Perjalanan karier seni Razzuan Rosli di pentas lakonan berjaya membuktikan bakat dimiliki sehingga mampu mengumpul mengumpul peminat tersendiri. Malah, dia yang muncul dengan single Akur terbitan Universal Music Malaysia pada 2022 menjadi pertaruhan baharu buat dirinya dalam bidang nyanyian.
Pengalaman merakamkan single sulung itu adalah detik yang cukup berharga dalam hidupnya. Menyedari kerjaya nyanyian sudah cukup sebati dalam diri, Razzuan kini muncul dengan single Cinta Kayangan yang membawakan tema cinta itu buta. Dalam lagu ini, Razzuan dengan penuh kebijaksanaan menggambarkan bagaimana cinta itu pada hakikatnya adalah sesuatu yang subjektif. “Cinta adalah sesuatu yang subjektif, tapi cinta itu buta sebenarnya. Sebab dalam hidup ini kadang kala kita jumpa dengan orang yang kita rasa dengan kita, tapi sebenarnya tidak. Jadi, kita tidak boleh nak bersama atau meneruskan perhubungan itu.
“Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.
Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnyadalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan. “Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta itu sesuatu yang mahal. Untuk Kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. ” Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta”.
“Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya. Berkongi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagian.
“Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki. Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka.
Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. “Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.
Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia..jpg)





















Aman Aziz dan Nisha Haque, dua penyanyi tempatan yang kini meningkat naik, berkolaborasi dalam satu lagu berjudul Marry Me Hari Ini’. Justeru, ini adalah kali pertama kedua-dua penyanyi ini bekerjasama namun gabungan ini berjaya membawa penggemar muzik ke dalam pengalaman muzikal yang unik dan menarik.
Lagu ‘Marry Me Hari Ini’ telah dilancarkan secara rasmi pada 3 November 2023 dan kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube Music. Muzik video juga telah dilancarkan pada 13 Disember 2023 di salauran Youtube NSR Malay.
Dirasmikan oleh STUDIO KEMBARA sendiri, pelancaran treler, OST dan barangan eksklusif filem arahan STUDIO KEMBARA SDN. BHD. yang kedua, Pendekar Awang Darah Indera Gajah, telah diadakan pada 12 Disember 2023. Menurut pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini, filem ini akan ditayangkan pada 11 Januari 2024, sehingga Finas mengesahkannya.

Sebelum menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan, yang akan bermula pada pukul 2.30 petang nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan kabinet di pejabatnya pada pukul 11 pagi tadi.

















Adrianna Cinta, penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat berusia 20 tahun, telah mencipta fenomena di TikTok dengan lagu sandurannya yang merasuk jiwa, “Galau.” Kini semakin berjaya dengan pelancaran single terbarunya, “Cinta Berlalu,” yang mempunyai lirik yang ditulisnya sendiri.
%20Adrianna%20Cinta%20-%20Cinta%20Berlalu%20(1)%20(2).png)










Datuk Abdul Malik Abdullah, Chairman of FMBA, commended the incredible contributions and recognized the potential for future success within Malaysia’s industries. He stated, “The MINDA awards are a testament to the extraordinary accomplishments of our nation’s businesses and individuals. We are immensely proud of their achievements and the positive impact they have on the local and global stage. Through MINDA, we showcase and celebrate their hard work, ingenuity and dedication in promoting excellence.”
FMBA would like to extend its heartfelt appreciation to all the participants, sponsors and partners who made MINDA 2023 a memorable success. Their unwavering support and dedication have contributed to the growth of Malaysia’s industries and the recognition of outstanding achievements within the business community.





