Category: Entertainment

  • PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM BERAKHIR

    Dengan keluaran lagu terbaru mereka, “Kurniaku Terindah,” yang berada di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, Jinbara terus berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri muzik rock. Untuk terus membina reputasi dalam industri muzik rock, Jinbara dan Luncai Emas telah mengeluarkan single ini sebagai projek rakaman yang unik.

    Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, “Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single “Kurniaku Terindah,” yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.

    Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti “Kasihnya Laila,” “Farhana, “Cinta Pandai Merdeka,” dan “Patri,” Jinbara merasakan bahawa “Kurniaku Terindah” adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini , diberikan kesihatan yang baik , maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa’’ – Kata Jinbara

    Jinbara adalah : Dari kiri Cepot (Gitar), Ahtan (Drum), Along (Vokalis) & Lan (Gitar)

    Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider). Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.

    ‘’Sewaktu rakaman awal, Allahyarham Tony Iskandar sememangnya berhasrat untuk menyiapkan projek lagu baru ini hingga siap. Arwah pernah juga berkata ‘’Kita Bikin Kasi Jadi’’. Namun, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Arwah adalah Sahabat Dunia Akhirat ‘’ – Jelas Jinbara

    Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase “Rock Untuk Rakyat” pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station. Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

    Sebuah video lirik “Kurniaku Terindah” telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas. Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

    Selaku label rakaman, Luncai Emas berharap agar single terbaru ini akan meraih perhatian peminat muzik dan media. Kami mengundang anda semua untuk menikmati karya ini dengan sepenuh jiwa.

  • Filem “Adoiii Jiwaku” arahan Steve Yap bakal ditayang di pawagam pada 7 September 2023

    Kembali lagi, Lomo Pictures Sdn Bhd bekerjasama dengan rakan pengedar MM2 Entertainment untuk menggegarkan pawagam dengan Filem terbaru arahan Steve Yap yang berjudul “Adoiii Jiwaku“. Dengan genre komedi dan tayangan selama 98 minit, filem ini memaparkan kepelbagaian masyarakat Malaysia melalui penggunaan 3 bahasa iaitu Melayu, English, dan Mandarin.

    Ramai di antara kita yang mengakui diri sebagai warga Malaysia, tetapi masih berjuang untuk merangkul kepelbagaian etnik. Ada yang bangga dengan semangat patriotik, namun lebih suka berada dalam kelompok Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, dan India dengan India. Seandainya soal makanan, kita bersedia untuk merasai nikmatnya makanan seperti Tosai, Nasi Lemak, atau Char Koay Teow tanpa berbelah bahagi. Namun, mengapa tidak begitu juga dalam aspek lain? Kan lagi best kalau boleh makan sama-sama, main bola sama-sama dan menonton Filem sama-sama tanpa mengira latar belakang etnik.

    Jadi semua rakyat malaysia mesti dan wajib tonton Adoiii Jiwaku, cerita ini dapat mengubah persepsi anda semua supaya buang semua sikap perkauman yang masih bertapak. Kita satu bangsa, Kita kan satu negara. Sebab tu Adoiii Jiwaku hadir, untuk memberikan anda pengalaman luar biasa, sekiranya anda berdepan situasi serupa. Bangun pagi je, alamak kenapa dalam badan orang lain ni. Tonton jangan tak tonton!!! Dan betul ke mereka kata orang islam boleh je pegang-pegang anjing, jawapan tu ada dalam Filem Adoiii Jiwaku .

    Satu-satunya filem dibuat untuk semua rakyat Malaysia, dari Malaysia untuk Malaysia. Walau berbeza budaya tapi kita masih banyak persamaan yang boleh menjadikan kita berbangga sebagai rakyat yang memiliki keunikan dan masyarakat majmuk.

    Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini.

     

    Ia dibintangi oleh ramai pelakon handalan Tanah air seperti Steve Yap, Ali Arami ,E. Ramana Mohan, Amber Chia, Daniel Sher, Anuar Abd, Hamid Adibah, Noor dan ramai lagi.

    Filem berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan satu gurauan di pejabat, berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain.

