Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) Mengumumkan Majlis Baharunya Kepada Gerakan Usaha Pemulihannya
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) telah diadakan pada 15 Jun 2022 dan agendanya berkaitan permilihan ahli majlis yang baharu. Encik Sunny Chee merupakan presiden (MSAE) menekankan penghargaannya kepada ahli majlis semasa, ahli MSAE dan pihak berkepentingan terhadap sokongan yang kekal komited dan teguh untuk mengekalkan MSAE dan aktiviti semasa yang belum dijalankan sebelum penutupan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.
Ketika berhadapan dalam tempoh 2.5 tahun lalu yang penuh dengan kesukaran, aktiviti e-pemasaran, pendidikan maya dan inisiatif advokasi tetap masih diteruskan oleh ahli majlis sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan keunggulan dan mendorong penglibatan. Selain itu, halangan terbesar untuk pengambilan keahlian berlaku berikutan usaha memacu pertumbuhan keahlian telah banyak terjejas semasa tempoh wabak.
“Setelah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan dan memilih ahli majlis terbaharu, kami kini bersedia untuk membina momentum progresif semasa tempoh pemulihan. Keperluan untuk menjadi sebahagian daripada suara komuniti persatuan kolektif yang memacu pendidikan dan pembangunan profesional dikenalpasti oleh persatuan untuk mengembangkan kemampanan dan kejayaan mereka. Objektif utama Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) untuk memberi tumpuan kepada pengambilan ahli dan penyampaian faedah keahlian” ujar Encik Sunny Chee, Presiden MSAE.
“MSAE turut mempunyai akses kepada inisiatif dan program pendidikan dalam penyediaan platform bagi pengambilan pertumbuhan keahlian baharu selain memberikan faedah yang akan berkembang ini merupakan komitmen daripada ahli majlis dan sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB). Kumpulan professional masa depan untuk memimpin dan memajukan kerjaya mereka dalam persatuan kebangsaan profesional” tambahnya lagi.
Mengulas mengenai Majlis MSAE yang baru dipilih, Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB berkata, “Bagi pihak Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), kami ingin mengucapkan tahniah kepada MSAE atas majlis baharu bagi penggal 2022-2024. MSAE menyediakan rangkaian penuh peluang pendidikan dan rangkaian yang menumpukan pada trend dan cabaran yang semakin berkembang yang dihadapi oleh industri, yang amat penting semasa tempoh gangguan dan peralihan dalam era pasca-pandemik. Kami amat menyedari bagaimana persatuan terus dicabar dalam persekitaran yang pesat berubah dan MyCEB tidak sabar untuk bekerjasama dengan majlis baharu untuk mencari cara baharu yang lebih baik untuk pelbagai keperluan masyarakat persatuan itu.”
Perkembangan profil, pengukuhan asas keahlian, penyampaian pendidikan dan membina kesedaran mengenai kepentingan persatuan kebangsaan merupakan empat tonggak utama yang difokuskan oleh MSAE pada masa kini. Disamping itu, peranan mereka termasuklah memacu kerjasama dengan industry acara perniagaan untuk memajukan pembangunan social dan ekonomi Malaysia.