Tam Spider dan Azlan & Typewriter Gamatkan Pentas ICSYVMY5!

Sudah semestinya ramai yang merindui pelatun ‘Relaku Pujuk’ iaitu Tam Spider di kaca televisyen ataupun di corong-corong radio dengan lagu terbaharu daripadanya.  Juara kepada Anugerah Juara Lagu ke 19 ini masih setia dalam persada seni dan kini aktif sebagai komposer dan juga penerbit rakaman.

Episod ke 10 I Can See Your Voice Malaysia musim 5 (ICSYVMY 5) akan digegarkan akan kehadiran Tam Spider dan seorang lagi artis pop rock, Azlan & The Typewriter.  Dua penyanyi ini mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang dan berduet dengan penyanyi sebenar di pusingan akhir.  Mampukah kedua-dua mereka membuat tekaan yang tepat?

Selain itu, tiga orang panel penyiasat jemputan iaitu Riena Diana, Bell Ngasri dan Azira Shafinaz dijemput untuk membantu tetamu jemputan dan panel penyiasat tetap seperti Dato’ Rosyam Nor, Janna Nick, dan Andi Bernadee.  Gabungan keenam-enam selebriti ini pastinya membuatkan penonton di rumah tidak sabar melihat gelagat mereka dan mendengar suara mereka yang telah lama menyepi.  Jangan terlepas untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5, minggu ini pada 10 Julai jam 9.00 malam.

ICSYVMY5 ini dibawakan oleh Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM rakan radio, Oh Bulan, Xtra, dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.  Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di http://www.tonton.com.my.  Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k