Tag: #KualaLumpur

  • Konsert Ungu Live In Kuala Lumpur pada 25 Februari 2024 Nantikan Kehangatan 30 Hits Terunggul

    Lagu-lagu hits Ungu iaitu Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu sangat popular ini bukan di Indonesia sahaja tetapi di negara jirannya juga. Malaysia tak akan pernah dilupakan  walaupun sudah lebih 10 tahun Ungu tidak ke Malaysia masih lagi  diingati.

     

    Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.

    Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.

    Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.

    Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.

    “Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.

    “Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.

    “Kerana apa? Kerana selain kami yakin banyak peminat yang sudah merindui Ungu dan mahu menonton persembahan secara langsung dalam sebuah konsert, ia juga adalah kerana mereka memiliki segudang hit yang akan membuat Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless istimewa.

    “Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.

    Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.

    Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless. “Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua Kami.

     

    “Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah. “Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.

     

    Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak. Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).

     

    Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.

    Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.

    Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.

     

    Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa Semua!

    JANGAN LUPA TIKET MULAI DI JUAL PADA (JUMAAT 1hb Disember , pukul 11.00 pagi) di www.ticket2u.com.my

    INFORMASI

    ACARA: Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless

    TARIKH: 25 FEBRUARI 2024

    LOKASI: MEGASTAR ARENA, KL

    PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT SDN BHD

    PENAJA UTAMA: AKE GROUP

    DENGAN KERJASAMA (PENGLIBATAN SENI): AKE SENI

    HARGA TIKET:

    RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING)

    RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1)

    RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2)

    PEMBELIAN DI LAMAN SESAWANG: WWW.TICKET2U.COM.MY

    PEMBELIAN DI TALIAN HOTLINE: 012 6530 700 (WHATSAPP)

  • MENINGKAT 7.9% KE RM 394.8 JUTA UNTUNG BERSIH SUKU KETIGA BANK ISLAM

    KUALA LUMPUR, Selasa, [28 November 2023]: Keuntungan bersih sebanyak RM394.8 juta Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Kumpulan ) bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020 (9M2023), meningkat 7.9% berbanding tempoh masa pada tahun 2022. Bank Islam mendapat keuntungan yang bersih sejak akhir ini. Hal ini dapat memberi impak yang baik dalam perniagaan Bank Islam.

     

    Perolehan Kumpulan bagi tempoh tersebut meningkat 33.0% kepada RM3.36 bilion (RM3,362.6 juta) berbanding RM2.53 bilion (RM2,529.1 juta) pada tahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan sihat dan pendapatan bersih. Pencapaian yang lebih baik ini turut didorong oleh pendapatan bukan berasaskan dana yang lebih tinggi, mengukuh sebanyak RM144.5 juta atau 95.6% disebabkan oleh pendapatan pelaburan lebih tinggi dan laba bersih daripada transaksi tukaran mata wang asing. Pendapatan berasaskan dana bersih turut meningkat, disumbangkan oleh pertumbuhan pembiayaan kasar y-o-y dan peningkatan margin pendapatan bersih (NIM). NIM terus meningkat secara konsisten daripada 2.06% pada suku pertama 2023 kepada 2.11% pada suku kedua 2023 dan terus mengukuh kepada 2.17% pada suku ketiga 2023.

     

    Pencapaian ini diterjemahkan kepada pendapatan sesaham 17.58 sen dan pulangan ekuiti bersih tahunan sebanyak 7.7%. Bagi 9M2023, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen tunai interim satu peringkat RM285.4 juta atau 12.59 sen sesaham biasa.

     

    Jumlah Aset Kumpulan meningkat sebanyak 2.2% y-o-y untuk berada pada RM88.1 bilion setakat 30 September 2023, didorong oleh pertumbuhan pembiayaan dan pelaburan sekuriti.

     

    Pembiayaan Kasar meningkat sebanyak 8.4% y-o-y kepada RM67.3 bilion, manakala akaun deposit dan pelaburan pelanggan berada pada RM73.9 bilion dengan mencatatkan peningkatan y-o-y RM1.7 bilion atau 2.3%. Sebahagian besar pertumbuhan ini didorong pengukuhan y-o-y 9.5% atau RM2.5 bilion dalam jumlah akaun semasa, simpanan dan pelaburan transaksi (CASATIA) untuk berada pada RM28.5 bilion. Komposisi ini menunjukkan aras sihat 38.5% jumlah akaun deposit dan pelaburan pelanggan. Nisbah Jumlah Modal Kumpulan kekal kukuh pada 20.0%.

     

    Kumpulan mengekalkan kedudukan modal dan kecairan yang teguh, seterusnya mencerminkan momentum pertumbuhan dan asas Bank Islam yang jitu. Setakat 30 September 2023, nisbah pembiayaan terjejas kasar telah meningkat 0.97% berbanding 1.27% pada akhir Disember 2022. Angka ini kekal lebih baik berbanding purata industri pada 1.72%.

     

    Bagi mengukuhkan prestasi kewangan serta daya tahannya, Bank Islam mengutamakan pelaksanaan strategi untuk memelihara NIM dalam landskap industri yang kompetitif. Selain itu, ia terus memperhalusi penyelesaian kewangannya agar seiring dengan pendekatan bertumpukan pelanggan.

