Blog

  • RAYA TERBAIK GABUNGAN TIGA SUARA DAYANG NURFAIZAH, HANNAH DELISHA & SOPHIA LIANA

    Petaling Jaya, 22 April 2022 – Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, dan Sophia Liana bakal mempersembahkan lagu raya, RAYA TERBAIK buat julung kalinya sebagai sebahagian daripada edisi Raya All Out terbitan syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

    Sebelum ini, Universal Music Malaysia menerbitkan lagu Balik Kampung yang menampilkan lima vokalis dan penyanyi rap popular dan dibawakan oleh Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, ASYRAF NASIR, dan Yonnyboii. Dolla dan Hael Husaini Suara Lebaran Kita, Dato’Sri Siti Nurhaliza (Lip Lap Raya), dan The Gadys’ (Gadys Raya).

    Lagu RAYA TERBAIK dicipta sepenuhnya oleh Ajay Amai, Banni Basyishar, Sophia Liana dan Ja’a.

    Kerjasama Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, dan Sophia Liana adalah di luar jangkaan, dan ketiga-tiga bakat luar biasa ini masing-masing mempunyai laluan kerjaya tersendiri untuk diikuti.

    Mengetengahkan konsep keceriaan, lagu RAYA TERBAIK mengembalikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kampung halaman di samping meraikannya bersama keluarga tersayang.

    Ciri dan sifat vokal yang berbeza membentuk ‘mood’, yang membezakan lagu ini daripada yang lain.

    Penerbit lagu RAYA TERBAIK iaitu Bani Basyisyar, lagu ini menggabungkan beberapa elemen muzik tradisional.

    “Lagu ini adalah gabungan muzik inang, joget dan sedikit koplo pada bahagian korus. Rentak tradisional ini diiringi oleh alat muzik dan bunyi moden. Sudah lama lagu raya tidak menampilkan muzik sebegini dan bagi saya ia satu lagi kelainan dan keistimewaan,” katanya.

    Bagi Dayang Nurfaizah, dia menyifatkan RAYA TERBAIK sebagai lagu raya yang menyeronokkan seperti yang disampaikan dalam liriknya.

    Dayang Nurfaizah

    “Lagu ini sangat ‘fun’, seronokdan kalau tengok lirikia lebih menunjukkan pada kemeriahan suasana hari raya. Jadi harapan saya kepada sesiapa saja yang mendengar lagu ini terutama peminat saya, kalau dengar lagu ini mereka dapat ‘vibes’ kemeriahan berhari raya bersama keluarga,” katanya.

    Berkongsi mengenai gandingannya dengan Hannah dan Sophia, Dayang berkata proses rakaman berjalan lancar.

    “Proses rakaman sangat senang dan semuanya berjalan lancar. Masing-masing ada bahagian. Saya masuk dulu, sementara Hannah dan Sophia rakam kemudian. Sebelum rakam saya ada juga berjumpa dengan Hannah, sebab nak tengok bahagian mana sesuai untuk saya dan untuk Hannah.  Sewaktu  rakaman  pun  sekali  dengan  komposer  dan  penerbit  untuk  lagu  ini.  Jadi proses rakaman lagu ini sangat mudah,” katanya.

    Sama seperti penggambaran muzik video (MV) lagu ini, menurut Dayang ia berlangsung dalam suasana meriah seperti yang digambarkan dalam liriknya.

    “Penggambaran MV ambil masa lama sebab membabitkan tiga artis. MV ini kita cuba tunjukkan suasana hari raya yang kita sambut meriah dan raikan bersama keluarga. Itu yang kita cuba sampaikan sama seperti dalam lirik lagu ini. Secara keseluruhan memang seronok walaupun penat,” katanya.

    Hannah Delisha berkata, lagu RAYA TERBAIK merupakan lagu raya baharu yang berpotensi menarik perhatian peminat muzik tanah air.

    Hannah Delisha

    “Ini adalah lagu raya. Sudah tentu lagu ini menceritakan mengenai detik  gembira  yang  kita semua  alami semasa menyambut  hari  raya. Raya adalah mengenai berkumpul  dengan keluarga dan rakan-rakan kita.

    “Jadi, lagu ini memberikan ‘vibes’ yang menyeronokkan, segar  dan sangat menarik.  Ia juga kolaborasi lagu raya  pertama  saya  dengan  dua  wanita  berbakat  dalam  industri  muzik  ini. Sangat teruja untuk semua orang mendengar lagu ini,” kata Hannah.

    Pada masa sama, Sophia juga merupakan komposer bersama lagu RAYA TERBAIK dan berbangga kerana diberi peluang untuk menjayakan projek ini bersama Dayang dan Hannah.

    Sophia Liana

    “Saya sangat bangga, ini adalah lagu raya pertama saya. Alhamdulillah diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Dayang dan Hannah. Terima kasih Universal Music Malaysia. Sejujurnya, saya sangat teruja menjayakan projek ini,” kata Sophia pula.

    Menurut Sophia, dia berdepan cabaran menghasilkan bahagian rap lagu itu.

    “Cabaran nak siapkan lagu ini, pertamanya saya agak sukar untuk mencari melodi untuk rap. Sebab lagu raya, ia kena ceria dan mudah didengar. Jadi nak cari melodi dan untuk orang terima rap dalam lagu raya ini agak sukar.

    “Pada mulanya saya tak jumpa melodi, tapi selepas itu Alhamdulillah diberikan ilham dapatlah jumpa melodi. Saya ambil masa sehari untuk siapkan ‘verse’ saya. Ada juga input daripada Mike Chan untuk tambah sikit pada bahagian hujung korus.

    “Bagi MV pula, cabaran adalah kerana berpuasa. Jadi cepat dahaga, penat berganda dan macam-macam lagi. Tapi kita cuba untuk kuatkan diri walaupun penggambaran dari petang hingga sahur. Kami cuba juga habiskan dengan tenaga dan positiviti yang ada. Tapi perkara yang paling menarik adalah saya dapat bekerja dengan Dayang dan Hannah untuk siapkan lagu ini,” katanya.

    Sophia seperti Dayang dan Hannah berpendapat lagu RAYA TERBAIK akan mendapat sambutan orang ramai.

    “Harapan saya agar pendengar akan sentiasa gembira, ceria bersama keluarga, bila dengar lagu ini. Kalau boleh, banyakkan lagi video di Instagram, TikTok dengan  menggunakan lagu ini. Saya juga harapkan agar kolaborasi kami ini diterima dengan hati terbuka. Harapnya suka dengan rapper saya juga,” katanya.

    RAYA TERBAIK kini boleh didapati di aplikasi penstriman antaranya, Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Pada hari Jumaat, 29 April 2022, jam 9 malam, video muzik akan ditayangkan.

  • MERIAHKAN AIDILFITRI DENGAN SUSUNAN PROGRAM MENARIK & PENAMPILAN BARISAN SELEBRITI POPULAR DI TV3 & TV9

    Bulan Syawal bakal tiba selepas berakhirnya bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pastinya didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid-19.

    Tahun ini bertemakan ‘Seikhlas Hati’, TV3 dan TV9 telah menyusun program-program menarik dan barisan selebriti popular tanah air sepanjang dua minggu pertama di bulan Syawal. Antara artis yang terlibat ialah Datuk Rosyam Nor, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Hael Husaini, Andi Bernadee, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Aprena Manrose, Fauziah Latiff, Janna Nick, Nora Danish, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Kenchana Devi, Beego, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Shila Amzah, S.O.G, Ain Edruce, Izzue Islam, Datin paduka Eina Azman dan ramai lagi.

    Kemeriahan sambutan lebaran turut digandakan dengan adanya program-program hiburan menarik di TV3 seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya 2022, I Can See Your Voice Malaysia 5 ( Episod 1: Edisi Raya). Master In The House Malaysia Raya, tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends, J.K.K Raya dan Al Kisah Pak Kodi 5G.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton program Sampaikan Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan Andi Bernadee pada 2 Mei 2022, pukul 11.00 malam di TV3. Saksikan perkongsian persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai, ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Khai Bahar, Shila Amzah, S.O.G, Marsha Milan, Wany Hasrita, Tajul, Afieq Shazwan, Floor 88 dan Iman Troye.

    Program inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga di TV3 dan TV9. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi (3 Mei 2022), ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik Silaturahim yang Terputus. Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa.

    Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama (3 Mei 2022) dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Takbir Raya, solat raya dan khutbah raya dari masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. MHI Raya diteruskan pada keesokannya dengan topik-topik raya menarik dengan barisan pengacara MHI yang ceria dan bertenaga.

    999 Raya yang bersiaran pada 3 Mei 2022, pukul 9 malam menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal.

    Turut memeriahkan Aidilfitri anda dengan mini siri raya menarik di TV3 dan TV9 iaitu Puteri Reunion, Wan Senja dan Misi Anak Bulan di minggu pertama Syawal. Istimewa buat peminat setia sitcom popular Puteri, mini siri Puteri Reunion akan menemui penonton TV3 dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, pukul 10.30 pagi untuk 4 episod. Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya iaitu Kamala, Nadia, Anita dan Roslan dan ingin tahu tentang khabar baharu mereka.

    Penonton Tv3 disajikan dengan sebuah antologi raya, Wan Senja lakonan hebat daripada Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazwan Hasan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, jam 11.30 pagi untuk 4 episod Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu sebagai ibu dan guru.

    Misi Anak Bulan lakonan Datin Paduka Eina Azman, Aiman Badrul, Idris, Nur Dania Miazara, Ali AIman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali dan Natasha Ellyzza akan menemui penonton TV9 pada 4 Mei hingga 8 Mei 2022, pukul 6.00 petang untuk 5 episod. Mengisahkan tentang Aiman yang mengikut ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila dia melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman. Setelah Aiman memberitahu dia memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung bahawa jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

    Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan susunan telefilem menarik yang menampilkan artis-artis popular tanah air di TV3, nantikan siarana Sempurna  Mencintaimu (Redza Rosli, Intan Najuwa), Sakanak (Farid Kamil, Tiz Zaqyah), Ayahanda – Ibrah Ramadan (Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Shah Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shilla), Artis Pujaanku Mai Raya (Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan), Hantu Karaoke (Hazama, Nabila Razali), Misteri Pakcik Lumpur (Kazar, Zul Huzaimy), Misteri Lain Macam (Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Didie Alias, Azhan Rani), Villa Untuk Bella (Keith Foo, Yuna Rahim, Farhan Azri) dan Bini-Bini Lockdown (Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Datin Paduka Eina Azman, Sangeeta). TV9 pula akan menyiarkan Jangan Malu Menangis (Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn), Cikgu Nerd (Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana) dan Hari-Hari, Hari Raya (Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro).