    Yang pasti mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan roh (jiwa) mereka berada di dalam badan orang lain.

    Mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

    Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

    Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

    Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

    Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah?

    Dan bagaimana mereka bertiga mengatasinya?

    Adakah mereka akhirnya bersahabat baik?

    Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?

    JANGAN LUPA saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.

  • KELAS KUIH MALAYSIA DIRAIKAN BERSAMA-SAMA RAGAM SI CILIK

    Dengan mencipta rangkaian kuih muih yang melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia, TV9 memupuk semangat kekitaan dalam kalangan penonton cilik menerusi Kelas Kuih Malaysia bersama Jaguh Kartun TV9 sepertimana peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

     

    Program ini menyemarakkan lagi kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Media Prima Berhad yang bertemakan Manis Pahit Bersama. 10 penonton cilik bertuah berusia antara 6 hingga 12 tahun terpilih untuk menyertai Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 yang telah berlangsung pada hari ini di Sarang Cookery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. 

     

    Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9, “Bersempena dengan bulan kebangsaan yang bakal tiba, Jaguh Kartun TV9 ingin membawa adik-adik belajar membuat kuih-muih tradisi Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baharu tentang aneka juadah dari pelbagai kaum Malaysia yang menjadi satu identiti dan keunikan yang tidak terdapat di negara lain.”

    “Dengan perubahan arus kemodenan yang pantas, pengaruh makanan tradisi ini semakin kurang dek pendedahan makanan barat yang lebih terjurus kepada “viral” atau “trendy” yang perlahan-lahan mengikis keaslian makanan tradisi di negara kita. Justeru, keunikan makanan tradisi ini perlu diberi pendedahan yang optimum bagi memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara, serta tidak lupa tentang keaslian makanan tradisi kita,” tambah beliau lagi.

     

    Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 yang berlangsung selama lima jam ini menyaksikan pelbagai kerenah adik-adik cilik yang amat teruja untuk belajar membuat kuih!  Walaupun dipantau oleh cef berpengalaman yang sabar melayan kerenah adik-adik, mereka tidak gagal menunjukkan ragam mereka yang sangat menghiburkan. 

     

    Dengan bimbingan cef yang berpengalaman, adik-adik ini telah mengasah kemahiran kulinari mereka dalam membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam. Tiga menu kuih muih ini melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia. 

     

    Keterujaan adik-adik ini dalam belajar dan mengenali kuih muih tradisi Malaysia bukan saja dapat memupuk minat mereka dalam bidang kulinari, malah ia juga boleh mengukuhkan jati diri kenegaraan dalam membina masyarakat madani.

    Pemilihan peserta Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 telah diadakan menerusi penghantaran rakaman video tidak melebihi 30 saat yang bermula dengan, “Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana…”. TV9 telah menerima lebih daripada 40 penyertaan dalam tempoh peraduan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 12 Ogos 2023. Hanya 10 penonton cilik dalam lingkungan umur  6 hingga 12 tahun ini telah dipilih berdasarkan jawapan mereka yang memberangsangkan! 

     

    Ingin mengetahui perkembangan TV9 dengan lebih lanjut? Ayuh ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut terkini tentang program TV9.

  • SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA DENGAN 4 EPISOD KHAS MAJALAH 3

    Majalah 3 di TV3 tidak pernah gagal menggembirakan peminat setianya dengan dokumentari yang mempersembahkan pelbagai cerita Malaysia dari perspektif manusia, budaya, gastronomi, teknologi, sukan dan alam sekitar. Bermula pada 21 Ogos 2023, jam 9.00 malam. di TV3 dan dalam strim langsung HD di www.tonton.com.my, Majalah 3 akan menyiarkan secara eksklusif 4 episod khas berkaitan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

    Menurut Penerbit Kanan Majalah 3, Christine Lee Mei Chin, “Istimewa buat tontonan ramai di bulan kebangsaan, Majalah 3 memaparkan 4 episod khas untuk menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Barisan wartawan Majalah 3 yang berpengalaman bakal menelusuri kisah-kisah menarik yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan kru Majalah 3 dari peringkat menjalani penyelidikan, mencari informasi, proses penggambaran sehinggalah pasca penerbitan. Ribuan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan yang diberikan kepada kru Majalah 3 untuk meneruskan misi kami menghasilkan dokumentari terbaik buat tatapan umum.”