    Sebagai maklum balas pada perubahan pilihan perbankan dalam pasaran, Bank Islam terus komited dalam menyediakan penyelesaian patuh Syariah termaju, selaras dengan gaya hidup moden. Kumpulan terus menambah baik dan memperluas perkhidmatan dan tawaran perbankan digitalnya.

     

    Pengenalan Kad Debit-i Visa Be U by Bank Islam pada September 2023 mempamerkan dedikasi Kumpulan dalam memenuhi permintaan semasa pasaran serta menyediakan pengalaman perbankan tanpa cawangan yang cekap. Kad debit tersebut memperkasakan pengguna dan memudahkan pemantauan kewangan menerusi penjejak perbelanjaan yang tersedia dalam aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam. Fungsi ini menjadikan pengguna lebih peka serta memahami tabiat perbelanjaan masing-masing, seterusnya membolehkan mereka merancang dan mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan secara strategik. Pendekatan ini seterusnya akan memacu gaya hidup Syariah yang menekankan perbelanjaan secara berhemat.

     

    Kewangan mampan terus menjadi teras dalam strategi Kumpulan untuk mempelbagaikan aliran pendapatan serta selaras dengan matlamat pembangunan domestik. Bank Islam akan terus menilai profil pelanggan secara rapi dan memelihara kualiti aset. Sejajar dengan usaha kawal selia dalam membina sistem perbankan yang berdaya tahan, Bank Islam secara proaktif menerapkan penilaian risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam pertimbangan pemohonan pembiayaan baharu, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem kewangan yang kukuh dan mampan.

     

    Pandangan

    Berdasarkan Buletin Suku Tahunan bagi Suku Ketiga 2023 terbitan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 November lalu, ekonomi negara berkembang sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 (2Q2023: 2.9%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, manakala perbelanjaan isi rumah kekal menyumbang kepada peningkatan berterusan pertumbuhan pekerjaan dan upah.

     

    Pada masa ini, Bank Islam mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.7%, bagi tahun penuh 2023, penurunan kecil berbanding ramalan rasmi kira-kira 4.0%. Memandangkan kitaran industri semikonduktor global semakin perlahan dan terdapat peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancong asing, Kumpulan menjangkakan Malaysia akan meneruskan momentum pertumbuhannya pada suku keempat 2023 dan tahun akan datang. Ini seterusnya akan menyokong pertumbuhan mampan Bank Islam pada tahun 2024.

     

    Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad (No. Pendaftaran Syarikat [198301002944(98127-X)]

    Bank Islam adalah institusi perbankan Islam pertama di Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Berhad. Ditubuhkan pada bulan Julai 1983 sebagai institusi perbankan Islam pertama di Malaysia, Bank Islam mempunyai 135 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara. Sebagai institusi perbankan Islam lengkap dan tulen, Bank Islam menyediakan penyelesaian perbankan dan kewangan yang mematuhi undang-undang dan prinsip Syariah dengan ketat serta komited terhadap hasrat kemakmuran lestari dan nilai-nilai ESG. Anak syarikat utama Kumpulan Bank Islam adalah perintis dalam pelbagai perkhidmatan kewangan Islam, termasuk pelaburan dan pembrokeran saham, iaitu BIMB Investment Management Berhad dan BIMB Securities Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kumpulan Bank Islam, layari www.bankislam.com. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: media@bankislam.com.my

  • Kuala Lumpur Bersedia untuk Malam Epik Bersama Isaac Gracie!

    Bulan November dan Disember 2023 adalah masa yang istimewa bagi peminat muzik di dalam dan luar negara. Isaac Gracie akan menghidupkan malam-malam Kuala Lumpur dengan persembahan muzik yang dinantikan.

    “Isaac Gracie Asia Tour 2023” akan bermula pada 24 November 2023 di Jakarta, Indonesia. Beliau akan terus menawan peminatnya pada 25 November 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia di The Bee @ Publika.

    Selepas itu beliau akan memulakan perjalanannya ke China, di mana beliau akan beraksi di beberapa kota dari 27 November hingga 3 Disember 2023. 

    Mengenali daya tarikan Isaac Gracie bukan lagi satu rahsia, dengan gaya muziknya yang mengasyikkan dan penceritaan emosional yang mendalam. Konsert ini dijangka akan menyajikan pengalaman luar biasa buat peminat-peminat muzik di seluruh Malaysia dan benua Asia.

    2023 menyaksikan kembalinya Isaac Gracie dengan single terbarunya, ‘Something Inside Me’ selepas ‘The Man Who Flew Into Space’. Sejak EP ‘close up – looking down’ yang mendapat pujian kritis pada 2018, single baru ini mempamerkan gabungan istimewa diantara lirik mendalam dengan melodi penuh perasaan yang membawa pendengar ke dalam alam muziknya yang introspektif dan evokatif. 