    Tidak ketinggalan TV3 juga akan menyiarkan siri filem Men In Black pada minggu pertama Syawal, iaitu Men In Black, Men In Black 2, Men In Black 3 dan Men In Black International.

    Untuk kaki drama, jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan siri baharu di slot drama popular TV3 dan TV9 iaitu Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan (Hisyam Hamid dan Scha Elinnea), Akasia: Bisik Bisik Gelora (Redza Rosli dan Raysha Rizrose), Lestary: Melur Untuk Firdaus (Meerqeen, Anna Jobling), Diandra: Ada Apa Dengan Saka (Syazwan Zulkifly & Shiha Zikir) dan Air Mata Allisya (Keith Foo dan Sophia AlBarakbah).

    Khusus buat penonton cilik, TV9 juga akan menyiarkan siri animasi istimewa Mina Mila: Kata Raya pada Hari Raya pertama, pukul 6.00 petang. Dengarkan celoteh comel kembar seiras Mina dan Mila tentang perlunya kerja keras dan usaha untuk menyambut kemeriahan beraya. Saksikan juga Peningnya Raya OhBulan!, program berkonsepkan sitcom dan buat bicara menampilkan hos-hos OBTV bersama-sama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin. Ia mengisahkan situasi dan masalah penduduk kampung yang tidak dapat beraya kerana paip air pecah.

    Laman web rasmi kempen Seikhlas Hati iaitu http://www.xtra.com.my/seikhlashati turut menyediakan koleksi e-Kad Seikhlas Hati yanng menampilkan 16 selebriti popular boleh dimuat turun dan kongsi di sosial media. Ikuti juga artikel-artikel menarik dan tips ramdan, resepi makanan serta restoran yang menyediakan buffet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan Raya di TV3 dan Tv9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen Seikhlas Hati di laman web tersebut.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & Tv9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.

  • PRIHATIN Santuni 500 Petugas Barisan Hadapan Hospital Ampang

    Program Kembara Ramadan Prihatin dan Majlis Iftar Perdana anjuran PRIHATIN telah meraikan seramai 500 petugas barisan hadapan Hospital Ampang serta Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi Bin Hussin telah merasmikan sebuah majlis penyerahan Sumbangan Tunai Prihatin di Ruang Legar Auditorium Hospital Ampang.

    Senarai aktiviti yang dijalankan melalui kempen ini adalah seperti program Berbuka Puasa, Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk serta Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin yang menglibatkan penglibatan anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan.

    “Bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan dalam bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasib baik.  Disamping itu, Petugas Barisan Hadapan juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga mereka golongan yang bekerja keras dikala wabak pandemik tetapi turut sama terjejas dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.  Program yang dilaksanakan bersama hasil kolaborasi strategik dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sekaligus berbakti kepada negara Malaysia tercinta ini.”

    Pemerkasaan hubungan strategik ini memerlukan kerjasama daripada agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan serta Institusi Kesihatan supaya pelbagai program boleh dilaksanakan dengan pada masa yang sama mampu meringakan beban petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

  • Ejen Ali & Boost Rekrut ’10 Budak Merah’ Misi Membangkitkan Sambutan Hari Raya

    Siaran video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” pada hari ini adalah hasil kolaborasi melibatkan Ejen Ali dan Boost yang dikenali sebagai sebuah teknologi kewangan (finteech) Axiata apabila Kerajaan telah mengumumkan negara telah memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’ serta-merta merupakan berita baik bagi rakyat Malaysia bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” mengisahkan misi Abu dan 9 orang rakan karibnya berpakaian serba merah untuk mengembalikan semangat meraikan Hari Raya dalam kalangan masyrakat.  Mereka berusaha menjayakan pelbagai misi seperti penyediaan hidangan dan kuih raya, mendapatkan tawaran terbaik baju raya dan menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang bolleh diperolehi daripada aplikasi Boost denagn sorakan ceria daripada Ejen Ali.  Bukan itu sahaja, pelbagai cabaran penuh aksi perlu ditempuhi sepanjang pengembaraan mereka bersama-sama penampilan istimewa Ejen Ali.  Kempen “KebangkiTEN Raya” yang berlangsung sepanjang 18 April sehingga 31 Mei 2022 turut disertakan kisah menarik ini.

    Video penuh telah disiarkan di akaun Facebook dan YouTube rasmi Boost dan ia juga dapat ditonton di Rangkaian Televisyen Media Prima.  Menerusi gabungan strategik dengan Media Prima OMNIA, kempen tersebut akan dipromosikan menerusi segmen khas dalam program TV3 yang meraih kadar tonton tertinggi seperti Sembang Sahur dan Buletin Utama, serta tidak ketinggalan juga promosi di akaun rasmi Facebook dan Instagram TV3 Malaysia.

    Seiring dengan kempen ini juga, sesi beramah mesra maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pengguna aplikasi Boost juga akan berlangsung di sebuah acara aktiviti bertempat di Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya mulai 23, 24, 30 April dan 01 Mei 2022 pada jam 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.  Selain itu, pelbagai ganjaran menarik dan penjimatan tambahan termasuk cashback melebihi RM 100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa baharu untuk pulang ke kampung, ganjaran 10x Boost stars, tambahan Rm 10 eDuit Raya menanti pengguna Boost melalui DuitNow di aplikasi Boost sepanjang kempen “KebangkiTEN Raya berlangsung.”

    “Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami amat mengalu-alukan Boost dalam menjayakan kolaborasi dengan Ejen Ali ini.  Di samping, mempromosikan pelbagai tawaran menarik untuk musim perayaan ini, kami juga berharap gabungan Ejen Ali dan 10 Budak Merah dari Boost dapat membangkitkan semangat dan suasana sambutan Hari Raya yang meriah setelah dua tahun kita menyambut bulan Ramadan dan Syawal secara bersederhana ketika pandemik COVID-19” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Dato’ Khairul Anwar Salleh.

    Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali iaitu Usamah Zaid Yasin berkata “Kami sangat teruja kerana Ejen Ali dapat menjadi sebahagian kempen Hari Raya Aidilfitri anjuran Boost pada tahun ini di kala masyarakat kini sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik.  Saya berharap semangat yang dibawakan oleh Ejen Ali dan 10 Budak Merah juga dapat mengingatkan penonton kami tentang pentingnya menjaga kesihatan dan keselamatan dalam keterujaan dan keinginan untuk meraikan Hari Raya bersama ahli keluarga tersayang dan sahabat handai.”

    Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata “Sambutan Hari Raya secara bersederhana pada dua tahun yang lepas akibat pandemik COVID-19 menunjukkan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia.  Walaupun ramai yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga dan sahabat akibat sekatan pergerakan, rakyat Malaysia tetap mematuhi SOP demi keselamatan semua dan kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi kemudahan teknologi.  Dalam fasa peralihan negara ke arah endemik, kami teruja untuk berkolaborasi dengan Ejen Ali menerusi video animasi ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya rakyat Malaysia.  Ia melambangkan kegembiraan menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahan tahun ini bersama dengan pangkalan pengguna besar kami, yang terus menggunakan Boost sebagai teman gaya hidup digital untuk musim perayaan yang lebih selamat dan mudah.”

    Tayangan Ejen Ali Musim 3 yang bakal bersiaran di platform striming Disney+ Hotstar di 2022 adalah lanjutan kolaborasi antara Ejen Ali dan Boost.  Ejen Ali Musim 3 mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA.  Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa.  Ali bertekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS.  Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

  • ACHIK UKAYS MENITIS AIR MATA , RAKAMAN SEMULA LAGU RAYA TAHUN 1995’

    Apabila tiba saja musim perayaan, lagu – lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan dimainkan dari yang lama hingga kini .

    Inilah peluang yang diambil untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh komposer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini.  ‘’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shariff.

    Untuk versi yang terbaru di tahun 2022, lagu ini akan digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) yang bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA.

    Salman Shariff, Komposer dan penerbit lagu ini sendiri merancang awal untuk rakaman semula lagu raya kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir (UK’S) lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays).

    Achik Roslan atau Achik Ukays

    Dengan tawaran yang diterima untuk menyanyi semula lagu raya ini, Achik merasakan ini adalah peluang yang sangat bagus untuk beliau menonjolkan diri dan kembali aktif kerana mungkin ada yang fikir beliau tidak lagi aktif dalam industri. Malah Achik juga masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.

    Achik mendedahkan dia hampir menitiskan air matanya ketika rakaman suara di Studio The Bengkel Artwork . ‘’Saya hampir menitiskan air mata kerana sebuah lagu yang ada kena mengena dengan saya yang sangat bermakna’’ .

    Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

  • TARUHAN PERDANA YUNADIA MENERUSI ‘CHA CHA CINTA’

    Syazreen Yunadia Mazlan atau bakal dikenali dengan panggilan Yunadia, hadir mempertaruhkan single pertamanya berjudul ‘Cha Cha Cinta’ ciptaan komposer terkenal negara, Iqie Hugh, dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).

    Yunadia sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh pihak AEG, kerana cita-citanya untuk mengeluarkan single sendiri tercapai.

    “Segalanya bermula sebagai hobi dan lama-kelamaan bertukar menjadi sesuatu yang saya idamkan apabila dewasa kelak. Saya sering menyertai pertandingan nyanyian di peringkat universiti, asalkan ada pertandingan saja, saya akan mencuba nasib.

    “Sehinggalah pada satu hari saya menghadiri ujibakat ‘The Audition’ yang dianjurkan oleh AEG, ternyata rezeki berpihak kepada saya apabila dipilih sendiri oleh pengarah tersohor, saudara Michael Ang untuk maju ke peringkat seterusnya, setelah itu saya terus dipelawa untuk menjadi artis di bawah naungan AEG,” jelas gadis berusia 21 tahun ini.

    Cha Cha Cinta adalah sebuah lagu romantis santai yang mengetengahkan irama cha cha yang jarang kedengaran pada masa kini, namun komposisinya yang bersahaja ditambah pula dengan paduan vokal Yunadia yang mantap, ternyata menyuntik rasa moden dan kontemporari terhadap lagu ini. Jika diamati liriknya, lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang saedang memujuk buah hatinya agar tidak merajuk terlalu lama, dengan mendendangkan sebuah lagu cinta, akhirnya Kembali menjadi satu.

    “Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di studio rakaman, perasaan gembira, berderbar, semuanya ada! Macam tak percaya dibuatnya kerana apa yang saya impikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.” Katanya.

    Lagu ‘Cha Cha Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.

