PROGRAM FOOD BANK SISWA MELEBARKAN SAYAPNYA DI UITM CAWANGAN SARAWAK

Sekretariat Food Bank Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah bertanggungjawab menyelia Program Bank Makanan Pelajar mulai Februari 2019. (KPDNHEP). Program Bank Makanan Siswa merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Program Food Bank Malaysia (PFBM) yang turut menawarkan bantuan kepada pelajar. Mereka yang telah dipilih untuk kumpulan B40 dan mereka yang ditimpa musibah seperti banjir dan bencana alam lain adalah antara kategori yang memerlukan.

Sejak dilaksanakan hingga September 2022, seramai 21,025 siswa telah mendapat manfaat daripada program ini meliputi 28 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara. UITM Cawangan Sarawak adalah IPT yang ke-29 telah menerima manfaat daripada Inisiatif Program Food Bank Siswa ini. KPDNHEP Sarawak turut menyantuni seramai 3,894 pelajar melalui Program Food Bank Malaysia meliputi 6 kampus IPT seluruh Sarawak

Hari ini Program Food Bank Siswa telah melebarkan sayap dengan rasminya di UITM Cawangan Sarawak di mana pelaksanaannya meliputi Food Pantry yang akan membantu siswa B40 dalam mendapatkan bantuan makanan.

Program Food Bank Siswa di UITM Cawangan Sarawak setakat ini telah menyantuni 831 pelajar B40 pelbagai bidang yang membolehkan mereka memberikan tumpuan terhadap pembelajaran mereka.

Salah satu keistimewaan Program Food Bank Siswa ialah kejayaan memupuk semangat kesukarelawan dalam kerja-kerja kebajikan tanpa mengharap balasan. Sukarelawan pelajar mencurahkan bakti tenaga mereka secara sukarela untuk menguruskan Food Pantry, membahagikan bahan makanan, barang-barang keperluan diri dan peralatan pembelajaran kepada siswa berkenaan secara teratur dan mengawal inventori supaya bekalan tidak terputus.

Kejayaan Food Bank Siswa UITM Cawangan Sarawak ini ditunjangi oleh rakan-rakan strategik seperti Everrise dan Econsave yang sudi menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan siswa seperti dinyatakan di atas. KPDNHEP sangat mengalu-alukan sumbangan badan korporat, pemain industri sektor pemborongan, peruncitan dan katering serta orang perseorangan untuk menjadi rakan strategik Program Food Bank dalam membantu golongan yang memerlukan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam meringankan bebanan kos sara hidup golongan B40

Kementerian turut melaksanakan Inisiatif Teknologi Pembungkusan Secara Retort yang melibatkan industri perhotelan, katering dan pengeluar 3 makanan berasaskan pertanian. Sehingga kini, sebanyak dua belas (12) mesin retort telah beroperasi di sepuluh (10) lokasi terpilih dan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 3000 pek makanan untuk diagihkan kepada golongan sasar yang dikenalpasti. Program Food Bank Siswa juga mendapat manfaat daripada inisiatif ini memandangkan makanan retort adalah bersifat “Ready to Eat”

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Food Bank Malaysia di talian hotline 03- 8882 5860 atau melalui emel kepada sekretariatfoodbank@kpdnhep.gov.my

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k