    Gabungan uniknya antara unsur folk, rock, dan indie terus memukau pendengar, menjadikan “Isaac Gracie Asia Tour 2023” sebagai peluang istimewa bagi peminat untuk terbenam dalam pengalaman muzik live yang tak terlupakan.

    Tiket untuk Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur boleh didapati di www.myticket.asia bermula 25 Oktober 2023. Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka awal supaya tidak lepas peluang untuk menyaksikan Isaac Gracie secara live.

    Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur dianjurkan oleh Primuse dengan kerjasama dari Shiraz Projects.

    Untuk maklumat lanjut, sila lawati saluran media sosial rasmi Isaac Gracie.

    Kenali Isaac Gracie

    Isaac Gracie adalah penyanyi dan penulis lagu dari UK yang terkenal dengan penceritaan emosionalnya dan gaya muzik yang memukau. Dengan single terbarunya, ‘The Man Who Flew Into Space,’ dan “Isaac Gracie Asia Tour 2023” yang akan datang, beliau terus memukau penonton dengan persembahan penuh emosi dan lirik yang mendalam, meneguhkan tempatnya sebagai bakat yang berkaliber dalam landskap muzik kontemporari.

    Tentang PRIMUSE

    PRIMUSE memberikan akses unik kepada pelbagai kandungan seni, budaya, dan sukan dengan bantuan teknologi baru memanfaatkan hubungan antara penyedia kandungan dan pengguna di seluruh dunia.

    Melalui model perniagaan bersepadu secara vertikal, selain daripada promosi acara, Primuse merancang untuk beroperasi di hampir semua peringkat hiburan secara langsung, termasuk pemilikan dan pengurusan tempat; penjualan tiket; pemasaran; F&B; barangan dagangan; penstriman; dan sponsor korporat. Akibatnya, kami akan menghasilkan pendapatan daripada pelbagai aktiviti berkaitan dengan operasi. 

    Kedudukan terkemuka dan pengalaman panjang pasukan kami dalam industri hiburan, memberi Primuse kepercayaan terbukti dari penyedia kandungan terbesar di dunia. Mendapatkan akses langsung dan istimewa kepada kandungan terbaik dunia untuk acara seni, sukan & budaya, yang memperkuat hubungan Primuse dengan penaja korporat dan membangkitkan minat orang ramai.

    Isaac Gracie Asia Tour 2023 – Kuala Lumpur

    Tarikh : 25 November 2023

    Masa : 8pm

    Lokasi : The Bee @ Publika, Kuala Lumpur

    Harga Tiket : RM 388 (VIP)

    RM 188 (GA)

    Tiket : www.myticket.asia

    Tiket Hotline : 03 8605 0196

    Info Hotline : 012 2560082

    Laman Web : www.isaacgraciemusic.com

      www.primuse.live 

      www.shirazprojects.com

  • PEMINAT AKAN MELIHAT “ZAYAN MASJID MOTORHOME TOUR” PADA 7 OKTOBER INI.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Imej%202_ZAYAN%20Masjid%20Motorhome%20Tour.jpeg

    ‘ZAYAN Masjid Motorhome Tour’ bakal menemui peminat pada 7 Oktober ini”

    • Semua peminat ZAYAN dijemput hadir untuk memeriahkan ZAYAN Masjid Motorhome Tour yang akan diadakan pada 7 Oktober, bermula 6 pagi hingga 8 malam di lima masjid sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa satu hari perjalanan.

     

    Lokasi-lokasi ZAYAN Masjid Motorhome Tour di bawah:

     

    Masa Lokasi ‘ZAYAN Masjid Motorhome Tour’
    6 pagi Johor Bahru

    • Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar

    Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

    1 tengah hari Melaka

    • Masjid Cina Negeri Melaka (Al Muttaqin)

    Paya Rumput Krubong, 75260 Melaka

    4 petang Negeri Sembilan

    • Masjid Sri Sendayan

    Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Negeri Sembilan

    6 petang Putrajaya

    • Masjid Putra

    Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya

    8 malam Cyberjaya

    • Masjid Cyberjaya 10

    Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, 63200 Cyberjaya, Selangor

    • ZAYAN Masjid Motorhome Tour bakal memberi pengisian dan aktiviti menarik kepada para peminat termasuk solat berjemaah di lokasi lawatan, permainan yang menghiburkan, pemberian barangan eksklusif ZAYAN serta sesi beramah mesra bersama selebriti tempatan dan personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Fynn Jamal, Mawi, Anas, Faisal Ismail (ZAYAN Pagi), Lin Ariffin (ZAYAN 10-3) serta Hadhari dan Hazwan (H&H di ZAYAN).

     

    • Sebagai tambahan, para peminat ZAYAN juga berpeluang menang hadiah wang tunai dalam peraduan-peraduan menarik seperti Tebuk Surah ZAYAN, di mana peserta perlu memberi sambungan ayat dari surah yang dibacakan, dari sekarang hingga 6 Oktober dan Siapa itu ZAYAN?, di mana peserta perlu meneka suara penyanyi mengikut sedutan lagu nasyid, bermula pada 9 hingga 20 Oktober di udara.