  • PR1MA Memperkasakan Agenda Malaysia Berdaya Huni Melalui Skim PR1MA Rent-To-Own

    Rakyat golongan berpendapatan pertengahan (M40) diberikan peluang untuk memiliki rumah idaman melalui skim pemilikan perumahan secara mampu milik, Skim PR1MA Rent-to-Own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank) yang merupakan langkah inisiatif diambil untuk meningkatkan pemilikan rumah dan memperkasa agenda Malaysia Berdaya Huni dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya generasi muda.

    YB Dato’ Sri Reezal Merian Naina Merican selaku dan Menteri Kewangan, YB Senarator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah melancarkan skim ini pada minggu yang lalu semasa pelancaran i-Biaya.

    Setiap bakal pembeli Skim PR1MA RTO akan menerima pelbagai faedah seperti kos kemasukan rendah, kos bulanan yang rendah untuk lima tahun pertama serta harga rumah yang terkawal dan mampu milik melalui tawaran sebanyak 29 buah residensi PR1MA dengan lebih 1,000 unit.

    “Selari dengan aspirasi kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik, PR1MA akan terus mendukung usaha baik Kerajaan dalam membantu Keluarga Malaysia memiliki rumah pertama idaman mereka. Kami percaya bahawa Skim PR1MA RTO ini dapat membantu ramai anak muda yang masih belum layak untuk mengambil pinjaman perumahan biasa bagi memiliki rumah pertama mereka” ujar Dato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya selaku Pengerusi PR1MA.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Seri Hj. Mohd Nazri bin Md. Shariff berkata, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi kewangan terbesar di Malaysia, Maybank dalam menunaikan impian rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka.” Tambahnya lagi, “Antara kebaikan Skim RTO ini ialah para pembeli hanya perlu membayar RM1,500 untuk deposit harga kediaman yang bernilai RM250,000. Jika dibandingkan dengan pembelian rumah secara konvesional, bayaran permulaan atau deposit yang harus dikeluarkan oleh pembeli ialah 10% daripada harga rumah atau RM25,000,”

    Selain itu, peruntukkan menghampiri nilai sebanyak RM 756,000 diperlukan bagi kelas bacaan Al-Quran untuk komuniti residensi PR1MA khususnya para kakitangan PR1MA serta ahli keluarga mereka. Program IQRA dibawah penganjuran PR1MA ini menyasarkan seramai 780 orang peserta daripada komuniti residensi PR1MA di lokasi terpilih di seluruh negara dan 65 peserta yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat PR1MA serta ahli keluarga mereka.

    Program IQRA memfokuskan kepada pendekatan masyarakat kepada Al-Quran, mengenali Al-Quran melalui platform pendidikan dengan ekosistem yang strategik dan berkesan, membantu masyarakat menghayati dan mengaplikasi Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam seharian.

    Sebanyak tiga buah kelas yang disediakan iaitu Kelas Celik Al-Quran untuk kanak-kanak yang sukar membaca dengan lancar dan tidak mengenal huruf, kelas Ha-Fa Al-Quran untuk pelajar sekolah rendah yang boleh membaca dan berminat untuk menghafal manakala Kelas Tahsin dan Tadabbur Al-Quran khas untuk golongan dewasa yang ingin memperbaiki bacaan dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran sepanjang tempoh 12 bulan.

    Tambahan lagi, PR1MA akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi bertujuan menyelaraskan inisiatif pengajian lanjutan kakitangan PR1MA dalam program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran UIAM, menggalakkan penyelidikan dan kajian khusus dalam bidang yang akan memberi manfat kepada perkembangan program PR1MA, kerjasama dalam penerbitan serta penganjuran program akademik.

  • Traps by Abigail

    Hampir setahun menyepi, penyanyi lagu ‘Status Quo’ kembali dengan single kedua ciptaan beliau bersama rapper, Lil J.

    Lagu yang mengambil masa selama 2 jam rakaman di studio MFMF ini, menceritakan tentang perihal remaja dan dewasa yang sering berlaku dalam mana-mana perhubungan.

    Single kedua berjudul ‘Traps’ merupakan ciptaan beliau sepenuhnya yang turut menampilkan rapper terkenal, Lil J dan diterbitkan oleh label hiburan terkemukan tanah air, Rocketfuel Entertainment.

    Sejak kecik, Abigail telahpun didedahkan kepada muzik, dan cintanya terhadap bidang itu bermula ketika beliau melakukan persembahan di sekolah dan beberapa buah acara.

    “Saya sememangnya gemar bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik, sedari remaja lagi saya sudah mula menulis dan menghasilkan muzik yang sering membahaskan tentang hal semasa, seperti isu masalah mental dalam single pertama berjudul ‘Status Quo’,” menurut Abigail.

    Apabila didengar, lagu pop ini dengan rentaknya yang catchy dengan elemen misteri yang pasti membuat pendengar terbuai melalui jalan ceritanya yang menarik, ditambah pula dengan bahagian rap yang dinyanyikan oleh Lil J, ternyata menambah variasi terhadap Traps.

    “Menggembirakan, penuh konteks dan adakalanya murung”, begitulah bagaimana Abigail menerangkan muzik cara beliau, katanya, “Semua bergantung pada lagu yang saya hasilkan, sama ada gembira, sedih atau marah. Tiada yang in between, sama seperti perasaan saya.”

    Muzik adalah bahasa yang universal. Sesebuah karya itu pasti ‘sampai’ ke jiwa pendengar jika kena dengan formulanya. Menurut Abigail, “saya hanya mahu mencipta lagu sendiri sejujurnya, banyak lagi yang ingin saya kongsikan, dan ramai lagi yang ingin saya berkolaborasi bersama.

    Harapan saya agar sesiapa yang mendengar Traps dapat fahami maksudnya dan turut nyanyi bersama. Saya mahu lagu ini menjadi tema buat mereka yang terasa ‘diperangkap’ dan semoga semua masuk ke dalam Traps saya apabila mendengarnya.”

    Pendengar boleh mendengar lagu Traps di Jooz, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan Youtube Music. Pendengar juga boleh memuat turun lagu Traps di iTunes dan menjadikan lagu ini sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

    Lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran Youtube Rocketfuel Network.

  • FORCEPARKBOIS TERUS MEMECUT DENGAN ‘TOPBOI’

    Kuala Lumpur, 1 April 2022 – FORCEPARKBOIS ialah nama yang terkenal dalam kalangan peminat muzik hip hop Asia Tenggara, namun perjalanan artistik krew hip hop yang cemerlang ini baru bermula.

    Krew hip hop dari Johor Bahru ini terdiri daripada 11 orang kesemuanya terdiri daripada Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo (asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Undang-undang (undang-undang.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp), N $ H (fpbnishy) dan Fuegone (Fuegone).

    FORCEPARKBOIS baru sahaja mengeluarkan ‘Topboi,’ lagu kedua mereka untuk tahun 2022, yang merupakan hasil nukilan mereka sendiri, diterbitkan oleh FORCEPARKBOIS WORLDWIDE dan dilesenkan oleh Warner Music Malaysia.

    “Kami sedang dalam rangka menyiapkan album dan ianya hampir siap tidak lama lagi, single ini juga bakal dimuatkan dalam album tersebut.

    “Kami masih tidak menyangka kejayaan yang dikecapi hari ini bermula sekadar suka-suka sahaja, semuanya terjadi melalui sesi rakaman tidak sengaja single pertama yang dilakukan di dalam kereta, dan kereta bagi kami, mempunyai signifikasi yang sangat besar dan menjadi memori terindah buat kami,” kata Chik.

    Single Topboi, yang diilhamkan oleh Nakalness, telah dicipta semasa mereka berada di bengkel automobil, mencuit hatinya, dan merupakan penyertaan pertama mereka dalam persada muzik tempatan.

    “Lagu ini menceritakan tentang pencapaian yang kami peroleh sekarang, dan kereta merupakan metafora terbaik kerana segala-segalanya bermula di sini.

    “Selain itu, kereta juga menjadi simbolik kepada betapa lajunya untuk kami sampai ke tahap ini, dan enjin sesebuah kereta harus mantap dan padu, sama seperti karya-karya kami terdahulu,” jelas Nakalness.

    Lagu mereka Lotus, yang mempunyai lebih 18 juta tontonan di YouTube, melonjakkan nama FORCEPARKBOIS ke puncak carta, apatah lagi mendapat perhatian artis rap antarabangsa Jay Park dari Korea Selatan.

    Jay sedang mengusahakan campuran semula lagu hit, yang mempunyai frasa pembukaan popular “Apa Khabar, it’s Jay Park,” dengan sekumpulan penyanyi rap dari label Muzik H1ghr.

    Single Topboi mengangkat elemen perangkap yang kini menjadi muzik pilihan kebanyakan artis hip hop, namun FORCEPARKBOIS tetap cemerlang dengan tidak bersikap stereotaip dan menampilkan nuansa rap alternatif paling santai, di mana kesebelas mereka masing-masing mempunyai pantun tersendiri menerusi pelbagai persembahan.

    “Kami memperuntukkan 2 hari bagi sesi rakaman kerana setiap ahli mahu berikan yang terbaik walaupun proses tersebut mengambil tempat hanya di stesen minyak Petron yang viral di Genting Highland dan bengkel kereta, SDW Workshop.

    “Bagi video muziknya (MV) pula, sesi penggambaran dilakukan di bengkel yang sama dengan menampilkan konsep lumba kereta jalanan ala Fast & Furious selain mempromosikan servis yang disediakan SDW Workshop,” ulas Noel.

    Walaupun masih baru, FORCEPARKBOIS berjaya mencapai kejayaan dalam masa yang singkat kerana hala tuju muzik yang berpaksikan konotasi bukan generik hip hop yang mereka pegang sebagai pegangan.

    “Bagi kami, kesemua pemuzik di Malaysia ada keistimewaannya, yang membezakan kami adalah setiap ahli FORCEPARKBOIS mempunyai karakter yang unik dengan pembawakan rap yang tersendiri.

    “Setiap karya yang kami hasilkan adalah yang terbaik, dengan usaha 100%, dan kami akan buat sehingga lagu tersebut jadi ‘sedap’,” tambah Blxckid.

    Kata Aset.bo: “Semoga pendengar muzik terutamanya penggemar hip hop dapat menerima Topboi dan terus meledak.

    “Agar semua dapat enjoy dengan karya ini dan teruslah menyokong pengkarya muzik tempatan.

    Semua telekomunikasi tempatan boleh menggunakan lagu ‘Topboi’ sebagai nada dering panggilan dengan memuat turunnya daripada iTunes. Program penstriman dalam talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music membolehkan anda mendengar dan menikmatinya pada bila-bila masa.

    MV single ini hanya boleh didapati di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLDWIDE.

