Siti Nurhaliza Bekerjasama Dengan Shopee Dalam Video Muzik Medley Klasik Siti 2

Rangkaian lagu kanak-kanak klasik berjudul Medley Klasik Siti 2 dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akan dapat ditonton di saluran youtube Siti Nurhaliza, pada 9 Mei 2022, pukul 9 malam. Penghasilan video muzik Medley Klasik Siti 2 ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama beliau bersama Shopee.

Kerjasama diantara kedua-dua pihak ini telah bermula sejak tahun 2018 apabila Siti menyertai Shopee Celebrity Squad Malaysia dan berkolaborasi menerusi konsert mini beliau bersama Shopee pada tahun 2019. Siti juga telah dilantik sebagai duta tempatan platform Shopee semasa kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee pada tahun ini.

Medley Klasik Siti 2 terdiri daripada rangkaian lagu Air Pasang Dalam, Lagu Tiga Kupang, Anak Odeng dan Kalau Rasa Gembira. Lagu-lagu ini telah menjadi hafalan kanak-kanak generasi dahulu dan masih diperkenalkan sehingga kini.

Video muzik animasi arahan M. Husien ini telah menampilkan maskot Shopee, orang utan, yang bernama Sean & Sophie. Jalan ceritanya pula mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi. Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas.

“Video muzik dalam bentuk animasi ini gemar ditonton oleh kanak-kanak dan ini merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generasi kini,” ujar Siti.

”Saya menghasilkan album kanak-kanak ini sebagai khazanah muzik untuk generasi kini dan akan datang dapat menghargai karya terdahulu. Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu,” tambah Siti lagi.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza berterima kasih di atas kerjasama dari pihak Shopee untuk menghasilkan dan menjayakan video muzik ini.

CATEGORIES
Share This