    “Istimewa di bulan kebangsaan Malaysia, Ikuti kisah di sebalik tabir penganjuran acara bertaraf dunia iaitu Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi, LIMA’23 pada 21 Ogos, menjejak khazanah negara di samudera ataupun belantara pada 28 Ogos, mengetengahkan aneka masakan berperisa pedas dalam kuih muih dan lauk pauk yang menyatukan rakyat negara ini pada 4 September serta kisah di sebalik tabir pembinaan menara Merdeka 118 pada 11 September 2023,” tambah beliau lagi. 

    Berikut ialah sinopsis bagi 4 episod khas tersebut.

    Tarikh siaran: 21 Ogos 2023

    Acara bertaraf dunia Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi, LIMA’23 kembali menggegarkan negara selepas tergendala beberapa tahun akibat pandemik COVID-19. Ketika penggambaran, wartawan bertugas Zerry Francis dan Nor Izzati Lockman bersama kru telah diberi akses khas mendekati pelbagai pesawat dan kapal dari luar negara, serta latihan persiapan daripada pelbagai agensi penguatkuasa Malaysia. 

    Tarikh siaran: 28 Ogos 2023

    Majalah 3 ingin mengajak penonton untuk mengikuti kisah komitmen segelintir rakyat Malaysia menjejak khazanah berkaitan sejarah negara baik di samudera, mahupun belantara bagi menghayati nilai sejarah secara dekat. Wartawan bertugas liputan ini Mohd Rose Abdullah dan Nur Aishah Al-Husna Ramli perlu menempuh laut dalam dan kawasan pergunungan bersama kru bagi merakam penemuan penjejak berkenaan terhadap Kapal Nichi Asu Maru, sebuah kapal Jepun yang membawa minyak pesawat yang karam ditembak British dalam perjalanan ke Sabah dan Sarawak pada 1960. Mereka juga menjejaki rangka helikopter jenis Bristol milik tentera Amerika Syarikat, yang difahamkan terhempas pada 1957 di belantara Malaysia.

    Tarikh siaran: 4 September 2023

    Bertepatan dengan tema kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu Manis Pahit Bersama, episod ini mengetengahkan tema makanan berperisa pedas dalam kuih muih dan lauk pauk yang menyatukan rakyat negara ini. Ikuti laporan wartawan bertugas Asyraf Naqiuddin Samsuri mengecapi pelbagai menu masyarakat Melayu, Cina dan India yang menyerlahkan perpaduan semua kaum ini.

    Tarikh siaran: 11 September 2023

    Majalah 3 memaparkan kisah di sebalik tabir pembinaan menara Merdeka 118 yang kini pencakar langit kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia, yang membawa nama Malaysia ke persada dunia. Wartawan bertugas Zerry Francis bersama kru telah mengambil masa setahun mengikuti proses pembinaan fasa akhir menara ini dan kemuncaknya satu kejutan akan dibuat pada 31hb Ogos.

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 4 episod khas Majalah 3 bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bermula 21 Ogos 2023, setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • Panggung Impian Kolaborasi Vol. 4: Janjikan Aksi yang Mengagumkan oleh Cakra Khan di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023!

    Lagu “Harus Terpisah” dari penyanyi Indonesia, Cakra Khan, telah mendominasi stesen radio di Malaysia dan Indonesia. Kehadiran Cakra Khan di sesi uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 telah menarik perhatian ramai, menjadikannya perbincangan hangat di kalangan rakyat Indonesia dan penggemar muzik di seluruh dunia.

    Pada episod uji bakat yang disiarkan pada 18 Julai lalu, Cakra Khan, yang berusia 31 tahun, telah mengagumkan juri dalam program realiti yang terkenal dengan persembahannya. Beliau membawakan lagu “Make It Rain” yang dipopularkan oleh Ed Sheeran dan “No Woman, No Cry” yang asalnya dinyanyikan oleh Bob Marley.

    Kemantapan vokalnya yang unik dan mempunyai karakter tersendiri ketika membawakan kedua-dua lagu ini telah menjadikan penyanyi yang berasal dari Pangandaran, Jawa Barat, berjaya mendapatkan empat “Yes” daripada juri yang hadir.

    Keunikan suara Cakra juga mendapat pujian yang meluas, dengan juri ternama seperti Simon Cowell yang mengakui kagum terhadap bakat luar biasanya. Komen pujian ini bukan sahaja mengakui kehebatan Cakra, tetapi juga membukakan pintu bagi langkahnya ke peringkat persaingan seterusnya. “Pencapaian besar itu, tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua, terutama sekali peminat yang sentiasa mempercayai kemampuan saya”, kata Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman.

    Meskipun ruang untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa semakin luas terbuka, Cakra tidak sesekali melupakan peminat di rantau Nusantara yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya. Menghargai sokongan yang diberikan, Cakra mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.

    Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya.

    Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012. Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa dengan Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

    “Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

    “Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya. Tambahnya lagi, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.

    “Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

    “Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

    “Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses,” katanya.

    Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.

  • Seni Raya Batik Membawa Suasana Kampung

    Untuk mempromosikan semangat perpaduan yang lebih besar, Sungei Wang Plaza, pusat membeli-belah legenda malaysia dan salah satu pusat membeli-belah yang paling lama beroperasi di malaysia mengadakan pelancaran raya di Centre Court pusat beli-belah dengan tema, Seni Raya Batik.

    terpukau dengan hiasan yang menakjubkan, keseronokan budaya dan sudah tentu banyak membeli-belah . Centre Court Sungei Wang Plaza telah berubah menjadi suasana perkampungan batik yang meriah dan berwarna-warni sempena pelancaran rasmi kempen Seni “Raya Batik” pusat beli-belah hari ini.

    Sebelum acara ini, Sungei Wang Plaza telah menganjurkan program Kebangkitan Batik 2022 dengan tujuan untuk memperkasakan usahawan masyarakat serta membudayakan seni batik dalam masyarakat malaysia. Inisiatif ini terdiri daripada beberapa siri program bermula daripada pendaftaran peserta, bengkel, program bimbingan dan pameran akhir.

    Pelancaran telah disempurnakan oleh Mr Joseph Teo, Pengurus Pusat Plaza Sungei Wang; Ms Elise Lim’ Setiausaha Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang; Mr Carter Lim, Bendahari Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang dan Ms Winnie Lim, Pengurus Harta Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang.

    “Bagi pihak Sungei Wang Plaza, kami ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa dan penduduk tempatan untuk meraikan raya dengan mengunjungi pusat membeli-belah kami untuk membeli-belah, menikmati tawaran dandanan dari pelbagai salun penjagaan rambut dan menikmati makanan yang lazat. Selain itu, pembeli juga boleh berkumpul di pusat beli-belah pada musim perayaan untuk mengagumi hiasan bertemakan batik yang cantik. Kata Mr Joseph Teo, Pengurus Pusat Plaza Sungei Wang.

    Berikutan pelancaran itu, Sungei Wang Plaza juga turut meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan As Samad, sebuah Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimulakan oleh pusat beli-belah itu. Kempen ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman raya bertema batik dan seronok menyertai bengkel batik pertama mereka semasa majlis pelancaran.

    Antara artis yang hadir memeriahkan majlis ialah Khai Bahar, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 36 sebagai penyanyi pilihan popular dan Zamani Slam, juga terkenal sebagai “The Living Legend” .

    Kempen ini juga menampilkan “Syiok Fest Lebaran” yang akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2022. Lebih 100 gerai akan dipamerkan dan juga akan membawakan anda pelbagai selebriti tempatan.

    Zamani Slam “The Living Legend

    Manjakan diri dan tampil anggun raya ini dengan pakaian batik kerana Sungei Wang Plaza mempamerkan warisan seni negara Malaysia dari sekarang hingga 7 Mei 2022 di mana anda boleh membeli-belah dengan karya indah ini. Abadikan keindahan dan kenangan raya tahun ini dengan tema “Seni Raya Batik” bagi menyemarakkan lagi semangat perayaan tahun ini.

