Mohd Khairuddin Othman Menggantikan Agus sebagai KP J-KOM

Mohammad Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff telah dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), dan Mohd Khairuddin Othman, bekas ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras dan bekas EXco Selangor dilantik sebagai Ketua yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam hantaran poster ucapan tahniah di Facebooknya.

“Semoga J-Kom akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik,” katanya

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan calon bagi jawatan itu sudah dimuktamad dan akan diumumkan selepas selesai dokumentasi.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom dikosongkan selepas peletakan jawatan peyandangnya, Dr. Mohammad Agus sejak November tahun lalu yang terpalit dengan dakwaan rakaman perbualan tidak bermoral dengan seorang pegawai J-KOM.

Agus kini berdepan siasatan berkait dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k