Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

Rocketfuel Entertainment Memperkenalkan Pelan Masa Hadapan

Encik Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment bersama Encik Feros Sayna Andreas, Ketua Rocketfuel Entertainment telah membuat penstrukturan semula dan pengubahsuaian model perniagaan yang bersepadu pada tahun sebelum ini.

Syarikat itu turut melebarkan sayap dengan memberi tumpuan terhadap penciptaan kandungan yang unik, baharu dan juga melibatkan acara langsung, di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perniagaan Key Opinion Leader (KOL) yang sedia ada.

Rocketfuel V berfungsi untuk memperkenalkan semula jenama Rocketfuel Entertainment yang baharu seiring dengan tahun kelima pengoperasian mereka.

“Kami sangat teruja untuk membentangkan projek terbaharu dan perancangan masa hadapan syarikat pada malam ini, dan juga meraikan mereka yang telah bersama-sama kami sejak mula dilancarkan,” kata Encik Feros Sayna Andreas.

Rocketfuel Entertainment aktif dalam melibatkan syarikat untuk berkolaborasi dengan syarikat lain. Antaranya, kolaborasi bersama Def Jam Recordings Malaysia, iaitu Program ’16 Baris’ menjadi medan bagi pengamal hip-hop di serantau Asia Tenggara menunjukkan bakat mereka.

Seterusnya, kolaborasi bersama pencipta siri animasi Didi & Friends dari Warnakala Studios untuk mencipta ‘bintang virtual-nya’ yang pertama.

Selain itu, Rocketfuel Entertainment juga mempersembahkan kolaborasi bersama Genting Group. Kolaborasi ini bertujuan untuk menjayakan konsert karnival hujung minggu yang istimewa di Madison Garden, Genting Highlands. Konsert selama 2 hari ini merangkumi sesi ramah mesra bersama peminat, permainan di taman tema dan kemudahan hotel.

Turut mengumumkan penglibatannya dalam bidang industri perfileman, Rocketfuel Entertainment berkolaborasi bersama John Paul Lee Films untuk menghasilkan filem berkonsepkan jenayah yang masih belum diberikan tajuk. Filem ini akan membariskan bintang-bintang popular dari kalangan artis Rocketfuel Entertainment sendiri.

Dan terbaharu, Rocketfuel Entertainment juga bergabung dengan aplikasi ‘Holla’, sebuah platform unik yang menawarkan shout-out oleh artis kesayangan mereka dan peminat turut berpeluang merasai pengalaman istimewa bersama-sama artis dan influncer Rocketfuel kegemaran mereka.

 

Rocketfuel Entertainment juga bakal mengadakan konsert di beberapa lokasi. Antaranya konsert mini oleh Hael Husaini pada hujung tahun ini. Pasangan suami isteri Ernie Zakri dan Syamel juga akan mengadakan konsert bersama. Tiket bagi konsert tersebut akan dijual melalui pelbagai platform.

Rocketfuel Entertainment turut dengan bangganya mengumumkan barisan artis terbaharu mereka seperti Jaa Suzuran dan pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, bersama puteri-puteri mereka, Lara Alana dan Lila Amina.

Tambahan pula, akibat dari permintaan yang tinggi terhadap kepelbagaian produk yang terjual di atas talian, memberikan peluang kepada Rocketfuel Entertainment untuk melancarkan platform dagangan sosialnya sendiri melalui platform artis yang tersedia. Kini mereka boleh memasarkan produk mereka terus kepada pembeli melalui platform artis, lantas mewujudkan jaringan terus-menerus untuk pengguna dari segi kesedaran jenama, pengganalisian produk dan keputusan pembelian.

Ini diharapkan menjadi titik tolak untuk Rocketfuel Entertainment untuk menerokai pasaran baharu, berkembang maju serta meluaskan pengaruhnya. Dengan projek yang pelbagai, pelan masa hadapan dan perkembangan terbaharu, diyakini bahawa Rocketfuel kini berada di landasan yang betul dan terus memecut laju.

Untuk maklumat lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, sila layari laman web www.rocketfuelent.com , @rocketfuelent di akaun Instagram atau Rocketfuel Network di Youtube.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k