Traps by Abigail

Hampir setahun menyepi, penyanyi lagu ‘Status Quo’ kembali dengan single kedua ciptaan beliau bersama rapper, Lil J.

Lagu yang mengambil masa selama 2 jam rakaman di studio MFMF ini, menceritakan tentang perihal remaja dan dewasa yang sering berlaku dalam mana-mana perhubungan.

Single kedua berjudul ‘Traps’ merupakan ciptaan beliau sepenuhnya yang turut menampilkan rapper terkenal, Lil J dan diterbitkan oleh label hiburan terkemukan tanah air, Rocketfuel Entertainment.

Sejak kecik, Abigail telahpun didedahkan kepada muzik, dan cintanya terhadap bidang itu bermula ketika beliau melakukan persembahan di sekolah dan beberapa buah acara.

“Saya sememangnya gemar bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik, sedari remaja lagi saya sudah mula menulis dan menghasilkan muzik yang sering membahaskan tentang hal semasa, seperti isu masalah mental dalam single pertama berjudul ‘Status Quo’,” menurut Abigail.

Apabila didengar, lagu pop ini dengan rentaknya yang catchy dengan elemen misteri yang pasti membuat pendengar terbuai melalui jalan ceritanya yang menarik, ditambah pula dengan bahagian rap yang dinyanyikan oleh Lil J, ternyata menambah variasi terhadap Traps.

“Menggembirakan, penuh konteks dan adakalanya murung”, begitulah bagaimana Abigail menerangkan muzik cara beliau, katanya, “Semua bergantung pada lagu yang saya hasilkan, sama ada gembira, sedih atau marah. Tiada yang in between, sama seperti perasaan saya.”

Muzik adalah bahasa yang universal. Sesebuah karya itu pasti ‘sampai’ ke jiwa pendengar jika kena dengan formulanya. Menurut Abigail, “saya hanya mahu mencipta lagu sendiri sejujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan, dan ramai lagi yang ingin saya berkolaborasi bersama.

Harapan saya agar sesiapa yang mendengar Traps dapat fahami maksudnya dan turut nyanyi bersama. Saya mahu lagu ini menjadi tema buat mereka yang terasa ‘diperangkap’ dan semoga semua masuk ke dalam Traps saya apabila mendengarnya.”

Pendengar boleh mendengar lagu Traps di Jooz, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan Youtube Music. Pendengar juga boleh memuat turun lagu Traps di iTunes dan menjadikan lagu ini sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran Youtube Rocketfuel Network.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k