Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung di Dataran Putrajaya, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penglibatan Gardenia dalam sambutan yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda negara serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air.

Bersempena sambutan tersebut, Gardenia turut memperkenalkan produk baharu daripada rangkaian Original Classic, iaitu Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g. Produk ini menawarkan pilihan baharu kepada pengguna menerusi variasi roti susu dengan kepingan yang lebih tebal, tekstur lembut dan pengalaman menikmati roti yang lebih memuaskan.

Roti Susu Original Classic Supreme mengekalkan identiti Original Classic “Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja” dan sesuai dinikmati begitu sahaja mahupun digunakan dalam pelbagai resipi.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Gardenia terhadap sambutan Hari Kebangsaan, syarikat turut menyumbangkan pelbagai produk roti Gardenia dan barangan cenderahati eksklusif kepada para pengunjung. Sebanyak 5,000 unit kipas tangan serta produk Gardenia lain dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 telah diedarkan.

Pada majlis Pra-pelancaran Sambutan Merdeka yang berlangsung pada 12 Ogos 2026, Gardenia turut mengedarkan sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme bagi memberi peluang kepada orang awam merasai produk baharu tersebut.

Selain itu, Gardenia membuka tapak jualan khas di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya sepanjang sambutan berlangsung. Sebanyak 1,000 pek kombo ditawarkan dengan promosi istimewa pada harga serendah RM10, yang menggabungkan pelbagai produk roti Gardenia termasuk Roti Susu Original Classic Supreme.

Pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga, sekali gus menambahkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Penyertaan Gardenia sebagai Rakan Strategik mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan serta menyumbang kepada kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Melalui penglibatan ini, Gardenia berharap dapat terus bersama rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mewujudkan pengalaman sambutan yang bermakna untuk seisi keluarga.