Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

FFM32 DIBUKA PENCALONAN, PERTANDING 22 KATEGORI

 

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan tiga kategori baru dalam anugerah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bakal berlangsung 2 Disember depan.

Pengerusi FFM32 Md Nasir Ibrahim berkata, dalam edisi kali ini, Finas memperkenalkan Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik untuk menggalakkan pengarah filem tempatan mencapai mutu dan standard tinggi seperti filem luar negara.

“FFM harus diraikan dan dihebahkan sebagai acara kebangsaan bukan sahaja untuk penganjurannya, tetapi juga untuk kesannya terhadap penjenamaan filem tempatan sebagai sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi dan budaya kreatif negara,” tambahnya.

 

FFM32 adalah hasil usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara melalui K-KOMM. Beberapa anugerah baharu turut dicipta, termasuk Anugerah Filem Pendek Terbaik, Anugerah Artis Sepanjang Masa, dan Anugerah Artis. Malam anugerah berprestij FFM32 itu merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membangunkan platform festival filem bagi mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan industri perfileman tanah air.

Ini menyebabkan 22 kategori akan dipertandingkan dan 9 anugerah disampaikan, selain memasukkan elemen antarabangsa dengan memperkenalkan Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik, yang akan diadili oleh juri antarabangsa.

Inisiatif kerajaan yang bertujuan mewujudkan platform festival filem negara yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan industri perfileman negara. Memperkukuh jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan industri dengan melaksanakan program yang meningkatkan profesionalisme industri perfileman negara.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k