  • ‘Semangat Lebaran Kita’ Single Raya Rancak Gabungan Wani Kayrie & Yonnyboii

    Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dua label hiburan popular negara, Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia mempersembahkan sebuah single raya istimewa berjudul SEMANGAT LEBARAN KITA gabungan yang mantap dari penyanyi muda wanita yang berbakat Wani Kayrie dengan penyanyi rap-penggubah lagu sedang meledak, Yonnyboii.

    Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah bersyukur kerana diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak Rocketfuel untuk tampil dengan sebuah lagu Raya yang istimewa bersama Yonnyboii selepas single terbarunya itu yang berjudul ‘Kamu Kamu’ dilancarkan. Pihak astro juga turut berbesar hati melantiknya sebagai duta Ramadan-Raya untuk tahun 2022.

    Tajuk single SEMANGAT LEBARAN KITA nyanyian mereka berdua ini turut menjadi tema sambutan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Raya nanti oleh pihak Astro.

    Yonnyboii menerima pelawaan dengan hati yang terbuka dari pihak label (DefJam Recording) untuk berkolaborasi bersama wani dalam sebuah lagu Raya dari pihak Rocketfuel. Katanya.

    Jelas Wani apabila ditanya tentang maksud SEMANGAT LEBARAN KITA: “Lagu ini menceritakan tentang kejayaan rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri dalam era endemik setelah lebih 2 tahun terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta di kampung halaman. Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua untuk kembali beraya seperti lazimnya dengan norma baru.

    “Setelah negara memasuki fasa endemik, tibalah masanya untuk kita berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga besar dalam meraikan kejayaan ini, semoga SEMANGAT LEBARAN KITA menjadi penyeri pada Aidilfitri nanti” 

    Lagu SEMANGAT LEBARAN KITA boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • Langkah Sulung Dem Lepak Boyz Dengan ‘Abang Datang’

    Duo bertenaga dan penuh dinamik, Dem Lepak Boy (DLB) yang dianggotai dua penari berpengalaman iaitu Zaidy dan Hazel terjun ke bidang nyanyian setelah dinobatkan sebagai naib juara nyanyian ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) musim pertama.

    Terbaharu, DLB hadir memperkenalkan single pertama mereka berjudul ‘Abang Datang’ yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Single Abang Datang merupakan genre pop hip-hop dengan elemen ‘trap’ yang mendapat sentuhan barisan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves ini mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan yang merangkumi proses rakaman dari mula sehingga akhir.

    “Alhamdulillah, sejak menjadi naib juara ATNM ramai yang membuka mata terhadap bakat DLB.  Pada awal kemunculan, kami hanya dikenali sebagai kumpulan penari dan kini portfolio DLB bertambah dengan adanya bidang nyanyian.  “Kami juga ingin berterima kasih yang setingginya buat pihak Rocketfuel kerana memberi peluang kepada DLB selain percaya dengan bakat yang kami ada.  Apa yang kami cuba sampaikan dalam Abang Datang adalah mengingatkan pada semua yang kita mampu menghadapi sebarang masalah dan jadi lebih kuat dari sebelumnya” kata Zaidy.

    “Pihak Rocketfuel pada mulanya ada memberitahu kami tentang lagu baru yang telah disiapkan dan mahukan kami menyanyikannya. Kami agak terperanjat kerana ia berlaku dengan mengejut namun kesemuanya kami anggap sebagai rezeki.  “Sebelum masuk ke studio, kami terlebih dahulu mengadakan sesi ‘brainstorming’ demi mencari melodi yang sesuai dan ‘kena’ dengan citarasa kami, maka lahirlah single Abang Datang” jelas Hazel.

    Abang Datang adalah sebuah lagu yang menceritakan mengenai individu yang sering dipandang rendah atau remeh oleh masyarakat, namun mesej yang dibawakan mengajak agar semua bangkit dan menepis pandangan tersebut.

    Perjalanan seni DLB bermula hampir sedekad yang lalu, ketika itu mereka pernah menjuarai sebuah program pertandingan tarian urban berkumpulan iaitu ‘Showdown’ pada tahun 2012.  Dem Lepak Boy merupakan nama yang diberikan oleh anggota yang terdahulu, kini tugas tersebut diserahkan kepada Zaidy dan Hazel dalam menyambung legasi nama kumpulan itu.

    “Pada awalnya, DLB dianggotai senior kami dalam bidang tarian.  Kemudian, pada tahun 2021, kami bercadang untuk menyambung legasi DLB ke bidang nyanyian pula.  Setelah menghantar video uji bakat ke pihak ATNM, kami terpilih untuk menjadi peserta sehinggalah nasib menyebelahi kami apabila diumumkan sebagai naib juara.  “Siapa sangka, permulaan yang hanya suka-suka akhirnya membuahkan hasil,” jelas Hazel.

    Ujar Zaidy, “dahulunya, DLB lebih sinonim dengan bidang tarian sahaja.  Setelah masa berlalu, kami berkembang dengan menceburi bidang nyanyian dan mana tahu pada masa akan datang, DLB mungkin terjun ke bidang lakonan pula.  Kalau boleh kami nak cuba kesemua cabang seni.”

    Menurut Encik Erick Yew selaku Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baharu, “kami mengambil keputusan untuk menjadikan DLB sebagai sebahagian dari Rocketfuel kerana kombinasi unik yang mereka ada.  Walaupun baru, mereka mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang seni.  Dengan kemunculan single Abang Sayang, semoga DLB bakal menggegarkan industri muzik tanah air dengan kehadiran mereka.

    Komen Hazel, “Kami berdua berharap agar semua yang mendengar single Abang Datang sukakannya. Semoga semua terhibur dengan lagu yang DLB bawakan dan menjadi pemangkin serta memberi semangat melalui mesej yang disampaikan.  “Akhir kata, teruskan menyokong DLB dan ‘show us some love’ kerana masih banyak lagi yang kami mahu persembahkan buat rakyat Malaysia.

    Selain single, menariknya video muzik (MV) Abang Datang yang turut diriliskan serentak menampilkan jalan cerita dan konsep yang menarik dengan adanya adegan pergaduhan di dalam sebuah gelanggang tinju! Video muzik single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

    Lagu ‘Abang Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

  • “Jom Shop Raya” Rancakkan Program Jualan Malaysia Aidilfitri Di Jalan Tunku Abdul Rahman

    Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi lokasi perasmian Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 Jom Shop Raya @ J. T. A. R. yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol Bin Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Program ini dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) diatas keprihatinan kerajaan terhadap isu serius yang dialami oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR.

    Umum mengetahui, kemeriahan suasana Jalan TAR pada tahun 2020 dan 2021 tidak seperti tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan akibat penularan pandemik COVID-19. Perniagaan yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR mengalami kemerosotan yang teruk akibat kekurangan pelanggan yang datang berkunjung.

    Tambahan itu, langkah inisiatif telah diambil untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan raya, kempen promosi jualan JOM SHOP RAYA telah digerakkan oleh pihak BARRA melalui sumbangan RM 300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM 200,000.00 hasil saluran oleh KPDNHEP.

    Pelaksanaan JOM SHOP RAYA selama tempoh satu bulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022 merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat. Kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020 iaitu Recovery (Pemulihan), Revitalise (Merancakkan) dan Revive (Menghidupkan Semula ) sektor peruncitan merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi rakyat dan KDNK negara.

    Selain itu, mulai 23 April hingga 1 Mei 2022, Program Rancak Aidilfitri di AEON Nilai, Negeri Sembilan akan dilaksanakan untuk mengembalikan suasana kemeriahan perayaan aidilfitri. Ahli keluarga Malaysia berpeluang mendapatkan pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan elektrik serta pelbagai barangan keperluan hari raya pada harga yang sangat berpatutan.

    Jualan murah yang yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan Program Utama melalui Program Jualan Raya (PJM) yang telah dirancang dan diselaras melalui KPDHNEP di seluruh negara menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 500 bilion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.

  • Suria KLCC Membuka Tirai Sambutan Aidilfitri

    SURIA KLCC

    Esplanade KLCC menjadi lokasi pelancaran kempen Hari Raya Aidilfiitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd iaitu Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi, Francis Tan serta Pengurus Besar Ammer Thajudeen.

    “Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022, Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17 Meter dan 12 Meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan keriangan di kalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan” ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau.

    Tema “Raya di Dusun Atuk” diangkat sebagai tarikan utama bagi para pengunjung yang hadir ke kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung sehingga 08 Mei 2022. Keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani hiasan pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita dapat dilihat pada sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka”.

    Dekorasi yang disediakan semestinya menggambit kenangan nostalgia apabila sebuah kereta Proton Saga juga turut dipamerkan bersama-sama pangkin tersedia sebagai latar belakang. Kempen ini memfokuskan pameran Proton Saga itu untuk mengimbau kembali memori pulang ke kampung menaiki kereta atuk manakala aktiviti permainan tradisional ‘teng-teng’ dan congkak turut diadakan. Aras 1, Ramlee Mall membolehkan setiap pengunjung menikmati momen itu melalui peluang bergambar yang berlatar belakang dusun atuk. Tidak ketinggalan, sudut ‘Family Potrait’ membolehkan pengunjung bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial merupakan langkah inisiatif yang dilakukan oleh Suria KLCC.

    Tambahan pula, para pengunjung yang berbelanja melebihi nilai RM 1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 01 Mei akan diberikan ganjaran baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM 100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.

    Bermula tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma iaitu pada 23 April 2022, sumbangan kurma turut diberikan melalui kaunter pertanyaan kepada pengunjung yang menjalani ibadah puasa.

    PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

    Pusat Membeli Belah Alamanda yang terletak di Putrajaya turut memperkenalkan tema ‘Dusun Atuk’ sehingga 02 Mei 2022. Melaui kempen ini, hadiah istimewa turut diberikan seperti bekas kedap udara seramik dan sampul hari raya Alamanda kepada para pengunjung yang berbelanja bagi setiap pembelian yang bernilai RM 700 dan ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih.

    Selain itu, baucar daripada Manhanttan Fish Market bernilai RM 40 atau selendang eksklusif dari Noor Arfa atau baucar beli belah Alamanda yang bernilai RM 50 akan diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM 1,500 dan ke atas sebagai hadiah tambahan.

    Tidak ketinggalan, para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan aktiviti fesyen dan kecantikan yang menarik seperti tutuorial pemakaian selendang serta aktiviti gubahan bunga hasil dari kolaborasi bersama pihak Alamanda, Bokitta dan Cempak Sari. Disamping itu, persembahan dan aktiviti tradisional turut dipertontonkan untuk menghiburkan para pengunjung seperti caklempong, angklung, inang, tarian zapin, aktiviti menganyam ketupat dan aktiviti origami pelita.

    PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL

    Bagi memastikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022 kekal meriah, tema ‘Dusun Atuk’ turut diperkenalkan melalui dekorasi pelbagai hiasan pokok buah-buahan yang sinonim dengan suasana kampung di sudut ‘Centre Court’ Pusat Membeli Belah Mesra yang terletak di Kemaman, Terengganu.

    Pusat Membeli Belah Mesra turut menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti aplikasi ‘henna’ yang berlangsung pada 08 April sehingga 30 April 2022 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan aktiviti ‘Miss Little Kebaya’ pada 16 April khas untuk kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 4-6 tahun dan 7-9. ‘Miss Little Kebaya’ merupakan aktviti peragaan baju kebaya yang membolehkan setiap pemenang memenangi hadiah menarik disediakan.

    Selain itu, para pengunjung juga bertuah untuk mendapatkan bekas kedap udara seramik dan sepaket sampul raya Mesra bagi perbelanjaan sekurang-kurangnya RM 350 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih.

    Pusat Membeli-Belah Mesra menyambut kemuliaan Hari Nuzul Quran pada 19 April dengan mengedarkan ‘bubur lambuk’ dan 500 peket kurma kepada para pelanggan dan pengunjung. Tambahan pula, sumbangan baju raya beserta duit raya diberikankepada warga emas dari daerah Kemasek oleh pihak pengurusan Mesra bersama pihak berkuasa tempatan dan juga penyewa Pusat Beli-Belah Mesra selaras dengan usaha tanggungjawab sosial.

  • Upin & Ipin: Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

    Bertemakan mesra keluarga, HYdeout mula bertapak di Grand Hyatt Kuala Lumpur sejak Disember 2020. Tahun ini berkolaborasi dengan siri animasi Upin & Ipin pastinya akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menjamu selera di sana. ‘Dinotopia’ merupakan tema yang pihak hotel teruja untuk dedahkan kepada tetamu.

    “Bagi kami mengekalkan momentum secara berterusan, idea-idea menarik akan menjadi satu keperluan bagi kami untuk menegakkan objektif HYdeout yang sangat menyerlahkan keseronokan keluarga. Kami menganggap bahawa kepentingan bertemakan ‘Kampung In The City’ akan memberi kesan yang baik kepada tetamu tempatan dan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Les’ Copaque Production, syarikat penerbitan animasi perintis Malaysia, juga pencipta Upin & Ipin, untuk memastikan visi ini melayari apa yang kami percaya akan memerlukan rasa perhubungan yang hebat untuk keluarga untuk kembali kepada pengembaraan ‘kampung’,” luah Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

    Haji Buhanuddin Md Radzi, Pengasas, Pengarah Urusan dan Penerbit Les’ Copaque Production, berkongsi, “Adalah kebanggaan dan keistimewaan kami untuk bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk tema baharu HYdeout kerana kami mampu membawa elemen Upin & Ipin hidup di luar skrin. Kami berhasrat untuk orang lain memupuk budaya rumah tangga dan hiburan tradisional kami, yang dipentaskan daripada pengembaraan Upin & Ipin, sebagai cara untuk kami menghargai akar umbi kami dan menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak di tengah-tengah zaman moden ini. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman uniknya akan memupuk rasa akrab yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin, malah memupuk yang baharu.”

    Selain menawarkan bufet bertemakan “Kampung In The City” yang serba baharu kepada tetamu, HYdeout juga menyediakan hiburan untuk pelanggan dengan adanya  permainan “messy play”, permainan tradisional , lukisan ‘wau’, sudut bacaan, gerai karnival, dinding 3D, tayangan filem dan banyak lagi. Tetamu juga berpeluang untuk bertemu dengan  Upin & Ipin.

    Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh layari website Grand Hyatt Kuala Lumpur, ataupun hubungi hydeout.kuagh@hyatt.com / +60 32182 1234

  • HADIAH KEMENANGAN S.O.G X SHILA AMZAH ‘SEIKHLAS HATI’ dan TONTON SOUNDSTAGE SHILA AMZAH & FRIENDS

    Anugerah Juara Lagu ke-36 yang lalu, kemenangan kumpulan S.O.G dan Shila Amzah telah berjaya membuka mata pemain muzik tanah air. Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada. Pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

    Justeru itu, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan lagu ini dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

    Sidang Media bersama Shila Amzah dan kumpulan S.O.G

    Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’. Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati. Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

    Lagu ‘Seikhlas Hati’ nyanyian S.O.G dan Shila Amzah ini, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 18 April 2022, manakala muzik video akan mula di tayangkan di Youtube TV3 bermula pada 20 April 2022.

    Tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends

    Program ‘tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends’ akan disiarkan di TV3 pada 7 Mei 2022 (Sabtu), pukul 10.00 malam. Ia juga akan disiarkan di portal tonton. Program ini dihoskan oleh Shila Amzah dan juga turut  menampilkan Jihan Muse, Fara Fauzana, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan S.O.G sebagai selebriti jemputan. Program satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan.

    Artis Jemputan Tonton Soundstage Jaclyn Victor

    Lagu-lagu yang dipersembahkan dalam program ini adalah Patah Seribu, Memori Tercipta (Shila Amzah), Pelukan Angkasa (Shila Amzah & S.O.G), Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor), lagu medley Ikut Rentakku / Drama (Jaclyn Victor & Ning Baizura), Bunga Api Di Hati (Fara Fauzana, Jihan Muse & Shila Amzah). Shila Amzah dan S.O.G juga akan mempersembahkan lagu raya baharu berjudul ‘Seikhlas Hati’ bersempena dengan kempen Seikhlas Hati. 

    Antara kejayaan yang dicipta oleh Shila Amzah

    1. Naib juara One In A Million musim kedua di 8TV
    2. Lagu hits – Memori Tercipta (2007)
    3. Naib juara AJL25 menerusi lagu ‘Patah Seribu’, paduan vokal hebat Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor
    4. Shila Amzah memulakan kerjaya muzik di pentas antarabangsa di Shanghai, China dan menjuarai pertandingan Asian Wave (musim 1).
    5. Naib juara AJL29 – Masih Aku Cinta
    6. Juara AJL36 – Pelukan Angkasa (S.O.G X Shila Amzah)
  • Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022

    “Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022,” yang dianjurkankan oleh L Cadeau Sdn. Bhd, baru-baru ini diperkenalkan oleh kumpulan syarikat Eminent International.

    Pertandingan ratu cantik yang gah ini dapat memberi anda peluang sekali seumur hidup untuk mempunyai pertalian dengan platform antarabangsa, meningkatkan kesedaran jenama dan menunjukkan sokongan syarikat anda untuk majlis penting.

    Tujuan Miss & Mrs. Peace and Culture International Pageant 2022 adalah untuk mempromosikan dan menyebarkan budaya, keselamatan, kasih sayang dan persahabatan ke seluruh dunia. Pertandingan ini menggalakkan pengucapan awam yang cekap dan pertukaran pelajaran budaya yang indah, serta pemahaman yang lebih mendalam tentang hubungan antara budaya dan keamanan di pelbagai negara dan benua tempat kita tinggal.

    Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022 menekankan pemacuan peserta untuk berjaya, pengabdian kepada khidmat masyarakat, keberanian untuk mempertahankan perkara yang betul, dan, yang paling ketara, semangat untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. melalui kesukarelawanan.

    Tahun 2022 menandakan tahun pertama Miss & Mrs Peace and Culture Pageant yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Pemenang pertandingan akan menjadi duta budaya dan keamanan pada skala global, mewakili masyarakat budaya dan keamanan.

    Peserta Semi Final Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022

  • Malaysia Mampu Anjur Expo Dunia, Pantas Bawa Masuk Program Antrabangsa Pasca Pandemik

    Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya melayakkan diri untuk membawa program Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) dan kejohanan sukan antarabangsa berikutan mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu untuk bersaing ujar Stephen Fox, Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

    Dua program antarabangsa sukan Muaythai ke Malaysia akan dilakukan pada tahun 2022 adalah salah satu kejayaan utama hasil lawatan pertemuan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Ismail Sabri diantara Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha pada bulan Februari ke Thailand serta bidaan oleh tindakan pantas Malaysia Convention & Exhibiton Bureu (MyCeb).  Malaysia diberikan kredit berikutan kempen untuk bidaan selalunya mengambil masa dalam tempoh dua hingga lapan tahun sebelum mana-mana program atau kejohanan dapat diadakan dimana-mana negara.

    Melebihi 10,000 delegasi antarabangsa akan dibawa ke Malaysia selama tempoh 10 hari dan rancangan TV Hollywood popular sukan Muaythai The Challenger akan ditayangkan di saluran popular AXN ke lebih 500 juta tontonan seluruh dunia sempena Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022.  Ini secara tidak langsung, ia membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi sebagai destinasi pelancongan dan destinasi MICE utama dengan kempen digital khas pasca pandemik.

    Tambahan pula, pembangunan dan pemulihan ekonomi negara dapat ditingkatkan serta-merta berikutan industri seni bela diri dianggarkan bernilai melebihi USD 10 billion dengan populariti program seperti UFC dan One FC serta kempen promosi pelancongan dibawah dua program ini memberikan manfaat kepada Malaysia seperti peningkatan ekonomi sebanyak RM 150 juta dari segi pendapatan perbelanjaan pelancongan, pulangan publisiti dan media.  Selain itu, anggaran sebanyak RM 108.7 juta merupakan impak ekonomi hasil penganjuran World Union of World Healing Society (WUWHS) pada tahun 2026 akan datang.

    “Sepanjang keberadaan saya semasa lawatan di Malaysia selama beberapa kali bermula pada tahun 2014 seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak, pelbagai fasiliti bertaraf dunia dan Malaysia mampu menganjurkan program mega seperti World Expo sekiranya diberikan peluang” ujar Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) itu.

    Tambahnya lagi, program Sportaccord World Sport & Business Summit pada tahun ini terpaksa dibatalkan oleh GAISF disebabkan oleh konflik Russia dan Ukraine yang sedang berlaku ketika ini.

    Disamping itu, Vietnam akan menganjurkan Sukan Sea pada tahun ini serta Arab Saudi akan menganjurkan World Combat Games 2023 dan Abu Dhabi akan menganjurkan Kejohanan Muaythai Dunia dan Thailand akan menganjurkan Asian Asian Indoor dan Martial Games pada tahun 2023 dan tidak ketinggalan penganjuran Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022.  Industri sukan pelancongan dijangka akan mencecah USD 3 billion pada tahun 2028 dan USD 1 trillion bagi industri MICE.

  • HAPPENING! HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’

    Kuala Lumpur, 15 April 2022 – Ramadan tahun ini nyata berbeza apabila negara menghampiri fasa endemik. Lagi pula, dua label hiburan tersohor tanah air, Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia, sekali lagi berganding bahu mempersembahkan SUARA LEBARAN KITA, gandingan padu antara penyanyi terkenal Hael Husaini dan kumpulan gadis popular DOLLA, termasuk Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya.

