Ketibaan Oppo Find X5 Pro 5G di Malaysia dengan NPU Pengimejan Berkuasa, MariSilicon X untuk Memperkasakan Setiap Detik Gaya Hidup Anda

OPPO Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon pintar terkini mereka, Find X5 Pro 5G ke pasaran Malaysia. Tambahan terkini kepada Siri Find X, memperlihatkan focus dalam meningkatkan keupayaan kamera dalam pakej yang anggun dan bergaya lagi kukuh.

Penstabilan Inej Optik Lima Paksi Tahap SLR untuk memastikan kestabilan yang lebih tinggi semasa merakam video. Satu bahagian khusus dalam teknologi telefon pintar yang telah menyaksikan peningkatan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah kamera.

Bagi tujuan ini, OPPO telah melonjakkan sempadan fotografi telefon pintar ke tahap seterusnya dengan membangunkan NPU Pengimejannya sendiri, iaitu MariSilicon X, yang membolehkan pengguna merakam 4K Video Malam Ultra dan mengambil gambar berkualiti tinggi pada waktu malam dengan mudah.

Berdasarkan proses 6nm, MariSilicon X memberikan bukan hanya kuasa pengkomputeran AI yang paling berkuasa pada telefon pintar tetapi juga Algoritma Pengurangan Hingar (AINR) yang direka oleh Institusi Penyelidikan OPPO, menghasilkan keseluruhan gambar yang lebih tepat dan berkualiti. Digabungkan dengan sensor andalan canggih Sony 50MP IMX766, berserta saiz sensor 1/1.56”, lebar 2um saiz piksel besar selepas pengebinan, kamera belakang lebar dan ultra lebar mampu mengambil tangkapan malam yang menakjubkan.

Oppo juga memperkenalkan system OIS Lima Paksi Tahap SLR pertama seumpamanya yang digandingkan dengan algoritma hak milik untuk membantu mempertingkatkan keupayaan pengambilan gambar dan video dengan melawan pergerakan tangan, mengurangkan hingar dan menajamkan pemandangan dengan setiap kali penggunaan.

Tidak lupa juga kamera hadapannya yang turut penting, OPPO telah bekerjasama dengan Sony untuk menyesuaikan sensor IMX766 yang apabila digabungkan dengan kuasa pemprosesan MariSilicon X, menghasilkan swafoto yang menampilkan lebih banyak tekstur dan penghasilan warna yang lebih tepat walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar. Mod Pro dalam aplikasi kamera juga mengemukakan ciri Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad, dengan penapisan gambar Master Style yang kreatif untuk memberikan beberapa gaya tambahan pada fotografi mudah alih.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS