Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
Program Jelajah Kenali Sawit ini dilancarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ini merupakan lanjutan daripada penerbitan buku ‘Mari Kenali Sawit’ yang telah dilancarkan pada bulan Januari lalu di Putrajaya dan Ampang.
Program ini melibatkan 100 buah sekolah menengah kebangsaan dan swasta terpilih di Semenanjung Malaysia bagi fasa pertama dan sekolah -sekolah di Sabah dan Sarawak bagi fasa seterusnya.
Sebanyak 300,000 naskhah buku ‘Mari Kenali Sawit’ akan diedarkan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta terpilih di seluruh negara bagi memberikan pendedahan mengenai fakta kelapa sawit, kepentingan serta sumbangan industri komoditi itu kepada pembangunan sosioekonomi dan pendapatan negara.
Turut disampaikan sumbangan peranti seperti laptop dan tablet kepada sekolah dan pelajar terpilih daripada Majlis Getah Malaysia (MRC).