KAWASANKU Menjadi Platform Mendekatkan Statistik Dengan Rakyat

Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhanjaya Banci Malaysia 2020 iaitu YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzor Mahidin telah melancarkan ‘KAWASANKU’ pada 13 Julai 2022 melalui platform Facebook DOSM https://fb.watch/dDGeWHQxMK/.

Pembangunan platform data terbuka kepada generasi baharu yang mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 adalah salah satu inisiatif permulaan bagi KAWASANKU.  Selain itu, pelbagai indikator sosial, ekonomi dan alam sekitar setempat yang berkaitan turut disediakan.

Tambahan pula, penggunaan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil disediakan sebagai persembahan visualisasi di Dashboard KAWASANKU serta perbandingan antara kawasan dapat dibuat dalam satu snapshot ringkas sehingga ke peringkat 222 Parlimen dan 600 Dun.  Istillah ‘KAWASANKU’ diaplikasikan dengan mengambilkira perkataan yang dekat dengan rakyat dimana menjadikan statistik ini lebih mesra dengan pengguna data.

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia berkata “KAWASANKU memaparkan statistik kependudukan dan indikator demografi serta sosio-ekonomi peringkat granular yang boleh menjadi nadi kepada perancangan lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan DUN sebagai rujukan dan analisis perbandingan.  KAWASANKU turut menyediakan perbandingan Visualization Map di peringkat Parlimen dan DUN untuk beberapa indikator seperti kepadatan penduduk, pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan akses kepada bekalan elektrik & air, peratus permukaan diliputi hutan, keamatan lampu pada waktu malam dan lain-lain lagi.”

Disamping itu, cadangan berkaitan pembangunan di samping memantau kemajuan prestasi kawasan masing-masing dengan lebih berkesan mampu diberikan oleh rakyat bersama pemimpin dan stakeholders setempat dengan adanya platform KAWASANKU ini.  KAWASANKU boleh diaksses melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/.

Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022, Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 akan dilakukan manakala Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) pada 15 April sehingga 30 September 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).  Kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM serta menjayakan survei ini amat dihargai oleh pihak DOSM.  Sila layari www.dosm.gov.my. untuk sebarang maklumat lanjut.

PocketStats yang mengandungi statistik suku tahunan juga boleh didapati dari portal DOSM atau melalui pautan https://bit.ly/PocketStats.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k