Anak Muda Malaysia Nikmati Momen Kecil Bermakna Bersama Rangkaian Baharu NESCAFÉ

Dalam kehidupan yang semakin sibuk, anak muda Malaysia kini semakin menghargai kejayaan-kejayaan kecil yang dicapai setiap hari. Sama ada berjaya menyiapkan tugasan penting, mengharungi hari kerja yang padat atau meluangkan masa untuk bersenam, setiap pencapaian menjadi satu detik bermakna yang wajar diraikan. Melihat kepada perubahan gaya hidup ini, NESCAFÉ memperkenalkan kempen “Treat Yourself to More” bagi menggalakkan pengguna menikmati momen-momen kecil dalam kehidupan menerusi rangkaian Sedia-Untuk-Diminum (RTD) terbaharunya.
Kempen tersebut turut memperkenalkan dua pilihan perisa baharu yang diinspirasikan daripada trend minuman kafe masa kini, iaitu NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte. Kehadiran kedua-dua perisa ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk menikmati minuman kopi yang lazat dan berkrim sebagai teman ketika berehat atau sebagai ganjaran selepas berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan.
Menurut Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Kopi, Nestlé Malaysia, kopi pada masa kini bukan lagi sekadar minuman untuk memberikan tenaga, sebaliknya telah menjadi sebahagian daripada rutin harian golongan muda Malaysia untuk berehat dan mengembalikan tenaga selepas menjalani hari yang sibuk. Sama ada ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan atau memberi penghargaan kepada diri sendiri selepas mencapai sesuatu, kopi menjadi satu cara mudah untuk berhenti seketika dan menikmati momen yang bermakna.

NESCAFÉ Spanish Latte mengambil inspirasi daripada minuman kafe popular dengan gabungan rasa kopi yang lembut serta sentuhan manis berkrim. Sementara itu, NESCAFÉ Tiramisu Latte pula diinspirasikan daripada pencuci mulut klasik tiramisu yang menggabungkan rasa kopi bersama nota berkrim dan sedikit sentuhan perisa koko. Kedua-dua pilihan ini menawarkan rasa yang lembut dan berkrim, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba pengalaman kopi baharu atau menikmati secawan kopi tambahan pada waktu petang.
Hadir dalam botol 280ml yang mudah dibawa, rangkaian baharu NESCAFÉ RTD ini diperbuat daripada 100% PET kitar semula dan mendapat pensijilan Halal. Dengan format yang praktikal, pengguna boleh menikmati minuman kopi kegemaran mereka dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sama ada ketika bekerja, belajar, melakukan aktiviti harian atau sekadar mengambil masa untuk berehat.

Bagi menghidupkan kempen “Treat Yourself to More”, NESCAFÉ turut menganjurkan acara meraikan kejayaan harian di The Campus, Ampang, yang berjaya menarik lebih 1,800 pengunjung. Para tetamu berpeluang mencuba rangkaian RTD baharu sambil menyertai pelbagai aktiviti interaktif, termasuk Glambot video booth yang membolehkan mereka merakam detik “watak utama” masing-masing dan mengabadikan kenangan istimewa sepanjang acara.
Selain itu, stesen lakaran berpacukan Kecerdasan Buatan (AI) memberi peluang kepada pengunjung untuk menzahirkan detik “Kejayaan Minggu Ini” mereka dalam bentuk lakaran kreatif. Lukisan tersebut kemudiannya diubah menjadi hasil seni digital yang diperibadikan, sebelum boleh dimuat turun dan dikongsi di platform media sosial sebagai satu lagi cara untuk meraikan pencapaian kecil dalam kehidupan.


Para tetamu menikmati suasana meriah di acara NESCAFÉ “Treat Yourself to More” sambil menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan.
Acara tersebut turut dimeriahkan menerusi kerjasama bersama Cookiecrumbs, jenama biskut yang mempunyai pengikut setia dalam kalangan golongan muda. Setiap pengunjung menerima kit “Treat Yourself to More” yang menampilkan pilihan NESCAFÉ Spanish Latte atau NESCAFÉ Tiramisu Latte bersama biskut Cookiecrumbs, menawarkan gandingan sempurna untuk dinikmati sebagai ganjaran selepas melalui hari yang sibuk.
Kerjasama ini turut diteruskan menerusi promosi di cawangan Cookiecrumbs sepanjang tempoh kempen. Pelanggan yang membuat pembelian produk Cookiecrumbs bernilai RM25 berpeluang menerima sebotol NESCAFÉ Spanish Latte atau NESCAFÉ Tiramisu Latte secara percuma. Inisiatif tersebut membolehkan pengalaman “Treat Yourself to More” dinikmati oleh lebih ramai pengguna, bukan sahaja ketika acara berlangsung, malah di luar aktiviti pelancaran.
Seiring dengan perubahan cita rasa dan pilihan kopi generasi baharu, NESCAFÉ terus komited menghasilkan produk dan pengalaman yang dekat dengan gaya hidup pengguna masa kini. Menerusi kempen “Treat Yourself to More”, NESCAFÉ berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghargai dan meraikan setiap kemenangan kecil dalam kehidupan kerana setiap hari pasti hadir dengan detik yang bermakna.
Rangkaian NESCAFÉ RTD kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara, selain platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nescafe.com.my, Facebook di NESCAFÉ Malaysia (facebook.com/Nescafe.MY) dan Instagram di @nescafe_my.
