Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Penerbit dan Pengarah, Datuk A Aida, tidak akan bertolak ansur dengan dua pelakon tanah air, Amelia Henderson dan Idris Khas dan tetap akan meneruskan saman terhadap mereka kerana melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production yang berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

A. AIDA (tengah), bersama Ashmadi (kiri) dan Riza Baharudin ketika sidang media di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Menurut A Aida, kedua-dua pelakon tersebut yang merupakan hero dan heroin untuk drama terbabit didakwa menarik diri saat-saat akhir dengan memberikan alasan yang tidak munasabah. Dia kehilangan kata-kata dengan dua pelakon tersebut yang melanggar kontrak yang sudah dimenterai.

Mereka sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu, namun pihak pengurusnya memberitahu dia (Amelia) mahu menarik diri pada malam 15 Jun.

Selain itu, kata Aida, dia turut memaklumkan pengarahnya, Riza Baharudin sudah menelefon pihak Amelia dan Idris, bagaimanapun panggilan tidak berjawab. Ekoran penarikan diri itu, A Aida berkata dia menanggung kerugian produksi sebanyak lebih kurang RM 150,000.

Dalam pada itu, peguambela dan peguamcara dari Zulpadli dan Edham yang mewakili A Aida iaitu Ashmadi Othman berkata, tujuan sidang media itu diadakan adalah lebih kepada tindakan yang bakal diambil oleh A Aida bersama A Aida Production ke atas dua orang artis yang terbabit dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

“Pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan kerana Amelia dan Idris mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” katanya.

CATEGORIES
Share This