    Datang dan raikan persembahan raya kami yang menakjubkan seperti Silat Cekak Hanafi, Tarian Senandong Aidilfiri, Oerkes Melayu Rojer, Tarian Hari Raya Datang Lagi dan Kugiran Live raya yang akan membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pelanggan membeli-belah dari 2 April hingga 17 April 2022.

    Khai Bahar, Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36

    Manjakan diri anda pada ramadan yang akan datang ini dengan reka bentuk yang memukau dan indah dari bazar batik kami dari 25 Mac hingga 1 Mei 2022. Terletak di pintu masuk utama, anda boleh membeli-belah untuk pelbagai pilihan raya di Syiok Fest Lebaran yang akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2022

    Jangan lupa untuk menebus sampul duit reka bentuk raya batik edisi terhad dengan minima dua (2) resit dan dengan perbelanjaan minimum RM168* tebus sendiri beg tote Sungei Wang Plaza eksklusif. Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Nikmati tempat letak kenderaan percuma dengan perbelanjaan minimum Rm50 dan ke atas dalam dua (2) resit terkumpul terma dan syarat dikenakan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau mengikuti laman Facebook Sungei Wang www.facebook.com/sungeiwangplaza

  • SISI RELIGI MADAM & IMAGI MENERUSI ‘DENGAN SEMPURNA’

    Kuala Lumpur, 4 April 2022 – Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rocketfuel Entertainment, label hiburan tanah air yang terkenal, buat pertama kalinya menggabungkan dua kumpulan rock terkenalnya, MADAM dan IMAGI, dalam single dengan idea religi bernama ‘Dengan Sempurna‘, yang digubah oleh Amy Bong dan Haneef Al-Ansari.

    “Baru sebulan single Nona dan Merasuk dilancarkan, MADAM dan IMAGI hadir pula dengan single terbaharu bagi meraikan bulan puasa. Jika pada tahun lepas, MADAM pernah muncul dengan single berjudul ‘Kekasihku’, tahun ini kamu menggabungkan dua band rock sekaligus,” kata Putera yang berperan sebagai vokalis MADAM.

    Inspirasi kerjasama padu ini tercetus daripada pihak pengurusan Rocketfuel sendiri yang mencari kelainan daripada lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan sebelum ini, selain cara untuk meyambut kedatangan Ramadan tahun ini.

    Menurut Haziq, vokalis IMAGI: “Kami ingin mencuba sesuatu yang baharu di maana dua kumpulan rock bergabung dalam sebuah single rock ala religi yang belum pernah dibuat lagi. Selain itu, kami semua dapat bereksperimentasi dalam muzik dan bertukar-tukar pendapat.

    Dengan Sempurna lebih berkonsepkan ketuhanan atau agama daripada lagu raya yang sepatutnya, membawa mesej taubat seorang hamba yang mengharapkan keampunan daripada Tuhannya.

    “Lagu ini tidak semestinya didengar ketika bulan Ramadan saja, dan boleh didengar pada bila-bila masa. Kami cuma mengambil keberkatan untuk melancarkannya pada bulan yang penuh rahmat ini.

    “Dalam hidup, kita harus sedar siapa diri kita yang sebenarnya dan betapa kerdilnya diri ini berbanding kuasa Yang Maha Esa, oleh itu perbanyakkanlah ibadah dan sentiasa muhasabah diri. Lagu ini juga merupakan dakwah kecil dari kami semua,” jelas Azuan, selaku pemain bass MADAM.

    Walaupun berwatak religi, lagu Dengan Sempurna mengekalkan konsep pop rock yang menjadi identiti kedua-dua band ini, ia ditonjolkan daripada karya-karya lampau mereka agar lebih ‘mesra’ untuk didengari oleh semua peringkat umur, dan yang paling penting, mesej yang hendak disampaikan dengan cara penulisan lirik menginsafkan.

    “Kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk merakamkan masterpiece ini di Alibaba Record & Production, maklumlah ramai pemuzik yang terlibat, namun kami seronok melakukannya kerana banyak idea yang dikongsi bersama selain memupuk rasa ‘ukhwah’ atau kebersamaan sesama kami, kongsi Fitri atau Bob, yang merupakan vokalis dan gitaris IMAGI.