     

    • Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Imej%201_ZAYAN%20Masjid%20Motorhome%20Tour.jpeg

  • River Of Life Fun Run 2023 (ROLFR23) Melangkah di Arus Kehidupan – Bersama Impian yang Menghidupkan

    KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2023 – Setiap insan memerlukan bekalan air yang tidak hanya bersih, tetapi berkualiti tinggi – titik mula kepada kesihatan dan kesejahteraan. Kunci kepada keseimbangan ini bermula dari sumber air yang asli dan terpelihara dengan baik, dengan sungai menjadi satu daripada sumber utama. Ini adalah tugas bersama untuk memelihara dan melindungi sungai daripada pencemaran, menjadikan kita penjaga kelestarian alam.

    Selain memastikan kebersihan air, keindahan alami sungai juga perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Sungai yang indah bukan hanya memberi kehidupan kepada haiwan dan tumbuhan, tetapi juga memberi ketenangan dan kecantikan kepada manusia. Ia adalah simbol kehidupan dan penyubur semangat kita.

    Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan. Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023(ROLFR23).

    Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi aspirasi penganjur, dijangka 500 perserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dapat berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan penganjur cukup bersesusaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan dan kesegaran. Turut berlangsung, acara KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota. Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta pelatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.

    Dalam pada itu, satu pameran turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan. Inisiatif tambahan ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta, malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.

    Menerusi satu kempen “Impian Kita bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi diantara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

  • KONSERT JELAJAH RIZKY FEBIAN Bakal Menerujakan Peminat-peminat di Malaysia Pada November ini.

    KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Rizky Febian, penyayi yang berasal dari negara jiran (Indonesia), tidak asing lagi namanya di negara Malaysia. Beliau bakal kembali ke Malaysia untuk konsert album jelajah BERONA DAY pada 3 November 2023 yang bertempatkan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam. Jangan terlepas peluang untuk menjadi saksi buat konsert yang dinanti-nantikan iaitu An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian yang dibawakan khas oleh penganjur konsert paling sensasi masa kini, Hitman Solutions.

    “Ini merupakan konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi sebahagian dari sebuah konsert antarabangsa pada Julai tahun ini,” jelas pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutina, 25 tahun.

    Sejak kecil, Rizky sudah pun didedahkan dengan industri hiburan di mana bapanya merupakan artis komedi terbesar Indonesia, kemudian pada tahun 2015, beliau tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya meloniakkan namanya sebagai salah satu penyanyi ‘papan atas’ Indonesia.

    Terkini, Rizky baharu sahaja melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’ pada 21 Julai lalu, katanya, “Album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi menjadi tujuan utama mengapa konsert ini diadakan kali ini, selain mempromosikan album baharu, dapat juga menyapa peminat-peminat saya di Malaysia.

    “Team dari RFAS Music sudah pun mempersiapkan segala rangka promosi pada September ini, dan juga menjelang malam konsert nanti.

    Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, bakal berlangsung selama hampir 2 jam dengan 15 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert nanti di mana Rizky akan tampil dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa.

    Lebih istimewa, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya sendiri. “Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia.

    Menurut En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, “Rizky mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan penggemar muzik tempatan dan beliau merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu. Dengan itu, kami tidak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya.

    Kami juga akan teruskan penjelajahan in ke negara singa, pada tahun 2024 sebagai penganjur untuk Berona Day Rizky Febian Singapura. Sebagai promoter konsert, kami ingin setiap konsert itu bermakna buat peminat-peminat, oleh itu, kami memberikan harga tiket yang berpatutan dan mampu beli kepada semua.”

    Tiket akan dijual mulai 7 September 2023, jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM 179, Terpesona (Normal Seating) RM 199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399.

    Terima kasih khas kepada Sinar FM, ERA FM, Gegar FM (rakan radio rasmi), RFAS Music (label rekod rasmi), Sunway Putra Hotel, (rakan hotel rasmi) dan Batik Air (syarikat penerbangan rasmi).

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, sila hubungi En. Keeran (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.

  • Hari Malaysia ke-60 Bakal Disempurnakan Dengan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERM 2023) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

    Malaysia merupakan salah satu negara yang menempatkan pelbagai etnik, kaum dan bangsa. Ini membuat Malaysia sebuah negara yang unik dengan kerohanian serta perpaduan yang dimiliki.

    Penubuhan Perseketuan Malaysia yang berlaku di 16 September 1963 telah memberi impak besar kepada pasca ekonomi kini yang bertema Malaysia “MADANI”.

    Sempena meraikan Hari Malaysia ke-60, Pada 16 September & 17 September 2023. Tatihseni Tari bakal mengadakan sebuah program bernama Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia

    .

    Program ini bertujuan menjulung nama seni negara dengan mempersembahkan pelbagai tarian eksklusif serta unik dari pelbagai etnik yang bakal datang dari setiap pelusuk negeri. Hal ini, bakal menarik minat orang luar secara tidak langsung mencapai motif edisi “Visit KL”.

    Program ini bakal dianjurkan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Malam. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik bakal diladakan bagi memeriahkan lagi acara ini.