    “Jika sebelum ini lagu-lagu Raya selalunya keseorangan, bagi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakana ‘hello, jom masuk studio!’” jelas Hael menceritakan pergabungan ini bermula.

    Lagu Raya mempunyai ciri-ciri pop dan tarian; ia mempunyai suasana kontemporari sambil mengekalkan ‘bunyi’ sambutan Hari Raya itu sendiri.

    “Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan DOLLA tetapi telah ‘dimelayukan’, dan pendengar harus mendengarnya sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja,

    Di sebalik jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA sempat meluangkan masa untuk merakamkan single Raya bersama Hael kerana peluang sebegitu jarang bagi mereka lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seseorang bernama Hael Husaini.

    “Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebat Hael ingin berkolaborasi dengan DOLLA, dan single ini merupakan lagu Raya kedua dari DOLLA dan pertama kalinya berkolaborasi dengan artis lain.

    “Kami serasi bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada chemistry, proses rakaman di studio mengambil masa selama 5 jam sahaja disebabkan bimbingan mereka berdua yang sungguh professional. Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasikkan, unik,dan quirky,” kongsi Sabronzo.

    SUARA LEBARAN KITA menggambarkan perasaan kolektif kita sebagai rakyat Malaysia yang mendambakan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan sebelum musibah COVID-19 melanda dunia, dan akhirnya akan dipertemukan kembali dengan wajah-wajah yang telah lama dirindui tahun ini.

    Apabila dua nama yang cukup gah dalam industri muzik Malaysia berkolaborasi, semestinya video muzik yang bakal dilancarkan sama menarik, kata Tabby, “Konsep MV single ini sangat comel dan segar dalam suasana retro yang diselitkan dengan elemen fantasi, dan kalua hendak tahu lagi kenalah tonton!

    Kata Encik Erick Yew pula, sebagai Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “ Kami sememangnya sukakan kelainan, Hael Husaini dan DOLLA Berjaya terjemahkannya melalui sebuah single Raya yang cukup istimewa.

    “SUARA LEBARAN KITA tepat mengammbarkan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia yang ingin merasai suasana sambutan perayaan seperti sediakala, semoga lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

    “Bagi Universal Music pula, tahun ini kita memang ingin memeriahkan dan menyuntik semangat untuk beraya tahun ini secara ‘all out’ setelah 2 tahun tidak dapat pulang ke kampong halaman, dan lagu ini amat bersesuaian untuk kemeriahan sambutan hari raya dan juga kombinasi yang terbaik untuk tahun ini” kata Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Universal Music Malaysia.

    “Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami kerana tidak dapat berbuat demikan sebelum ini” luah Syasya.

    “Selain itu, DOLLA dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #DOLLA dan #Haelers sukakan single Raya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita semua” jelas Syasya lagi.

    SUARA LEBARAN KITA tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan boleh digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia boleh didengari pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian utama termasuk Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Saluran YouTubeRocketfuel Network adalah satu-satunya tempat anda boleh menonton MV single secara eksklusif.

  • RAIKAN RAYA KALI INI DENGAN ‘ALL OUT’

    Semenjak dua tahun lalu, dimana negara kita melalui fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai aktiviti ditangguhkan dan ada juga aktiviti tidak dapat dijalankan.

    Kemeriahan untuk menyambut syawal juga agak sedikit suram kerana terpaksa menyambut sambutan hari raya Aidilfitri dalam fasa PKP. Tidak dibenarkan merentas negeri dan aktiviti ziarah menziarahi juga tidak dapat dilakukan. Hanya mampu untuk sambut dirumah masing-masing bagi mengelakkan penularan covid-19.

    Kenangan berada di atas jalan raya berjam-jam untuk pulang ke kampung halaman, kanak-kanak bermain bunga api dan mercun, aktiviti memasang pelita dan menziarah dari rumah ke rumah antara aktiviti yang pastinya menggamit memori.

    Biarpun begitu, tahun ini diharapkan agar kita dapat menyambut raya dengan serba meriah dan meneruskan tradisi sedia ada dengan seisi keluarga. Bayangkan suasana pada hari raya sudah cukup untuk membuat kanak-kanak teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya begitu juga dengan orang dewasa.

    Dengan itu, syarikat rakaman Universal Music Malaysia bakal melancarkan lagu raya nyanyian barisan artis ternama dengan bagi menghidupkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri 2022.

    Menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Yonnyboii, Dolla, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana dan Hannah Delisha.

    Menurut Anne Mukhtar, Pengurus promosi dan pemasaran Universal Music Malaysia berkata, penerbitan lagu raya itu bagi mengembalikan semula ‘mood’ selepas dua tahun hanya beraya di rumah.

    “Tahun ini pihak Universaal Music Malaysia ingin mewarnai kemeriahan hari raya dengan memberi ‘mood’ raya selepas dua tahun kita berada dalam fasa PKP dan tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman.”

    Tambah beliau lagi, “kemeriahan ini kita kena rasai seperti dulu lagi. Jadi, kami di Universal Music menyajikan lagu-lagu raya yang baharu dan menarik untuk menemani anda sepanjang jalan balik ke kampung dan memeriahkan suasana raya anda di kampung.”

    Selepas dua tahun tidak menyambut hari raya dalam suasana meriah, apa salahnya kalua raya tahun ini kita ‘all out’ sikit.

  • Balik Kampung Versi ‘Fresh’ Gabungan Lima Rapper Popular (Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Yonnyboii)

    Tahun 2020 dan 2021 menjadi sejarah apabila dua tahun tersebut menjadi penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut perayaan hari raya Aidilfitri di kampung halaman bersama-sama ahli tercinta.  Sinonim dengan itu, lagu ‘Balik Kampung’ dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad sering menjadi dendangan setiap pendengarnya yang mampu menaikkan semangat sepanjang perjalanan pulang ke kampung.  Lagu yang masih utuh itu sering dimainkan sehingga kini dan menjadi siulan peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.

    Memandangkan tiada lagi sekatan pergerakan pulang ke kampung pada tahun ini, syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan deretan lagu raya bertemakan Raya All Out yang menampilkan barisan penyanyi ternama negara dan penyanyi baharu.

    ‘Balik Kampung’ merupakan salah satu daripada senarai lagu yang telah dipilih untuk diberikan nafas baharu oleh gabungan penyanyi dan rapper popular seperti Kmy Kmo, Luca Sickta, Sigma, Asyhraf Nasir dan Yonnyboii.

    Menariknya, lagu ‘Balik Kampung’ yang disusun semula oleh Luca Sickta selaku penerbit telah ditambah dengan kreativiti mereka berlima dengan unsur hip hop dan cangkuk serta melodi asli.

    “Sejujurnya, saya sangat teruja diberikan kesempatan ini untuk menambah lagi serba sedikit elemen hip hop dan penulisan dalam lagu ini” ujar Asyraf Nasir.  Sigma pula berpendapat bahawa perasaan rindu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, diceritakan didalam lagu ini.

    Luca berkata “Penulisan saya dibantu oleh Yonnyboii dan ia mengisahkan seseorang yang takut untuk pulang ke kampung tetapi merindui suasana, kelurga dan beraya di kampung”.  Tambahan pula “Kami sudah biasa bekerjasama, jadi segala proses berjalan dengan lancar dan mengambil masa yang singkat” tambah Kmy Kmo. “Alhamdulillah, tiada sebarang cabaran dalam proses penulisan dan rakaman saya” kata Yonnyboii.  

    Lagu ‘Balik Kampung’ dilancarkan secara rasmi pada 15 April di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video lagu ini akan ditayangkan di saluran YouTube Def Jam Malaysia pada hari yang sama jam 9 malam.

  • Rewang Iftar Bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit

    Sebuah program yang  dinamakan sebagai Rewang Iftar bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit bersempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak  pada tahun ini,  telah pun dilaksanakan pada 16 April 2022 dengan kerjasama diantara PhilMac Plus, PhilCare dan Buku Jalanan Chow Kit.

    Rewang Iftar Bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chowkit

    Program ini diadakan untuk menyantuni golongan rentan dengan menjalankan beberapa aktiviti seperti gotong-royong memasak dan pengagihan makanan kepada 65 buah keluarga yang telah berdaftar dibawah Komuniti Buku Jalanan Chow Kit. Inisiatif seperti ini perlu dipupuk oleh semua lapisan masyarakat agar golongan yang kurang berkemampuan ini juga dapat menikmati juadah yang istimewa.

    Dr. Fitri Haris turut sertai program ini dan beliau merupakan pengasas bersama PhilMac Plus. Beliau merasa sangat gembira untuk turun padang bersama-sama dalam membantu penyediaan juadah berbuka untuk anak-anak serta komuniti setempat Buku Jalanan Chow Kit.

    Malahan program ini juga dapat menggalakkan semangat Kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat dan juga dapat membantu mengeratkan silaturahim tanpa mengira status ekonomi dan sosial.

    Selain daripada usaha untuk merapatkan ukhwah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama seperti gotong-royong memasak, program ini turut mengambil peluang dalam mendekati golongan muda melalui aktiviti Jalinan Kasih bersama anak-anak Komuniti Buku Jalanan Chow Kit.

    Antara Koleksi Buku Jalanan Chow Kkit

    Vitamin A, D, E, K dan C adalah vitamin yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Malah mengandungi 7 jenis buah beri, buah delima dan prun yang juga sangat penting dalam membekalkan tenaga supaya mereka kekal aktif, sihat dan cergas.

    Dengan menerusi “Kempen Kita Kuat” Dr. Fitri Haris berusaha dalam misi memberikan nutrisi yang terbaik buat anak-anak yang kurang berkemampuan di Malaysia

    Semoga dengan usaha murni ini dapat menarik minat lebih ramai masyarakat setempat bersama-sama dalam membantu anak-anak golongan rentan ini untuk merasai hak nutrisi yang sama seperti kanak-kanak lain.

  • TINTA SYURGA, DOKUMENTARI ISTIMEWA NUZUL QURAN

    Nuzul Al-Quran adalah peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia dimana Allah S.W.T telah menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Al-Quran itu untuk dibaca! Teknologi dan perkembangan sihat dalam penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke 21 ini memudahkan naskhahnya diperolehi. Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar.

    Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran akan membawa penonton melihat misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00 malam di TV3.

    Belakang Tabir Tinta Syurga

    Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan ayat-ayat suci Al-Quran sebenarnya dilakukan secara manual menggunakan tangan diatas kertas manuskrip bersaiz A1. Begitu juga dengan hiasan pada setiap halamannya yang dikenali sebagai seni zukhruf. Inilah antara cabaran misi mereka.

