Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBENTUK SISWA MADANI

Program Townhall Ikon Negara peringkat Wilayah Persekutuan telah diatur oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Bank Rakyat. Lebih 800 pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), dan Kolej Universiti MAIWP Antarabangsa (UCMI) menyertai majlis tersebut (UPTM). Sesi Townhall Ikon Negara bersama Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, dalam segmen “Membentuk Mahasiswa Bertamadun” – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Depan” telah memulakan acara tersebut.

Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal Pendidikan seperti bantuan tunai, computer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan ole YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumput.

Program Townhall Ikon Nasional (IKON) merupakan program inisiatif PRIHATIN berkonsepkan bual bicara yang menyasarkan pelajar-pelajar baru dan bakal graduan di Institusi Pendidikan Tinggi. IKON juga merupakan program perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh ternama yang Berjaya dalam pelbagai bidang seterusnya melahirkan graduan yang mempunyai mentality kelas pertama. Program IKON yang akan dilaksanakan ini juga turut menjemput beberapa Ikon Malaysia daripada pelbagai bidang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.

Menurut YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Agama, “Majlis pada hari ini sangat penting dan bermakna kepada saya. Penting dan bermakna untuk kita berkumpul dengan objektif dan matlamat bagi memberikan motivasi kepada para belia atau anak muda dan melahirkan generasi berilmu dalam mencapai matlamat kerajaan untuk masa depan masyarakat dan negara . Kita harus bersama-sama memanfaatkan perlaksanaan program Townhall Ikon Nasional ini yang memfokuskan kepada perkongsian ilmu dari tokoh-tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang dan sekaligus dapat melahirkan graduan kelas pertama. Selain untuk mengangkatnya ke dalam bentuk dan tahap yang jauh lebih bermakna dan Berjaya. Saya sentiasa mengharapkan pihak-pihak lain akan turut memberi sokongan dan bekerjasama menjayakannya dan bekerjasama untuk memeta jalan terbaik membantu membangunkan masa depan pelajar-pelajar kita.”, ujar beliau.

https://www.youtube.com/live/CJk_Q77CakM?feature=share

Manakala Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu bakar berkata, “Untuk makluman semua, IKON ini merupakan Program inisiatif dan projek khas yang dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional bagi memfokuskan kepada perkongsian ilmu tokoh yang berjaya dan boleh dijadikan pedoman lantas mampu melahirkan graduan yang mempunyai daya tahan dan berfikir pada aras tinggi. Semoga program IKON ini mampu menjadi penanda aras pada masa akan datang dalam melahirkan pelajar dan bakal graduan yang berwawasan dan bermatlamat. Saya juga berasa berbesar hati dan amat gembira kerana saya melihat ramai pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan dapat memfokuskan diri dalam sektor Pendidikan yang mereka ceburi dengan pemberian bantuan dan sumbangan melalui program-program yang dianjur hasil Kerjasama PRIHATIN dan MAIWP.

PRIHATIN melihat program kali ini mampu mengangkat dan memperkasakan Pendidikan ke suatu tahap yang lebih tinggi dengan Kerjasama yang diatur dan dilaksanakan bersama pihak-pihak yang terlibat bagi Program Townhall Ikon Nasional “Membentuk Siswa Madani” dalam memberikan pengisian serta maklumat kepada pelajar-pelajar untuk menentukan hala tuju mereka di institusi Pendidikan tinggi.

Turut hadir Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (Ketua Pegawai EksekutiF PRIHATIN), Encik Mohd Nizam Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (Pemangku Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia) dan Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN).

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k