    Mari beramai-ramai kita memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia ke-60.

  • AITEX 2023: Menjelajah Keajaiban Pelancongan Islam serta Haji dan Umrah!

    Kuala Lumpur, 4 SEPTEMBER 2023 – Persidangan dan Pameran Asia Islamic Tourism Expo 2023 (AITEX 2023) akan menggegarkan Sunway Pyramid Convention Centre dan Sunway Hotel Resort, Bandar Sunway, Selangor dari 13 hingga 15 September 2023. Acara ini direalisasikan melalui kerjasama strategik dengan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Global Islamic Tourism Organization (GITO), serta Santai Travel.

    AITEX 2023 adalah panggung pelancongan antarabangsa yang mengumpulkan pemain industri pelancongan dari seluruh Asia dalam usaha mempromosikan Pelancongan Islam, Haji, dan Umrah. AITEX 2023 menjanjikan tiga acara utama yang menerujakan:

    1. PERSIDANGAN AITEX – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam yang akan berlangsung pada 13 & 14 September 2023 di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel. Persidangan AITEX selama 2 hari ini akan mengetengahkan panel-panel professional dari luar dan dalam negara yang terlibat secara langsung di dalam sektor Haji, Umrah dan Pelancongan Islam. 

    Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman dari panel-panel professional seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Tabung Haji, Saudi Tourism, Islamic Tourism Center dan lain-lain. Panel-panel professional ini akan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di sepanjang 2 hari persidangan berlangsung. Delegasi AITEX 2023 yang dijangka hadiri terdiri daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Cambodia, Sri Lanka, Maldives dan lain-lain.

    2. PAMERAN AITEX 2023 – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam akan berlansung pada 13 hingga 15 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Pameran AITEX 2023 menyediakan ruang pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi yang akan dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari timur tengah dan Asia. Pameran AITEX 2023 menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan luar negara menjalinkan jaringan perniagaan di dalam industri Pelancongan Islam, Haji dan Umrah. Pameran AITEX 2023 ini juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat perkhidmatan serta jualan pakej-pakej pelancongan serta umrah yang dipamerkan oleh pempamer yang mengambil bahagian.

    AITEX 2023 menyediakan ruang diskusi khas yang dilengkapi dengan kafe khas kepada pempamer dan pembeli industri (trade buyers) untuk menjalankan jaringan perniagaan masing-masing. AITEX 2023 juga menyediakan Ruang Forum bagi pempamer mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung. MATA percaya dengan adanya Pameran AITEX dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islam yang ada di Malaysia dan perlu diketengahkan.

    3. Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) adalah satu acara yang gilang gemilang sempena AITEX 2023 bagi mengingatikan sumbangan pemain industri yang menaikan Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa. WITA 2023 akan akan diadakan pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. WITA 2023 dijangka akan dihadiri lebih dari 1000 orang dengan lebih dari 100 meja makan. WITA 2023 akan membuka pencalonan anugerah pada 1 April 2023 kepada semua pemain industri pelancongan di dalam dan luar negara yang terlibat dalam Industri Pelancongan Islam. Pencalonan Anugerah bagi pemain industri akan ditutup pada 30 Julai 2023.

    Bagi pemain industri pelancongan dan pengujung yang berminat untuk menyertai AITEX 2023, boleh melayari laman sesawang di www.mata.travel bagi mendapat maklumat lengkap mengenai AITEX 2023. 

  • SYM Tuscany 150 Skuter yang Berkonsepkan Evergreen Dilancarkan Oleh SYM Malaysia

    KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2023 – Dalam rangka KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dari 24 Ogos hingga 27 Ogos 2023, SYM Malaysia telah mengambil peluang emas untuk memperkenalkan SYM Tuscany 150 kepada umum. Model terbaru ini telah lama dinantikan oleh pencinta skuter klasik. Tuscany 150 merupakan satu lagi ciptaan yang memukau dengan paduan keanggunan dan prestasi yang hebat. Reka bentuknya memukau dengan penggabungan yang jelas antara elemen-elemen klasik dan moden. Spesifikasinya yang mencengangkan memberikan gambaran yang jelas tentang kemampuannya. Dengan gabungan elegan dan canggih yang tidak dapat disangkal, Tuscany dijangka akan memberikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh peminat skuter.

    Tuscany 150 ialah skuter yang menawan dan menyerlah dengan gabungan gaya dan prestasinya. Reka bentuknya sangat menarik dan jelas terlihat gabungan di antara klasik dan moden. Manakala spesifikasinya yang mengagumkan turut menjelaskan banyak tentang keupayaannya. Dengan gabungan elegan dan canggih, Tuscany semestinya menjanjikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh para peminat skuter.

    Dikuasakan oleh enjin jenis satu silinder 4-lejang, model Tuscany 150 memberi ketekalan dan prestasi yang luar biasa. Dengan sesaran 149.6cc, enjin ini menawarkan keseimbangan harmoni antara kuasa dan kecekapan bahan api. Prestasi ini dijelaskan lagi dengan kuasa maksimumnya sebanyak 8.5Kw pada 8000rpm, dan tork maksimum 11.4Nm pada 5,500rpm. SYM Tuscany 150 menawarkan pecutan yang seimbang dan prestasi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar atau perjalanan jauh, menjadikannya pilihan serba boleh bagi pelbagai keadaan.

