Konsert Amal Sempena Aidilfitri Bersama Datuk M Nasir

Selepas dua tahun menyepi, Datuk M.Nasir kini kembali. Namun kali ini, beliau tampil membawa hadiah untuk peminat-peminat setia beliau.

Bakal mengadakan konsert amal sempena Aidilfitri iaitu Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M.Nasir. Konsert ini bakal berlangsung pada 27 Mei jam 8 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Penyanyi berusia 64 tahun itu bakal mendendangkan sebanyak 20 buah lagu popular beliau. Konsert amal tersebut akan berlangsung selama 90 minit.

Menurut Datuk M.Nasir, “Walaupun konsert ini berlangsung di dewan tertutup, saya akan pastikan peminat terhibur dan dapat bersama-sama menyanyi dan menari bersama saya”.

Turut berkongsikan perasaan teruja beliau semasa mendapat tawaran untuk mengadakan konsert, penyanyi lagu Mentera Semerah Padi itu menganggap bahawa konsert ini bakal menjadi penawar rindu untuk peminat-peminatnya.

Harga tiket Konsert Satu Hari di Hari Raya Datuk M Nasir antara RM3,800 hingga RM15,000 untuk lapan orang setiap meja. Hubungi Ayob Abd Majid (019 3682548), Sham Amir Hussain (011 55026994), atau Salimey untuk maklumat pembelian tiket (016 6720370).

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k