    Encik Erick Yew, selaku Kelua Label & Production Rocketfuel Entertainment berkata, “Sebagaimana lazimnya pada setiap tahun, Rocketfuel akan menampilkan pelbagai variasi konsep lagu bersempena bulan puasa. Pada kali ini kami menampilkan MADAM dan IMAGI menerusi kolaborasi unik yang jarang dilakukan mana-mana label di Malaysia.

    “Semoga pendengar terhibur dalam beringat melalui single Dengan Sempurna dan selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.

    Ramadan dan raya kali ini akan berbeza setelah fasa Covid-19 berubah ke endemik tiada lagi sekatan merentasi daerah dan negeri, luah Herman, pemain dram MADAM,”Dua tahun berlalu dengan perasaan yang amat suram, dan pada tahun ini In Shaa Allah akan menjadi lebih meriah kerana kita telah memasuki era endemik, walaubagaimanapun kesihatan dan SOP harus diberi keutamaan.

    “Kami semua berharap agar single Dengan Sempurna ini dapat memberi manfaat kepada semua pendengar dan lebih melonjakkan lagi nama MADAM dan IMAGI, teruskan menyokong dan memberi semangat kepada kami untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik.

    Lagu Dengan Sempurna boleh dimuat turun daripada iTunes dan digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh didengari pada bila-bila masa menggunakan aplikasi penstriman dalam talian termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

    MV single ini hanya tersedia secara eksklusif dan boleh ditonton pada akaun YouTube Rocketfuel Network.

  • Walau apa pun terjadi, tetap “Asal Jak Raya”

    Sedar atau tidak sedar, memasuki tempoh dua tahun umat Islam menyambut kedatangan Syawal dengan norma baharu akibat penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk berhari raya setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Seramai enam orang artis dari Negeri di Bawah Bayu (Sabah) telah berkolaborasi menampilkan sebuah lagu bagi memeriahkan suasana hari raya pada tahun 2022 yang berjudul Asal Jak Raya iaitu hasil dendangan Nazri Saidali, Ayien, Tyqa Bulonk, Zuana Zulmat, Apiz Paschya dan Shaiffulhan sendiri yang merupakan gandingan penyanyi dan komposer terbaik di negeri Sabah.

    Apiz Paschya
    Apiz Paschya
    Ayien
    Nazri Saidali
    Zuana Zulmat
    Shaiffulhan Saidin
    Tyqa Bulonk

    Asal Jak Raya mengisahkan apa pun keadaannya, apa pun suasananya, yang menjadi kewajipan kita akan tetap menyambut raya walaupun terpaksa akur akan beraya dengan norma baharu. Single raya ini merupakan hasil ciptaan Shaiffulhan dan penulis lirik oleh isterinya D’Lailah. Sepanjang penghasilan Asal Jak Raya, Shaiffulhan Saidin mendapatkan khidmat Jasnie Mohd Yakub seorang Penerbit dan Jutera Bunyi yang tidak asing di Sabah. Single raya ini merupakan hakcipta dan edaran daripada Luncai Emas Sdn. Bhd.

    Asal Jak Raya

    Shaiffulhan juga menghasilkan pelbagai lagu yang kini telah berada di saluran YouTube Luncai Emas seperti Ku Takkan Mengalah, Romeo Ikan Masin dan Keseorangan.

    “Kali pertama saya mendengar demo ini, memang saya sudah terpesona dengan melodi dan liriknya yang direct to the point dengan keadaan semasa kita. Sebenarnya kalau kita hayati, liriknya agak sedih tetapi disulami dengan garapan melodi yang baik dan susunan muzik sangat mantap dan padu” ujar Nazri Saidali.

    Video lirik Asal Jak Raya boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas yang telah diriliskan pada tahun 2021 dalam fasa pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Asal Jak Raya boleh didengari di platform streaming YouTube dan iTune dengan harapan ia mampu menambat setiap hati peminat-peminat yang mendengarnya dan menarik perhatian generasi baru.