    Kelebihan Tuscany 150 diperlihatkan lagi dengan menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System dengan penggera anti-kecurian. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda yang pastinya lebih memudahkan.

    Menunggang dengan SYM Tuscany 150 adalah lebih menyeronokkan dan selamat apabila skuter ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang menggunakan LED penuh untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas. Selain itu juga, dengan paparan LCD digital penuh, ia dapat memberikan segala informasi tunggangan yang diperlukan oleh anda. Untuk kemudahan para penunggang juga, SYM Tuscany 150 dilengkapi dengan penyambung USB pengecasan pantas dimana anda boleh mengecas gajet anda tanpa gangguan.

    Model terbaharu ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga permulaan RM8,888.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Pembeli boleh mendapatkan model cilik ini di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.

    Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

  • 800NK JENAMA CFMOTO BERJAYA DIPERKENALKAN DI KL BIKE SHOW 2023

    KUALA LUMPUR (24 OGOS 2023) – CFMOTO Malaysia terus mengembangkan pasarnya dengan memperkenalkan model terbaru, 800NK Advanced, yang dilengkapi dengan enjin bertenaga 800cc. Majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC) telah mengumumkan kemunculan model terkini ini dengan tawaran harga menarik bermula dari RM 38,888, tidak termasuk kos insurans dan cukai jalan.

    Motosikal ini menggunakan enjin silinder berkembar dengan sistem DOHC yang menjadi paduan teknologi terkini. Gabungan tenaga dan kecekapan dalam satu jentera yang padu terhasil daripada kuasa maksimum iaitu 74kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 81Nm pada 8,000rpm.

                               Nebula White
                                 Zicron Black

    Pengenalan model 800NK Advanced dengan dua pilihan warna yang elegan, Zircon Black dan Nebula White, adalah suatu langkah yang memukau dari CFMOTO. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang dijanjikan oleh model ini, ia pastinya akan menarik minat peminat kenderaan di Malaysia dan memperkukuhkan lagi reputasi CFMOTO sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.

    CFMOTO 800NK menampilkan klac slipper yang membantu mengelakkan ketidakstabilan roda belakang semasa anjakan ke bawah secara agresif, terutamanya apabila memasuki selekoh pada kelajuan tinggi. Dalam memastikan keseimbangan yang baik antara pengendalian, cengkaman dan kestabilan menunggang, jentera ini mengenakan penggunaan tayar hadapan bersaiz 120/60-17 dan tayar belakang dengan 180/55-17 sesuai dengan penampilannya yang lebih terkini. Bagi suspensi hadapan, model ini menggunakan suspensi terbalik yang boleh dilaras daripada jenama KYB. Suspensi terbalik KYB memberikan prestasi yang lebih baik dalam menangani beban dinamik semasa menunggang dengan kelajuan tinggi. Ini menjadikan model 800NK lebih sesuai untuk pemanduan yang dinamik dan penuh dengan cabaran. Suspensi belakang pula menggunakan suspensi tunggal dan juga boleh dilaras memberikan kestabilan, terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi memandangkan tidak wujudnya daya kilas.

    Model CFMOTO 800NK dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Teknologi ini meningkatkan kawalan dan kestabilan dengan memodulasi tekanan brek pada roda individu, mengelakkan tergelincir dan membenarkan penunggang mengekalkan kawalan. Dengan ABS pada CFMOTO 800NK, penunggang boleh brek dengan lebih yakin, walaupun pada permukaan licin atau semasa berhenti mengejut. Teknologi ini mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh tergelincir dan kehilangan kawalan akibat daya brek yang berlebihan.

    Yang paling penting, CFMOTO 800NK turut menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. Ianya lebih mudah dan selamat dengan teknologi pintar ini.

    Model terbaharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik dan ciri untuk meningkatkan prestasi, keselamatan dan pengalaman penunggangnya. Dengan unjuran skrin TFT tanpa wayar bersaiz 8 inci, ia dapat menyambungkan navigasi teknologi seperti main semula muzik dan pemberitahuan telefon pintar secara terus pada skrin motosikal ini. Selain itu, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), membolehkan pengeluar mengemas kini perisian. Ciri-ciri canggih ini menunjukkan bahawa CFMOTO menggabungkan teknologi moden dan kemudahan ke dalam model 800NK, meningkatkan pengalaman menunggang keseluruhan dengan penglihatan yang lebih baik, paparan maklumat, ketersambungan dan kemas kini perisian. Model 800NK Advanced ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah di Malaysia dalam masa yang terdekat ini.

  • CROSSFIRE 150 XS MEMUKAU PENGUNJUNG KL BIKE SHOW 2023!

