, seorang artis Malaysia yang belajar sendiri, mencipta siri yang luar biasa ini. Dia juga memiliki dan mengendalikan Kedai Suza di Melaka, di mana dia menghasilkan pakaian dan barangan kraf lain yang menjadikan karya seninya dikenali kepada khalayak luas.

Berikutan beberapa siri kemunduran dan malapetaka dalam hidupnya, Izzati Suza memilih untuk menceburi bidang seni sebagai kerjaya. Dengan hanya 10 helai yang dihasilkan untuk setiap tema, kerjasama NFT pertama antara Izzati dan AEON memfokuskan kepada tiga tema utama: ‘Kain Meja Nenek,’ ‘Kuarantin Raya,’ dan ‘Raya Penuh Makna.’

“Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini – ‘Raya Penuh Makna’. Ianya amat bermakna apabila kita dapat menyambut Raya bersama yang tersayang setelah melalui perintah berkurung selama dua tahun. Semenjak pandemik melanda, ramai dari kita yang mengamalkan cara hidup digital, lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk menjadikan sambutan tahun ini lebih diingati,” kata Izzati.

Butiran lanjut mengenai siri NFT AEON ‘Kuih Raya Kita’ boleh didapati di https://aeonretail.com.my/promotion/kuihrayakita2022/NFT/. Kempen Ramadan-Raya 3 AEON, ‘Raya Penuh Makan,’ serentak dengan pengenalan NFT Series ‘Kuih Raya Kita.’ Di www.aeonretail.com.my, anda boleh mendapatkan lebih banyak diskaun Raya.

Program ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan PBB 8 dan 17 (SDGs 8 dan 17). Matlamat masing-masing adalah untuk menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan jangka panjang, untuk memastikan semua orang mempunyai akses kepada keadilan, dan untuk mewujudkan institusi yang bertanggungjawab dan inklusif. Berkesan pada semua peringkat, serta memperkukuh alat pelaksanaan dan memperbaharui kerjasama global untuk pembangunan jangka panjang.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k