Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 CMA i Capital Group
Tidak lengkaplah suatu perayaan itu tanpa adanya rumah terbuka. Rumah terbuka yang dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan dari berbilang bangsa. Ramai yang mengadakan rumah terbuka bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.
CMA i Capital Group tidak terkecuali untuk mengadakan rumah terbuka Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 pada 26 Mei, Khamis yang lalu bertempat di Kelab Golf Seri Selangor, Persiaran Damansara Indah, Tropicana, 47810 Petaling Jaya Selangor.
Majlis rumah terbuka tersebut bermula pada jam 6 petang dengan ketibaan kakitangan dan keluarga CMA i Capital Group. Bacaan doa dan Majlis Perasmian Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri berlangsung selepas para tetamu tiba.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dari keluarga CMA i Capital Group semasa jamuan makan dan ramah mesra. Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Pertunjukan bunga api untuk para tetamu juga turut diadakan. Ia merupakan persembahan kemuncak pada malam itu.
Tidak sempurnalah majlis tanpa adanya upacara penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah diberikan mengikut kategori, iaitu kategori persembahan terbaik, kategori pakaian raya terbaik dan juga kategori cabutan bertuah mega.
Sesi karaoke juga turut dibuka kepada semua hadirin untuk memeriahkan majlis. Tepat jam 12 malam, majlis bersurai.