    Belakang Tabir Tinta Syurga (2)

    Keselamatan Dalam Negeri (KDN) juga turut memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian Al-Quran di Malaysia. Setiap penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia wajib memperolehi cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. Justeru sebuah entiti digelar Lajnah Tashih Al-Quran KDN membawa peranan cukup besar sebagai usaha kerajaan untuk memelihara kesucian ayat-ayat Al-Quran di Malaysia.

    Dokumentari istimewa satu jam ini merungkai bagaimana sejarah awal pengumpulan serta penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi di dalam dunia Islam. Penggambaran mengambil masa selama 14 hari bermula pada 25 Feb hingga 14 Mac 2022 yang membabitkan beberapa lokasi seperti di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Yayasan Restu, Shah Alam, Nasyrul Quran, Putrajaya, Masjid Al-Badr 1000 Selawat di Pulau Pangkor, Perak, dan Kota Bharu Kelantan.

    Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menyaksikan Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran  pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00  malam hanya di TV3

  • Suki Low Muncul Dengan Single Terbaharu, NELANGSA

    Penyanyi ini berjaya merangkul gelaran sebagai pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-8, Suki Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low kembali aktif didalam industri muzik tanah air menerusi Alternate Records & Talents dengan lagu solo berjudul ‘Nelangsa’. Tajuk ‘Nelangsa’ bermaksud sedih yang diambil daripada bahasa lama seberang oleh penulis liriknya iaitu Senna. Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan komposer Farouk Roman dan lirik oleh Senna.

    ‘The Assistant’ merupakan sebuah filem aksi lasak arahan pengarah terkenal Adrian teh, lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2022 telah memilih ‘Nelangsa’ sebagai runut bunyi bagi filem “blockbuster” ini.

    Menurut Suki Low, “Suki sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana ianya adalah lagu single pertama yang Suki rakam setelah lama tidak keluarkan lagu baru dan ini juga merupakan kali pertama Suki nyanyi untuk sebuah OST filem. Ketika diberikan lagu dan liriknya, Suki dengar dan Suki terus suka melodinya serta lirik dan perkataan yang digunakan itu membuatkan Suki jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang bersesuaian dengan filemnya.”

    Single Nelangsa nyanyi Suki Low edaran Alternate Records kini boleh di dengari di semua saluran digital bermula 15 April 2022.

  • MAPIM Lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al-Aqsa (KACA)

    Umum melihat kesucian Masjid Al Aqsa kini diceroboh oleh perbuatan zionis Israel, oleh itu Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) memainkan peranannya melalui penubuhan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa (KACA).

    Objektif penubuhan KACA adalah bertujuan mempertahankan dan berjuang serta melindungi Masjid Al Aqsa yang melibatkan penyertaan daripada para seniman dan barisan selebriti tanah air.  Peranan para seniman dan barisan selebriti dilihat melalui kesedaran terhadap masyarakat dapat ditingkatkan melalui pengaruh mereka yang sedia ada supaya isu serius ini mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Dengan harapan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakana sebagai anggota KACA seperti jelajah penerangan, penggumpulan dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat, kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh para selebriti yang menyertai kempen ini.

    Bagi mengukuhkan solidariti para seniman antarabangsa kepada perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa terhadap pencabulan zionis Israel, MAPIM menyeru dan mengalu-alukan golongan seniman dan budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap isu ini.

  • Riang Ria Buffet Ramadan oleh The Venue Shah Alam

    The Venue yang terletak di lokasi Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam memeriahkan lagi suasana kedatangan bulan ramadan pada tahun 2022 dengan mengadakan Buffet Ramadan yang bersesuaian untuk berbuka puasa bersama-sama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.

    Pintu Masuk The Venue Shah Alam

    Buffet Ramadan bermula pada 03 April sehingga 01 Mei 2022 disertakan pelbagai hidangan juadah yang menarik seperti Kambing Golek, Shellout Seafood, Nasi Arab Baghdad, Daging Masak Lemak Cili Padi, Lala Masak Pedas, Ayam Buttermilk dan lain-lain lagi. Selain itu, ciri-ciri fasiliti yang terdapat di The Venue dengan kemudahan seperti musolla, parkir kereta yang luas dan lokasi yang strategik semestinya memberikan keselesaan kepada setiap pelanggannya.

    Tumpuan Buffet Ramadan The Venue semestinya Kambing Golek

    Pelabgai jenis juadah pencuci mulut disediakan

    Menu utama Nasi Arab Baghdad yang menyelerakan

    Tawaran Buffet Ramadan yang disediakan oleh The Venue Shah Alam bagi dewasa adalah sebanyak RM 66.00 manakala kanak-kanak berumur 5 sehingga 12 tahun sebanyak RM 46.00. Kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah boleh menikmati hidangan secara percuma. Tempahan meja turut disediakan yang mampu menampung 10 orang sekali gus dengan caj bayaran dikenakan RM 600.00.

    Ruang The Venue yang luas dan selesa

    Setiap para pelanggan The Venue yang menikmati Buffet Ramadan 2020 berpeluang memenangi hadiah melalui peraduan Cabutan Bertuah yang bernilai sehingga RM 20,000.

    Bagi menikmati Buffet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam dan ingin membuat tempahan, sila hubungi nombor di talian 0142508160 (Bard), 0182051492 (Faridah) dan 0132473767 (Wan).

  • WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih

    Sudah semestinya bulan Ramadan yang mulia membawa seribu satu kebaikan bagi seluruh umat Islam yang menantikan kehadirannya pada setiap tahun kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah S. W. T.

    Oleh itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan menyantuni 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih melalui hidangan juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar.  Suasana majlis turut dimeriahkan oleh barisan artis tanah air popular seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Inteam , Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan ramai lagi.

    Nasz Sally

     

    Inteam

     

    Mei Fen

    Penganjuran program amal ini dapat dilihat membuahkan impak positif seperti jalinan ukhwah dapat dieratkan dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.  Diharapkan program-program seperti ini mampu membangkitkan semangat serta keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik untuk meraikan bulan Ramadan Al-Mubarak.

    Tambahan pula, pengurusan WTCKL juga tidak ketinggalan untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti tahun sebelumnya seperti penajaan bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  Sumbangan berupa makanan dan wang tunai turut disalurkan ke rumah penjagaan orang tua dan anak yatim melalui kolaborasi beberapa rumah kebajikan lain.

    “Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan melalui tajaan amal. Kita juga berharap agar perniagaan kita bertambah dan berkembang maju supaya dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” ujar Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim.

  • Raikan Ramadhan Anda Bersama Warung Lebai Dollah

    Restoran Warung Lebai Dollah yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Warung Lebai Dollah ini diambil bersempena dengan nama datuk kepada pemilik ini yang bernama Abdullah. Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Restoran ini akan mengadakan buffet Ramadhan buat pertama kalinya selepas 10 tahun beroperasi.

    Warung Lebai Dollah yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam

    Terdapat hampir 20 menu istemewa tersedia sepanjang bulan Ramadhan ini, antara menu istimewa yang wajib anda cuba ialah lauk kampung yang sangat sedap seperti Gulai Kawah dan Masak Lemak yang disediakan oleh chef yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan.

    Dengan harga promosi sempena tahun pertama bufet Ramadhan mereka, harga asal RM59.90 untuk seorang pelanggan kini hanya berharga RM35.00 sahaja! Bufet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula 3 April sehingga 30 April 2022.

    Anak-Anak Yatim yang Menerima Tajaan Dari Warung Lebai Dollah

    Sepanjang bulan Ramadhan ini, mereka akan menaja anak-anak yatim dari dua pertubuhan, iaitu Rumah Kasih Sayang dri rawang dan Pusat Jagaan Cahaya Kampung Subang. Malah, mereka juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menaja anak-anak yatim ini sebagai projek CSR mereka.  Anak-anak istimewa juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk makan disini.

    Untuk orang yang ingin makan makanan yang sedap dan murah, datanglah ke Warung Lebai Dollah , parking juga percuma.

    Untuk sebarang maklumat, anda boleh mengikuti Instagram https://www.instagram.com/lebaidollah/

  • Seni Raya Batik Membawa Suasana Kampung

    Untuk mempromosikan semangat perpaduan yang lebih besar, Sungei Wang Plaza, pusat membeli-belah legenda malaysia dan salah satu pusat membeli-belah yang paling lama beroperasi di malaysia mengadakan pelancaran raya di Centre Court pusat beli-belah dengan tema, Seni Raya Batik.

    terpukau dengan hiasan yang menakjubkan, keseronokan budaya dan sudah tentu banyak membeli-belah . Centre Court Sungei Wang Plaza telah berubah menjadi suasana perkampungan batik yang meriah dan berwarna-warni sempena pelancaran rasmi kempen Seni “Raya Batik” pusat beli-belah hari ini.

    Sebelum acara ini, Sungei Wang Plaza telah menganjurkan program Kebangkitan Batik 2022 dengan tujuan untuk memperkasakan usahawan masyarakat serta membudayakan seni batik dalam masyarakat malaysia. Inisiatif ini terdiri daripada beberapa siri program bermula daripada pendaftaran peserta, bengkel, program bimbingan dan pameran akhir.

    Pelancaran telah disempurnakan oleh Mr Joseph Teo, Pengurus Pusat Plaza Sungei Wang; Ms Elise Lim’ Setiausaha Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang; Mr Carter Lim, Bendahari Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang dan Ms Winnie Lim, Pengurus Harta Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang.

    “Bagi pihak Sungei Wang Plaza, kami ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa dan penduduk tempatan untuk meraikan raya dengan mengunjungi pusat membeli-belah kami untuk membeli-belah, menikmati tawaran dandanan dari pelbagai salun penjagaan rambut dan menikmati makanan yang lazat. Selain itu, pembeli juga boleh berkumpul di pusat beli-belah pada musim perayaan untuk mengagumi hiasan bertemakan batik yang cantik. Kata Mr Joseph Teo, Pengurus Pusat Plaza Sungei Wang.

    Berikutan pelancaran itu, Sungei Wang Plaza juga turut meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan As Samad, sebuah Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimulakan oleh pusat beli-belah itu. Kempen ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman raya bertema batik dan seronok menyertai bengkel batik pertama mereka semasa majlis pelancaran.

    Antara artis yang hadir memeriahkan majlis ialah Khai Bahar, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 36 sebagai penyanyi pilihan popular dan Zamani Slam, juga terkenal sebagai “The Living Legend” .

    Kempen ini juga menampilkan “Syiok Fest Lebaran” yang akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2022. Lebih 100 gerai akan dipamerkan dan juga akan membawakan anda pelbagai selebriti tempatan.

