Astro Tampil 190 Rancangan Sempena Hari Raya!
Tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramdan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik ini dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid-19.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata bersesuaian dengan tema tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan.
“Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang bakal menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi.
“Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi.
“Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti.
“Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar.
“Buat pertama kalinya iklan raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit arahan dari pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi oleh salah seorang duta kempen kampen kami Nadhir Nasar dengan berjudul “Tujuh Hari Di Bawah Matahari”.
Nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro GO menjelang Hari Raya Pertama, 3 Mei pada jam 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 3 Syawal, 5 Mei jam 8.00 malam.
Rancangan Hiburan Variasi ’Raya Special’ di Astro Ria akan dimulakan dengan ’Megaraya Ria’ yang bermula siaran dari malam Raya hingga 5 Syawal. Program-program hiburan menarik seperti ’Meletop Raya’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’, ‘Bila Tiba Big Stage Beraya’, program istimewa dari Jakarta terus kerumah anda dalam ‘Tembakan Syawal Bunda Hetty’, ’Konsert Semangat Lebaran Kita’, ’Kisah Seorang Aliff Aziz’, dan program eksklusif menyelami suka duka Shuib dalam ’Semakin Cinta, Shuib’ juga akan menemani penonton sepanjang lima hari pertama bulan Syawal nanti.
Kemeriahan di Syawal ini juga akan diriuhkan lagi dengan himpunan Rancangan Komedi. Bergelak ketawa dengan ‘Sepahtu Al Raya’ selama 7 malam berturut-turut yang akan bersiaran dari malam Raya hingga 6 Syawal di Astro Warna dalam himpunan tujuh episod khas – ‘Konsert Raya Sepahtu’, ’Guntingkan Kesedihanmu’, ‘Warung Sepahtu Raya’, ‘Misteri Kem Motivasi (Hantu Raya)’, ‘Lebaran Perantauan’ dan ‘Sambutan Salah Niat’. Juga di Astro Warna, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia Reunion 2022’, ’MLM Raya:Kampung Pening Lalat’ dan ’Sejenis Raya Reunion’ yang menampilkan barisan pelawak lagenda, Senario, bakal menggeletek hati penonton.
Istimewa buat para peminat program ‘signature’, Astro Warna bakal memperkenalkan program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam. Manakala untuk penggemar program bercorak variasi, Astro Ria akan menyajikan dua buah episod khas ’Romantika Raya’ bersama 2 pasangan selebriti terkenal – Kamal Adli & Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad & Raja Syahiran.
Menerusi Gempak Original Series, Kamal dan Uqasha turut akan membintangi ’The House Kamal & Uqasha’ yang akan memaparkan perjalanan bulan madu mereka ke Kuantan dengan menaiki karavan. The House yang juga ditaja oleh McDonald’s ini akan mula ditayangkan pada 5 Mei di Astro Ria, jam 2.00 petang dengan dua episod pertama ditayangkan secara berturut – turut. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria.
Sambutan perayaan bulan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, penonton akan dapat mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ’Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal berjudul ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ & ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal, jam 10 pagi.
Telefilem-telefilem ini akan dibarisi ramai pelakon popular masa kini seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan, Janna Nick, pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson, juga pelakon veteran seperti Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Astro Citra juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah telefilem eksklusif berjudul ‘Curi Duit Raya’ pada 5 Syawal.
Bagi peminat drama bersiri Melayu, ‘Jangan Menangis Cinta’ & ’Scammer 2’ di Astro Ria, ‘Dendam Seorang Isteri’ di Astro Prima dan ‘Kuasa’ di Astro Citra akan terus setia menemani penonton sehingga ke penghujung musim.
Khas untuk penonton-penonton cilik, program animasi dan kanak-kanak di Astro Ceria, ’Megastar Academy’, ’Puteri Kuasa Tiga’, ’Take CTRL’, ’Didi & Friends Raya Song’ dan ’Puteri’ akan menghiburkan adik-adik sepanjang Syawal nanti. Di Astro Warna, ’Lu Fikir La Nabil, TuuDeh..!!’ pula akan ke udara pada 3 Syawal.
Di rangkaian saluran antarabangsa, para pelanggan Astro boleh menonton 2 buah filem terbaharu seperti ’The Batman’ dan ’King Richard’ di HBO GO menerusi On Demand. Di saluran PRIMEtime, sebuah rancangan masakan realiti ‘Star vs Food Malaysia – Raya Special’ akan bersiaran pada 7 dan 8 Mei di mana 2 episod ini akan memaparkan gandingan mantap masakan Datin Lisa Surihani bersama Chef Melba Nunis dan Daiyan Trisha bersama Chef Fadzly Che Omar. Sebuah animasi baru untuk kanak-kanak ’The Patrick Star Show’ pula akan muncul di saluran Nickelodeon bermula 23 Mei.
Untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn dan Eli dan program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak juga akan ke udara. Kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena.
Dari 11 April – 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot dari Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astroraya.com.my