Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia (dua dari kiri), bersama Raja Nurmaria Murni, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia & Singapura (kiri); Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kopi, Nestlé Malaysia (dua dari kanan); dan Raef Labaki, Ketua Pegawai Pemasaran, Nestlé Malaysia & Singapura (kanan), pada pelancaran kempen Gaji Seumur Hidup Nestlé Malaysia 2026, yang menandakan kembalinya kempen ikonik ini dalam usaha membantu meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia serta menyumbang kembali kepada komuniti yang memerlukan.

Kempen ikonik “Gaji Seumur Hidup” anjuran Nestlé Malaysia kembali untuk edisi ketiga pada 2026 dengan tawaran ganjaran yang lebih besar, di samping meneruskan usaha menyokong organisasi amal yang membantu komuniti memerlukan. Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi ganjaran kewangan yang mampu membawa perubahan dalam kehidupan, malah turut memperluaskan manfaat kepada masyarakat menerusi sumbangan kepada 21 organisasi amal di seluruh negara.

Menerusi edisi tahun ini, seorang pemenang Hadiah Utama bakal menerima RM3,500 setiap bulan sepanjang hayat. Dua pemenang Hadiah Pertama pula akan menerima RM3,500 sebulan selama dua tahun, manakala 18 pemenang Hadiah Sagu Hati masing-masing akan menerima RM3,500 setiap bulan selama setahun. Selain itu, seramai 10,000 pemenang mingguan berpeluang memenangi PIN Tambah Nilai e-Dompet Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap seorang, menjadikan keseluruhan nilai hadiah yang ditawarkan melebihi RM4 juta.

Dalam masa yang sama, Nestlé Malaysia akan menyumbang RM900,000 kepada 21 organisasi amal sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberi manfaat kepada komuniti yang memerlukan. Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, En. Juan Aranols, berkata kempen “Gaji Seumur Hidup” amat dekat dengan aspirasi rakyat Malaysia kerana pendapatan bulanan yang konsisten boleh membantu keluarga mengurus keperluan harian, menjaga insan tersayang, membuat simpanan serta merancang masa depan dengan lebih yakin.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia (dua dari kiri), bersama Raja Nurmaria Murni, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia & Singapura (kiri); Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kopi, Nestlé Malaysia (dua dari kanan); dan Raef Labaki, Ketua Pegawai Pemasaran, Nestlé Malaysia & Singapura (kanan), meraikan pelancaran kempen Gaji Seumur Hidup Nestlé Malaysia 2026 yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah wang tunai menarik, di samping meneruskan sokongan kepada organisasi kebajikan di seluruh negara.

Menurut beliau, keistimewaan kempen ini terletak pada impaknya yang melangkaui para pemenang. Melalui sokongan kepada pertubuhan amal, kempen tersebut turut memberi harapan dan peluang kepada komuniti yang memerlukan, selaras dengan komitmen Nestlé Malaysia untuk mencipta nilai bersama demi manfaat masyarakat.

“Gaji Seumur Hidup” pertama kali diperkenalkan pada 2020 sebagai kempen seumpamanya yang bertujuan memberikan sokongan bermakna kepada rakyat Malaysia ketika negara berdepan cabaran pandemik COVID-19. Kempen ini kembali pada 2024 dan menerima sambutan menggalakkan. Sepanjang dua edisi terdahulu, lebih RM8 juta hadiah tunai telah ditawarkan kepada ribuan rakyat Malaysia, selain RM1.5 juta disumbangkan kepada 35 badan amal di seluruh negara.

Antara organisasi yang pernah menerima manfaat ialah Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental Malaysia (MIASA), yang menerima sumbangan sebanyak RM84,000 pada 2024 selepas dipilih oleh pemenang Hadiah Utama. Pengasas dan Presiden MIASA, Puan Hajjah Anita Abu Bakar, menyifatkan sumbangan tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, malah turut memberikan pendedahan lebih luas kepada usaha persatuan dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di Malaysia.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia (tujuh dari kiri), bersama Amirrul Hafiz Razak, pemenang Hadiah Utama Gaji Seumur Hidup 2020 (di sebelah kanan Juan); serta pemenang Hadiah Utama Gaji Seumur Hidup 2024, Lim Yuen Heng (lima dari kanan) dan Spencer Lim (enam dari kanan), pada pelancaran kempen Gaji Seumur Hidup Nestlé Malaysia 2026, yang meraikan kembalinya kempen ini serta impaknya dalam mengubah kehidupan rakyat Malaysia.

Pelancaran “Gaji Seumur Hidup 3.0” turut diserikan dengan kehadiran pemenang Hadiah Utama daripada edisi terdahulu, termasuk Amirrul Hafiz Bin Razak, Spencer Lim dan Lim Yuen Heng. Mereka berkongsi pengalaman masing-masing tentang bagaimana kemenangan tersebut membawa perubahan positif dalam kehidupan serta membantu mereka merancang masa depan dengan lebih baik.

Bagi Lim Yuen Heng, kemenangan dalam kempen tersebut memberikan keluarganya keyakinan kewangan yang lebih kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Ganjaran yang diterima turut membantu keluarganya memenuhi keperluan isi rumah, melakukan penambahbaikan kediaman, membuat simpanan untuk pendidikan anak serta merancang persaraan dengan lebih teratur.

Kempen “Gaji Seumur Hidup 3.0” akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026. Rakyat Malaysia berpeluang menyertai kempen ini dengan membeli produk Nestlé yang mengambil bahagian bernilai minimum RM20 dalam satu resit, sebelum menghantar penyertaan melalui borang web rasmi atau WhatsApp. Penyertaan berganda dibenarkan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dengan menawarkan ganjaran kewangan bernilai lebih RM4 juta serta sumbangan RM900,000 kepada organisasi amal, edisi ketiga “Gaji Seumur Hidup” terus mencerminkan usaha Nestlé Malaysia dalam meraikan aspirasi rakyat dan mencipta impak positif kepada masyarakat. Kempen ini diharap dapat membuka peluang baharu kepada lebih ramai rakyat Malaysia, di samping membantu komuniti yang memerlukan menerusi inisiatif kebajikan yang dilaksanakan.