Malaysia Mampu Anjur Expo Dunia, Pantas Bawa Masuk Program Antrabangsa Pasca Pandemik
Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya melayakkan diri untuk membawa program Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) dan kejohanan sukan antarabangsa berikutan mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu untuk bersaing ujar Stephen Fox, Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.
Dua program antarabangsa sukan Muaythai ke Malaysia akan dilakukan pada tahun 2022 adalah salah satu kejayaan utama hasil lawatan pertemuan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Ismail Sabri diantara Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha pada bulan Februari ke Thailand serta bidaan oleh tindakan pantas Malaysia Convention & Exhibiton Bureu (MyCeb). Malaysia diberikan kredit berikutan kempen untuk bidaan selalunya mengambil masa dalam tempoh dua hingga lapan tahun sebelum mana-mana program atau kejohanan dapat diadakan dimana-mana negara.
Melebihi 10,000 delegasi antarabangsa akan dibawa ke Malaysia selama tempoh 10 hari dan rancangan TV Hollywood popular sukan Muaythai The Challenger akan ditayangkan di saluran popular AXN ke lebih 500 juta tontonan seluruh dunia sempena Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022. Ini secara tidak langsung, ia membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi sebagai destinasi pelancongan dan destinasi MICE utama dengan kempen digital khas pasca pandemik.
Tambahan pula, pembangunan dan pemulihan ekonomi negara dapat ditingkatkan serta-merta berikutan industri seni bela diri dianggarkan bernilai melebihi USD 10 billion dengan populariti program seperti UFC dan One FC serta kempen promosi pelancongan dibawah dua program ini memberikan manfaat kepada Malaysia seperti peningkatan ekonomi sebanyak RM 150 juta dari segi pendapatan perbelanjaan pelancongan, pulangan publisiti dan media. Selain itu, anggaran sebanyak RM 108.7 juta merupakan impak ekonomi hasil penganjuran World Union of World Healing Society (WUWHS) pada tahun 2026 akan datang.
“Sepanjang keberadaan saya semasa lawatan di Malaysia selama beberapa kali bermula pada tahun 2014 seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak, pelbagai fasiliti bertaraf dunia dan Malaysia mampu menganjurkan program mega seperti World Expo sekiranya diberikan peluang” ujar Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) itu.
Tambahnya lagi, program Sportaccord World Sport & Business Summit pada tahun ini terpaksa dibatalkan oleh GAISF disebabkan oleh konflik Russia dan Ukraine yang sedang berlaku ketika ini.
Disamping itu, Vietnam akan menganjurkan Sukan Sea pada tahun ini serta Arab Saudi akan menganjurkan World Combat Games 2023 dan Abu Dhabi akan menganjurkan Kejohanan Muaythai Dunia dan Thailand akan menganjurkan Asian Asian Indoor dan Martial Games pada tahun 2023 dan tidak ketinggalan penganjuran Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022. Industri sukan pelancongan dijangka akan mencecah USD 3 billion pada tahun 2028 dan USD 1 trillion bagi industri MICE.