    Kuala Lumpur (24 OGOS 2023) – Pada jun yang lalu, Brixton telah berjaya melancarkan model Cromwell 1200. Kini mereka tampil aktif  dengan model baharu iaitu Crossfire 150 XS. Model ini menawarkan tiga warna yang memukau para peminat motorsikal, Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green. Harga permulaan bagi model Crossfire 150 XS bersaiz mini ini bermula dari RM8,788.00, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

    Model Crossfire 150 XS dilengkapi dengan enjin berkuasa dan cekap yang menampilkan satu silinder, konfigurasi 4 lejang dan sistem penyejukan udara. Model Crossfire 150 XS mempersembahkan pelbagai spesifikasi yang mengagumkan yang menjanjikan pengalaman menunggang yang luar biasa. Dengan sesaran 150cc, ia menawarkan kuasa yang mencukupi untuk pelbagai senario tunggangan. Keupayaan enjin menyerlah, menawarkan output kuasa maksimum 10kW pada 9,500rpm, memastikan pecutan mendebarkan dan keupayaan pelayaran yang lancar. Penyampaian tork pula dapat mencapai kemuncak pada 10.5Nm di 3,100rpm yang menjamin prestasi optimum.

                               Backstage Black

    Direka dengan ketepatan, Crossfire 150 XS menawarkan dimensi yang menyumbang kepada ketangkasan dan kebolehgerakannya secara keseluruhan. Berdiri pada 1,690mm panjang, 755mm lebar, dan 1,210mm tinggi, ia mencapai keseimbangan sempurna antara kekompakan dan kehadiran di jalan raya. Ketinggian tempat duduk yang selesa iaitu 770mm menawarkan penunggang pendirian yang yakin sambil mengekalkan kawalan.

                                  Cargo Green

    Dengan berat 111kg, ia mempunyai binaan ringan yang meningkatkan kebolehgerakan dan memudahkan pengendalian. Bagi sistem brek hadapan, model ini menggunakan brek cakera tunggal jenis hidraulik bersaiz 220mm, memastikan kuasa dan kawalan berhenti yang berkesan. Brek belakang turut menggunakan brek cakera tunggal hidraulik dengan saiz 190mm, meningkatkan keupayaan brek keseluruhan jentera mini ini. Untuk tunggangan yang lancar dan terkawal, Crossfire 150 XS dilengkapidengan sistem suspensi hadapan jenis teleskopik terbalik. Persediaan suspensi ini menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik dan menyerap hentakan dengan cekap. Bagi kapasiti bahan api pula, Crossfire 150 XS menawarkan isipadu tangki yang mencukupi iaitu 11 liter, memberi peluang kepada para penunggang untuk menikmati perjalanan yang lebih jauh.

                            Clockwork Orange

    Dengan enjin yang direka dengan baik, kuasa yang mengagumkan, dan dimensi yang direka dengan teliti, ia menjanjikan tunggangan yang menggembirakan yang dinamik dan selesa, menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang yang mencari perjalanan yang mendebarkan dan menyeronokkan menggunakan dua roda.

    Dengan setiap pembelian model Brixton Crossfire 150 XS, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

  • Pelancaran produk baharu Nayli B Jewels telah berlangsung dalam acara Asia’s Jewellery, Handbag, Accessories Conference and Trade Show (AJHA) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

    Dalam sorotan industri barangan mewah, tas tangan, dan aksesori di Asia, acara Asia’s Jewellery, Handbag, Accessories Conference and Trade Show (AJHA) yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur diraikan dengan megahnya. Pelbagai wajah terkemuka dan pengkarya peminat dari pelbagai sudut telah menyertai acara yang cukup memukau ini.

    Acara ini dirasmikan oleh Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mencerminkan sokongan kuat pihak kerajaan terhadap industri ini. Ditaja oleh Best Events Productions di bawah kepimpinan Sarah Bakri dan Datin Dr. Raskidah Ali, pengasas Nayli B, AJHA telah muncul sebagai platform penting untuk pertukaran idea dan penjanaan idea dalam kalangan pelaku industri.

    Puncak acara ini menyaksikan pelancaran produk terbaru oleh Nayli B , merenungi inovasi dan kecantikan yang dihasilkan dalam dunia berlian dan perhiasan. Seminar yang berkaitan dengan kelestarian dan pemanfaatan media sosial seperti TikTok telah mencuri tumpuan, memberi wawasan kepada hadirin mengenai dinamika semasa.

    Booth yang tersedia di acara ini adalah ruang bagi peminat dan pengunjung untuk merebut peluang mendalami lebih lanjut mengenai industri ini. Nayli B, MODA (Malaysia Official Designers Association), China Fashion Association, Nusantara, Jwelin, dan Footprint Mechanis semuanya turut bersinar dalam pameran ini. AJHA telah menghimpunkan pemain-pemain utama dalam industri untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka, menjadikan acara ini sebuah penanda aras dalam kalender berprestij industri.

  • RIVERS IN THE SKY, SCHEDULED FOR 1–3 SEPTEMBER 2023 AT PENTAS 1 KLPAC, WILL WITNESS COLLABORATION BETWEEN MASAKINI THEATRE COMPANY AND NOTABLE INTERNATIONAL THEATRE FIGURE, ANA WOOLF.

