Aura kumpulan Ruffedge, 4,500 peminat meriahkan Konsert ‘Ruffera That Moment In Time Tour’


Persembahan yang dinanti-nantikan oleh kumpulan vokal R&B paling terkenal negara, Ruffedge, menggegarkan ibu kota negara pada malam 19 Ogos. DJ Uno membuat penampilan biasa di Mega Star Arena bermula jam 8:30 malam. Ternyata 4,500 peminat di Kuala Lumpur telah dihiburkan selama lebih 2 jam berturut-turut oleh Azan, Cat, Mode, Sein, dan Zain sepanjang persembahan mereka yang penuh semangat dan bertenaga itu.

“Peminat Malaysia sememangnya hebat! Rata-rata yang hadir merupakan peminat tegar Ruffedge yang hadir seawal jam 5 petang memenuhi pekarangan pintu masuk dewan konsert, bagi mendapatkan ‘wristband’ sebelum bermulanya persembahan.

“Jumlah penonton yang hadir sangat memberangsangkan dan kami di YOLO sangat terharu dengan sambutannya, Ruffedge sememangnya ‘Da Bomb’ dan tidak pernah mengecewakan,” kongsi Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

Salah seorang pengunjung memberitahu bahawa ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu, “Saya merupakan peminat tegar Ruffedge ketika mereka mula-mula muncul di industri muzik Malaysia, setiap lagu yang dipersembahkan mengimbau kenangan lalu seawal era 2000-an sehinggalah kini.

Menurut Azan, “Kami sangat terharu dengan sambutan yang diberikan dari peminat tanah air kerana disebabkan merekalah kami masih berdiri di sini sehingga ke hari ini, terima kasih buat rakan-rakan artis yang hadir seperti Dato’ Hattan, Zizan Razak, Nana Mahazan, Fattah Amin dan juga Fazura yang datang memberikan sokongan mereka.

Ruffedge memberikan persembahan yang ternyata menghiburkan buat kesemua penonton yang hadir di dewan konsert melalui 25 buah lagu kesemuanya, diantara lagu-lagu hits yang disampaikan adalah Goyang, Tiada Lagi Cinta, Tipah Tertipu, Lemas, Da Bomb, Bila Rindu, Khayalan dan banyak lagi.

Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan istimewa Ruffedge di bawah kelolaan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis dengan membawakan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah seperti Azura, Suraya nyanyian kumpulan Indigo dan Rozana oleh kumpulan Search dalam rentak R&B yang nyata berbeza, serta penampilan istimewa oleh Lah Ahmad.

Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan istimewa Ruffedge di bawah kelolaan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis dengan membawakan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah seperti Azura, Suraya nyanyian kumpulan Indigo dan Rozana oleh kumpulan Search dalam rentak R&B yang nyata berbeza, serta penampilan istimewa oleh Lah Ahmad.

Tambah Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Konsep moden yang diterapkan dalam konsert Ruffera : That Moment In Time Tour berjaya membawa dimensi baharu dalam pertunjukan ‘live’ yang menghiburkan tidak mengira peringkat umur.

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan berusaha membawakan lebih banyak lagi konsert-konsert bertaraf dunia buat penggemar muzik dan terus menyemarakkan persada muzik tempatan mahupun luar.

Akhiri Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “YOLO telah meletakkan penanda aras untuk kesemua konsert yang dianjurkan, dan kolaborasi bersama Ruffedge ini merupakan salah satu kejayaan terbesar kami sebagai penganjur, dan semoga lebih ramai lagi yang akan teruja dengan hiburan yang bakal kami bawakan, nantikan kemunculan aksi muzik yang seterusnya.

Buat pengetahuan semua, akan berlaku beberapa pengumuman konsert besar tidak lama lagi oleh YOLO seperti The Beatles 60th Anniversary Tribute Celebrations pada 26 dan 27 Ogos ini dan juga, NOAH ‘Southeast Asia Tour’ pada bulan November nanti.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k