KELAINAN DATUK AISHAH DALAM KETENTUAN TAKDIR
Nama figura tersergam indah ini cukup jelas. Sesiapa yang mendengar suara emas itu akan terpikat dengannya berulang kali. Realitinya, majoriti lagunya sentiasa menepati masa dan menghiburkan untuk didengari.
Datuk Aishah telah menonjolkan dirinya sebagai salah seorang vokalis wanita yang menyerlah sejak debutnya. Tidak keterlaluan untuk melabelkannya sebagai legenda, memandangkan bakatnya dan rekod penghormatan yang panjang.
Di sebalik kebangkitan artis baru dan muda, Datuk Aishah, 57, yang juga dikenali sebagai Wan Aishah Wan Ariffin, terus berkarya dan menulis lagu baharu.
Datuk Aishah yang memulakan karier seninya bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand baru-baru ini telah mengeluarkan single KETENTUAN TAKDIR yang diterbitkan oleh Chevy Amry dan ditulis oleh Datuk Habsah Hassan.
“Lagu KETENTUAN TAKDIR ini ada kelainan dan memang itu pun yang saya cari. Ini supaya lagu-lagu yang saya rakam tak mudah diagak dan ia ada kelainan. Saya suka dengan sentuhan dan susunan lagu ini terutama bila lirik lagu ini menceritakan keresahan dalam jiwa dan emosi.
“Apabila dapat baca lirik yang ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, pada saya ia memberi makna yang baru dan saya boleh kaitkan dengan apa yang terjadi mengenai lagu itu. Pada saya untuk menyanyi dengan baik, perlu ada kemampuan untuk fahami jalan cerita lagu itu. Apabila sudah dapat lirik saya setuju untuk teruskan. Proses ini berlaku dengan cepat, Azlan Abu Hassan buat susunan dan seterusnya buat rakaman,” katanya
Datuk Aishah yang sudah 36 tahun menyanyi, mahu terus berkarya selagi mampu dan percaya lagu-lagu masa depan akan lebih mencabar buat dirinya.
“Ia cerpen dalam empat minit. Jadi saya sebagai penyanyi perlu sampaikan dengan baik kepada pendengar supaya mereka dapat menghayati jalan cerita itu. Ia satu cabaran kepada saya juga. Kadang-kadang lagu ini kita dengar sedap, tapi tak tahu ia cerita mengenai apa. Disebabkan pendengar tak dibawa menghayati cerita dalam lagu itu. Kalau begitu boleh dikatakan sedikit gagal dalam penceritaan,” katanya.
Datuk Aishah meluahkan rasa tidak puas hati dengan penerbitan video muzik itu, memetik masalah mencari tapak rakaman yang sesuai.
“Apabila tak dapat, jadi kita tak dapat nak persembahkan apa yang kita betul-betul mahukan. Tapi itu pengalaman pertama bekerja dengan pasukan produksi ini.Jadi kita belajar dari kesilapan.
“Untuk artis yang sudah lama macam saya, kita nak ada kelainan dalam lagu. Tapi kita tak mahu kelainan itu terlalu drastik sebab tak mahu peminat sedia ada lari. Jadi kenacari satu keseimbangan disitu dan kekalkan ‘signature sound’. Itu perkara yang saya perasan.
“Kalau penyanyi dulu ada ‘sound’ dia yang tersendiri. Jadi bila dengar dalam radio orang akan kenalpasti suara itu dulu. Kalau kita bandingkan dengan zaman sekarang, orang lebih kenal lagu. Itu yang menjadikan indentiti penyanyi.Dalam lagu ini saya mahu tekankan ‘signature sound’ itu. Tapi kalau boleh saya nak ia lebih segar dan relevan untuk muzik sekarang,” katanya.
Chevy Amry, komposer, terpengaruh apabila Datuk Aishah menerima lagu ciptaannya bersama Datuk Habsah Hassan, penyair.
Suatu hari Kak Chah (Habsah) menghantar lirik lagu KETENTUAN TAKDIR kepada saya. Tiba-tiba dapat ilham katanya. Saya terus menghasilkan melodi lagu ini dan memperdengarkan kepada Kak Chah. Alhamdulillah dia suka melodi itu. Kemudian saya memperdengarkan kepada Datuk Aishah, ternyata dia juga suka melodi dan liriknya.
“Lirik lagu ini seakan-akan menceritakan mengenai kisah hidupnya sekarang. Lirik lagu KETENTUAN TAKDIR sangat relevan dengan dirinya kerana liriknya adalah berdasarkan kisah benar mengenaisuka duka hidup Datuk Aishah selama bergelar anak seni. Lagu ini amat mencabar, moden dan relevan untuk zaman sekarang. Melodi lagu ini amat segar dan ‘cathcy’, sekali dengar sudah boleh melekat di jiwa,” katanya.
Pada masa sama, Chevy mendedahkan betapa sukarnya Datuk Aishah untuk ke studio.
“Pada hari rakaman vokal, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan banjir. Datuk Aishah terpaksa meredah banjir dalam perjalanan dari Ampang ke studio di Puchong yang sepatutnya mengambil masa 40 minit, tetapi akibat banjir, perjalanan mengambil masa lebih dua jam. Rakaman vokal sepatutnya bermula pada jam 8 malam, tetapi Datuk Aishah tiba di studio jam 10 malam dengan basah kuyup. Namun semangat dia sungguh kuat untuk menyiapkan rakaman pada malam itu yang selesai pada jam 12 malam,” katanya.
Azlan Abu Hassan, adik kepada Allahyarham Adnan Abu Hassan, yang menjadi komposer dan penerbit lagu dan album Datuk Aishah sejak 1990, menyumbang kepada susunan istimewa lagu ini.
Lagu KETENTUAN TAKDIR kini boleh didapati di semua platform digital, termasuk Spotify, JOOX, Apple Music, DEEZER, dan YouTubeMusic, serta di akaun YouTube Universal Music Malaysia.