    Masakini Theatre Company’s ambitious new play, RIVERS IN THE SKY, will run from September 1–3, 2023, at Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Pentas 1, and it needs the attention of everyone who cares about the serious problem of climate change.

    The production is in collaboration with two internationally known and revered names in theatre world, Sabera Shaik of Masakini and Ana Woolf of CATA. Ana Woolf is already in Kuala Lumpur to work with our local actors on this project. An international pedagogue, actress and director who has worked extensively with the much respected Eugenio Barba, Ana Woolf brings with her a slew of techniques – a combination of Eastern and Western techniques and discipline; ideas and an experience of theatre few can match. She has published papers on women in theatre and has translated several books by Eugenio Barba and Roberta Carreri. Woolf is also the Artistic Director of the Magdelena Project in Argentina. While in Kuala Lumpur Ana will be conducting workshops on the Suzuki technique and will also perform her work demonstration to local theatre practitioners. Her passion for the arts has witnessed Ana leading workshops all over the world for more than 20 years now. 

    According to Sabera Shaik, Co-Director of RIVERS IN THE SKY, “The production is about Mother Earth and how our lives parallel hers yet one can live without the other. That is not a difficult guess to make. Or is it?”

    The production’s line-up of actors are Amalina Arham, Leanne Lim, Raja Emy Shahril, Sabera Shaik, Chloe Tan and Tristen ZiJuin. While this is a devised play, there will be elements of shadow theatre and dance and live music by Music Directors, Susan Sarah John, Kent Lee and Thong Yong How of  Shaman Tea Room and Fhrythms Percussion. Anak Borneo Evan Lee will make up the live music group coupled with sequenced digital music incorporating Iban elements in the music which will lend a haunting feel to parts of the production. 

    The performance is not only aimed at adults who should understand climate change and the harm humans have imposed on Mother Earth. More importantly, Masakini Theatre Company is also engaging school children and youths with a special performance on 1st September 2023. There will be a special workbook that teachers and students can access as part of the souvenir programme. They can further discuss and learn about climate change and its reasons. “I encourage everyone, all members of rakyat Malaysia to come and watch the play not just for its entertainment value but the take-away message that comes with it. It is also appropriate that RIVERS IN THE SKY is staged during the celebration month of Merdeka and Hari Malaysia. On behalf of the members of this production, we thank you in advance for your support” says Sabera enthusiastically.

    RIVERS IN THE SKY will be presented in three languages namely English, Bahasa Malaysia and Mandarin. 

    Venue – Pentas 1 KLPAC Kuala Lumpur

    Date – 1 September (Friday) and 2 September 2023 (Saturday) at 8.30pm. On 3 September 2023 (Sunday) the show will be at 3pm. Tickets may be purchase via https://www.cloudjoi.com/shows/rivers-in-the-sky

  • Panggung Impian Kolaborasi Vol. 4: Janjikan Aksi yang Mengagumkan oleh Cakra Khan di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023!

    Lagu “Harus Terpisah” dari penyanyi Indonesia, Cakra Khan, telah mendominasi stesen radio di Malaysia dan Indonesia. Kehadiran Cakra Khan di sesi uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 telah menarik perhatian ramai, menjadikannya perbincangan hangat di kalangan rakyat Indonesia dan penggemar muzik di seluruh dunia.

    Pada episod uji bakat yang disiarkan pada 18 Julai lalu, Cakra Khan, yang berusia 31 tahun, telah mengagumkan juri dalam program realiti yang terkenal dengan persembahannya. Beliau membawakan lagu “Make It Rain” yang dipopularkan oleh Ed Sheeran dan “No Woman, No Cry” yang asalnya dinyanyikan oleh Bob Marley.

    Kemantapan vokalnya yang unik dan mempunyai karakter tersendiri ketika membawakan kedua-dua lagu ini telah menjadikan penyanyi yang berasal dari Pangandaran, Jawa Barat, berjaya mendapatkan empat “Yes” daripada juri yang hadir.

    Keunikan suara Cakra juga mendapat pujian yang meluas, dengan juri ternama seperti Simon Cowell yang mengakui kagum terhadap bakat luar biasanya. Komen pujian ini bukan sahaja mengakui kehebatan Cakra, tetapi juga membukakan pintu bagi langkahnya ke peringkat persaingan seterusnya. “Pencapaian besar itu, tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua, terutama sekali peminat yang sentiasa mempercayai kemampuan saya”, kata Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman.

    Meskipun ruang untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa semakin luas terbuka, Cakra tidak sesekali melupakan peminat di rantau Nusantara yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya. Menghargai sokongan yang diberikan, Cakra mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.

    Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya.

    Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012. Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa dengan Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

    “Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

    “Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya. Tambahnya lagi, profil seni Cakra yang pernah meraih pelbagai penghargaan, selain mengukir nama sebagai antara artis terbaik dalam industri hiburan Nusantara memberi nilai tambah pada acara yang dibawakan Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment itu.

    “Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

    “Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

    “Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses,” katanya.

    Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.