Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

Walau apa pun terjadi, tetap “Asal Jak Raya”

Sedar atau tidak sedar, memasuki tempoh dua tahun umat Islam menyambut kedatangan Syawal dengan norma baharu akibat penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk berhari raya setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Seramai enam orang artis dari Negeri di Bawah Bayu (Sabah) telah berkolaborasi menampilkan sebuah lagu bagi memeriahkan suasana hari raya pada tahun 2022 yang berjudul Asal Jak Raya iaitu hasil dendangan Nazri Saidali, Ayien, Tyqa Bulonk, Zuana Zulmat, Apiz Paschya dan Shaiffulhan sendiri yang merupakan gandingan penyanyi dan komposer terbaik di negeri Sabah.

Apiz Paschya

Apiz Paschya

Ayien

Nazri Saidali

Zuana Zulmat

Shaiffulhan Saidin

Tyqa Bulonk

Asal Jak Raya mengisahkan apa pun keadaannya, apa pun suasananya, yang menjadi kewajipan kita akan tetap menyambut raya walaupun terpaksa akur akan beraya dengan norma baharu. Single raya ini merupakan hasil ciptaan Shaiffulhan dan penulis lirik oleh isterinya D’Lailah. Sepanjang penghasilan Asal Jak Raya, Shaiffulhan Saidin mendapatkan khidmat Jasnie Mohd Yakub seorang Penerbit dan Jutera Bunyi yang tidak asing di Sabah. Single raya ini merupakan hakcipta dan edaran daripada Luncai Emas Sdn. Bhd.

Asal Jak Raya

Shaiffulhan juga menghasilkan pelbagai lagu yang kini telah berada di saluran YouTube Luncai Emas seperti Ku Takkan Mengalah, Romeo Ikan Masin dan Keseorangan.

“Kali pertama saya mendengar demo ini, memang saya sudah terpesona dengan melodi dan liriknya yang direct to the point dengan keadaan semasa kita. Sebenarnya kalau kita hayati, liriknya agak sedih tetapi disulami dengan garapan melodi yang baik dan susunan muzik sangat mantap dan padu” ujar Nazri Saidali.

Video lirik Asal Jak Raya boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas yang telah diriliskan pada tahun 2021 dalam fasa pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Asal Jak Raya boleh didengari di platform streaming YouTube dan iTune dengan harapan ia mampu menambat setiap hati peminat-peminat yang mendengarnya dan menarik perhatian generasi baru.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k