    Zamani Slam “The Living Legend

    Manjakan diri dan tampil anggun raya ini dengan pakaian batik kerana Sungei Wang Plaza mempamerkan warisan seni negara Malaysia dari sekarang hingga 7 Mei 2022 di mana anda boleh membeli-belah dengan karya indah ini. Abadikan keindahan dan kenangan raya tahun ini dengan tema “Seni Raya Batik” bagi menyemarakkan lagi semangat perayaan tahun ini.

    Datang dan raikan persembahan raya kami yang menakjubkan seperti Silat Cekak Hanafi, Tarian Senandong Aidilfiri, Oerkes Melayu Rojer, Tarian Hari Raya Datang Lagi dan Kugiran Live raya yang akan membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pelanggan membeli-belah dari 2 April hingga 17 April 2022.

    Khai Bahar, Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36

    Manjakan diri anda pada ramadan yang akan datang ini dengan reka bentuk yang memukau dan indah dari bazar batik kami dari 25 Mac hingga 1 Mei 2022. Terletak di pintu masuk utama, anda boleh membeli-belah untuk pelbagai pilihan raya di Syiok Fest Lebaran yang akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2022

    Jangan lupa untuk menebus sampul duit reka bentuk raya batik edisi terhad dengan minima dua (2) resit dan dengan perbelanjaan minimum RM168* tebus sendiri beg tote Sungei Wang Plaza eksklusif. Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Nikmati tempat letak kenderaan percuma dengan perbelanjaan minimum Rm50 dan ke atas dalam dua (2) resit terkumpul terma dan syarat dikenakan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau mengikuti laman Facebook Sungei Wang www.facebook.com/sungeiwangplaza

  • SISI RELIGI MADAM & IMAGI MENERUSI ‘DENGAN SEMPURNA’

    Kuala Lumpur, 4 April 2022 – Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rocketfuel Entertainment, label hiburan tanah air yang terkenal, buat pertama kalinya menggabungkan dua kumpulan rock terkenalnya, MADAM dan IMAGI, dalam single dengan idea religi bernama ‘Dengan Sempurna‘, yang digubah oleh Amy Bong dan Haneef Al-Ansari.

    “Baru sebulan single Nona dan Merasuk dilancarkan, MADAM dan IMAGI hadir pula dengan single terbaharu bagi meraikan bulan puasa. Jika pada tahun lepas, MADAM pernah muncul dengan single berjudul ‘Kekasihku’, tahun ini kamu menggabungkan dua band rock sekaligus,” kata Putera yang berperan sebagai vokalis MADAM.

    Inspirasi kerjasama padu ini tercetus daripada pihak pengurusan Rocketfuel sendiri yang mencari kelainan daripada lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan sebelum ini, selain cara untuk meyambut kedatangan Ramadan tahun ini.

    Menurut Haziq, vokalis IMAGI: “Kami ingin mencuba sesuatu yang baharu di maana dua kumpulan rock bergabung dalam sebuah single rock ala religi yang belum pernah dibuat lagi. Selain itu, kami semua dapat bereksperimentasi dalam muzik dan bertukar-tukar pendapat.

    Dengan Sempurna lebih berkonsepkan ketuhanan atau agama daripada lagu raya yang sepatutnya, membawa mesej taubat seorang hamba yang mengharapkan keampunan daripada Tuhannya.

    “Lagu ini tidak semestinya didengar ketika bulan Ramadan saja, dan boleh didengar pada bila-bila masa. Kami cuma mengambil keberkatan untuk melancarkannya pada bulan yang penuh rahmat ini.

    “Dalam hidup, kita harus sedar siapa diri kita yang sebenarnya dan betapa kerdilnya diri ini berbanding kuasa Yang Maha Esa, oleh itu perbanyakkanlah ibadah dan sentiasa muhasabah diri. Lagu ini juga merupakan dakwah kecil dari kami semua,” jelas Azuan, selaku pemain bass MADAM.

    Walaupun berwatak religi, lagu Dengan Sempurna mengekalkan konsep pop rock yang menjadi identiti kedua-dua band ini, ia ditonjolkan daripada karya-karya lampau mereka agar lebih ‘mesra’ untuk didengari oleh semua peringkat umur, dan yang paling penting, mesej yang hendak disampaikan dengan cara penulisan lirik menginsafkan.

    “Kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk merakamkan masterpiece ini di Alibaba Record & Production, maklumlah ramai pemuzik yang terlibat, namun kami seronok melakukannya kerana banyak idea yang dikongsi bersama selain memupuk rasa ‘ukhwah’ atau kebersamaan sesama kami, kongsi Fitri atau Bob, yang merupakan vokalis dan gitaris IMAGI.

    Encik Erick Yew, selaku Kelua Label & Production Rocketfuel Entertainment berkata, “Sebagaimana lazimnya pada setiap tahun, Rocketfuel akan menampilkan pelbagai variasi konsep lagu bersempena bulan puasa. Pada kali ini kami menampilkan MADAM dan IMAGI menerusi kolaborasi unik yang jarang dilakukan mana-mana label di Malaysia.

    “Semoga pendengar terhibur dalam beringat melalui single Dengan Sempurna dan selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.

    Ramadan dan raya kali ini akan berbeza setelah fasa Covid-19 berubah ke endemik tiada lagi sekatan merentasi daerah dan negeri, luah Herman, pemain dram MADAM,”Dua tahun berlalu dengan perasaan yang amat suram, dan pada tahun ini In Shaa Allah akan menjadi lebih meriah kerana kita telah memasuki era endemik, walaubagaimanapun kesihatan dan SOP harus diberi keutamaan.

    “Kami semua berharap agar single Dengan Sempurna ini dapat memberi manfaat kepada semua pendengar dan lebih melonjakkan lagi nama MADAM dan IMAGI, teruskan menyokong dan memberi semangat kepada kami untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik.

    Lagu Dengan Sempurna boleh dimuat turun daripada iTunes dan digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh didengari pada bila-bila masa menggunakan aplikasi penstriman dalam talian termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

    MV single ini hanya tersedia secara eksklusif dan boleh ditonton pada akaun YouTube Rocketfuel Network.

  • WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih

    Sudah semestinya bulan Ramadan yang mulia membawa seribu satu kebaikan bagi seluruh umat Islam yang menantikan kehadirannya pada setiap tahun kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah S. W. T.

    Oleh itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan menyantuni 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih melalui hidangan juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar.  Suasana majlis turut dimeriahkan oleh barisan artis tanah air popular seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Inteam , Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan ramai lagi.

                               Kumpulan Inteam
                                         Mei Fen
                                       Nasz Sally
    Penganjuran program amal ini dapat dilihat membuahkan impak positif seperti jalinan ukhwah dapat dieratkan dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.  Diharapkan program-program seperti ini mampu membangkitkan semangat serta keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik untuk meraikan bulan Ramadan Al-Mubarak.

    Tambahan pula, pengurusan WTCKL juga tidak ketinggalan untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti tahun sebelumnya seperti penajaan bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin dan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  Sumbangan berupa makanan dan wang tunai turut disalurkan ke rumah penjagaan orang tua dan anak yatim melalui kolaborasi beberapa rumah kebajikan lain.

    “Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan melalui tajaan amal.  Kita juga berharap agar perniagaan kita bertambah dan berkembang maju supaya dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” ujar Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim.

  • Hulur Sumbangan Ramadhan, McDonald’s Malaysia Serah Zakat Perniagaan RM500,000 Kepada PPZ-MAIWP

    Mula membayar zakat perniagaan semenjak lima tahun lepas, tahun ini merupakan jumlah tertinggi McDonald’s perlu membayar zakat perniagaan sejak syarikat itu diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd pada tahun 2017, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

     

    Zakat perniagaan berjumlah RM500,000 dibayar kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2022. Zakat perniagaan McDonald’s Malaysia diserahkan oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia kepada Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    PPZ-MAIWP telah menyerahkan sekali lagi Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Sijil tersebut akan dipamerkan di 40 buah cawangan restoran McDonald’s di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

    McDonald’s juga telah mengadakan Program Ziarah Komuniti Asnaf, dengan menyantuni 50 buah keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk ‘kotak rezeki’ dan duit raya.

    Selain membayar zakat, McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal dan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan.

  • Walau apa pun terjadi, tetap “Asal Jak Raya”

    Sedar atau tidak sedar, memasuki tempoh dua tahun umat Islam menyambut kedatangan Syawal dengan norma baharu akibat penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk berhari raya setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Seramai enam orang artis dari Negeri di Bawah Bayu (Sabah) telah berkolaborasi menampilkan sebuah lagu bagi memeriahkan suasana hari raya pada tahun 2022 yang berjudul Asal Jak Raya iaitu hasil dendangan Nazri Saidali, Ayien, Tyqa Bulonk, Zuana Zulmat, Apiz Paschya dan Shaiffulhan sendiri yang merupakan gandingan penyanyi dan komposer terbaik di negeri Sabah.

    Apiz Paschya
    Apiz Paschya
    Ayien
    Nazri Saidali
    Zuana Zulmat
    Shaiffulhan Saidin
    Tyqa Bulonk

    Asal Jak Raya mengisahkan apa pun keadaannya, apa pun suasananya, yang menjadi kewajipan kita akan tetap menyambut raya walaupun terpaksa akur akan beraya dengan norma baharu. Single raya ini merupakan hasil ciptaan Shaiffulhan dan penulis lirik oleh isterinya D’Lailah. Sepanjang penghasilan Asal Jak Raya, Shaiffulhan Saidin mendapatkan khidmat Jasnie Mohd Yakub seorang Penerbit dan Jutera Bunyi yang tidak asing di Sabah. Single raya ini merupakan hakcipta dan edaran daripada Luncai Emas Sdn. Bhd.

    Asal Jak Raya

    Shaiffulhan juga menghasilkan pelbagai lagu yang kini telah berada di saluran YouTube Luncai Emas seperti Ku Takkan Mengalah, Romeo Ikan Masin dan Keseorangan.

    “Kali pertama saya mendengar demo ini, memang saya sudah terpesona dengan melodi dan liriknya yang direct to the point dengan keadaan semasa kita. Sebenarnya kalau kita hayati, liriknya agak sedih tetapi disulami dengan garapan melodi yang baik dan susunan muzik sangat mantap dan padu” ujar Nazri Saidali.

    Video lirik Asal Jak Raya boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas yang telah diriliskan pada tahun 2021 dalam fasa pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Asal Jak Raya boleh didengari di platform streaming YouTube dan iTune dengan harapan ia mampu menambat setiap hati peminat-peminat yang mendengarnya dan menarik perhatian generasi baru.