MONEY MATTERS KEMBALI DENGAN PENAMBAHAN HOS BAHARU, ANITA WOO!
Rancangan bual bicara perniagaan dan kewangan TV3, Money Matters kembali lagi selepas berehat seketika. Selepas mencipta nama melalui berita Bahasa Inggeris Nightline, Anita Woo kini menggalas tanggungjawab baharu sebagai hos Money Matters di samping hos sedia ada iaitu Azaria Tagaya, Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Mohammed Ahmad Hamdan yang akan disiarkan pada 9 Julai 2022. Terokai dunia ekonomi dan trend pemasaran bersama tetamu jemputan yang merupakan pakar dalam bidang mereka tersendiri pada setiap Sabtu, jam 5.00 petang.
Rancangan ini bakal menjemput pemimpin-pemimpin berpengalaman dalam bidang industri dan korporat. Topik tumpuan yang akan dibincangkan termasuk latar belakang syarikat, cabaran dan limitasi, perancangan hartanah dan perniagaan masa hadapan selari dengan peralihan ke fasa endemik COVID-19.
Money Matters boleh distrim secara langsung di http://www.tonton.com.my dan dapatkan perkembangan terkini program di akaun rasmi Twitter @MoneyMattersTV3. Bagi maklumat lanjut dan perkembangan baharu program TV3, layari http://www.xtra.com.my dan ikuti laman sosial media rasmi Facebook, Twitter & Instagram di @TV3Malaysia.